• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • About Us
  • Contact Us
  • Buat Duit Online
  • Kisah Seram
  • Bacaan Doa
  • Plan Internet Malaysia
  • Tempat Makan Menarik

DuitCoin

Kisah Seram, Cara Solat, Cerita Hantu, Jana Income Online, Tips

Home ยป Bacaan Doa ยป Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

April 10, 2020 by Piee Ahmad Leave a Comment

Seluruh dunia sekarang ini pada masa aku menulis entri ini sedang dilanda wabak Corona Virus Covid-19. Di sini aku ingin berkongsi cara solat hajat bagi kita memohon kepada Allah untuk meredakan wabak Covid-19 ini secepat yang mungkin.

Solat Sunat Hajat : Pengenalan

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: โ€œSesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaโ€™at.โ€ (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardaโ€™ bahawa Rasulullah SAW bersabda: โ€œSesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaโ€™at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.โ€

Solat sunat hajat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

Cara Solat Dan Waktu Mengerjakannya

Solat sunat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

Cara solat Hajat adalah ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minimum adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

FADHILAT SOLAT HAJAT

  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Panduan Mengerjakan Solat

Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

Alhakim berkata,โ€œSesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.โ€

Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

Tertib Solat

Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:

1.Lafaz dan Niat

niat-solat-hajat

โ€œU-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-โ€™a-tai-ni lil-laa-hi ta-โ€™aa-laa.โ€

Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Hajat dua rakaโ€™at, kerana Allah Taโ€™ala.

2.Rakaat Pertama : Surah Al-Fatihah

3.Bacaan Selepas Al-Fatihah : Surah Al-Kafirun ataupun Ayat Al-Kursi (1 kali / 11 kali)

ayat-al-kursi

โ€œALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta โ€˜khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa โ€˜u โ€˜indahu illaa biidznih, ya โ€˜lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in minโ€™ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasiโ€™a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwalโ€™aliyuul โ€˜azhiim.โ€

Maksudnya : “Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).โ€ [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

4.Rakaat kedua : Baca Surah Al-Fatihah

5.Bacaan Selepas Al-Fatihah : Surah Al-Ikhlas (1 Kali / 11 Kali)

Surah-al-ikhlas

โ€œQul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.โ€

Maksudnya : โ€œKatakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.โ€

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat โ€˜Surah Al-Fatihahโ€™ ayat โ€˜Al-Kursiโ€™ dan โ€˜Qulhu wallaahu Ahadโ€™ (Surah Al-Ikhlas)

Membaca Tasbih Setelah Selesai Solat

Sebaik sahaja selesai solat hajat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

bacaan-tasbih-solat-sunat-hajat

โ€œLaa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.โ€

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Atau bacalah tasbih berikut 1 kali :

bacaan-tasbih-solat-sunat-hajat

Bacaan Wirid Selepas Solat

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

  1. Istighfar (10 / 100 kali) :
bacaan-Istighfar

โ€œAs-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.โ€

Maksudnya: Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.

2. Zikir

bacaan-zikir-mengingati-Allah

โ€œLaa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.โ€

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

3. Selawat keatas Nabi Muhammad (S.A.W) (10 Kali / 100 Kali)

selawat-nabi-muhammad

โ€œAllaahumma shalli โ€˜alaa Sayyidinaa Muhammadin wa โ€˜alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.โ€

Maksudnya: Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

Doa Solat Hajat

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

doa-solat-sunat-hajat

AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-โ€˜aa-qi-dil โ€˜iz-zi min โ€˜ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal โ€˜a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal โ€˜a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-โ€™i-la-ha โ€˜il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil โ€˜a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil โ€˜a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-โ€˜a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik, wal-โ€˜is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li โ€˜ithm. Laa-ta-daโ€™ li zhan-ba โ€˜il-la gha-far-tah, wa-laa Ham-man โ€˜il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan โ€˜il-la qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan โ€˜il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan โ€˜il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan โ€˜il-la โ€˜al-lam-tah, wa-laa โ€˜a-duu-wan โ€˜il-la kha-zal-tah, wa-laa โ€˜ai-ban โ€˜il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan โ€˜il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan โ€˜il-la qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-โ€˜ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.

Amiin Ya Rabbal Alamiin…

Selesai sudah perkongsian cara solat hajat. Semoga setiap hajat yang kita pohon pada Allah akan dimakbulkan-Nya.

Filed Under: Bacaan Doa Tagged With: ayat-al-kursi bacaan dan maksud, bacaan tasbih solat hajat, bacaan wirid selepas solat hajat, cara solat hajat, doa solat hajat beserta maksud, fadhilat solat hajat, maksud bacaan istighfar, maksud bacaan selawat nabi Muhammad, niat solat sunat hajat, solat sunat hajat, surah al-ikhlas bacaan dan maksud, waktu mengerjakan solat hajat

kadar-dividen-kwsp-2019

Dividen KWSP 2019 Dijangka Rendah 5.0-6.0 Peratus

Menurut Sumber Berita Harian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen 2019 pada kadar antara 5.0 hingga 6.0 peratus, kata penganalisis. Berdasarkan prestasi lemah saham tempatan tahun lalu, Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng, menjangkakan dana persaraan itu mampu mengagihkan dividen di antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus, kadar […]

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

Solat sunat Tarawih ni boleh dilakukan di mana sahaja tidak kira di surau, di masjid, di rumah atau dimana sahaja. Di sini aku akan kongsikan cara solat Tarawih 8 rakaat yang boleh di lakukan di rumah. Dengan cara yang betul In Shaa Allah solat sunat Tarawih ni dapat kita lakukan dengan sempurna. Seperti yang kita […]

kisah-seram-banglo-lama

Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI

Sedikit info – kedudukan rumah banglo lama ni berdekatan dengan UPSI kampus lama di pekan Tg. Malim, Perak. Ia terletak di bahagian belakang kedai makan Karim’s Corner. Cerita seram mengenai rumah banglo lama ni dirasai sendiri oleh penduduk sekitar pekan Tg. Malim. Rumah banglo ni jika dilihat di sebelah siang terdapat sebuah pokok yang besar […]

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

Sedar atau tidak sedar saban hari korang akan mengalami masalah network 4G or 3G hilang daripada smart phone korang. Korang akan perasan benda terjadi bila kawan-kawan korang dapat mesej whatapp tapi korang tidak. Tengok kat smart phone rupanya network internet hilang. Di sini aku akan kongsi satu cara mudah dan sangat pantas cara reset network […]

kementerian-pendidikan-malaysia

Public Holiday 2020 : Cuti Sekolah dan Public Holiday 2020

Di sini aku ingin kongsikan berkenaan public holiday 2020 beserta kalendar tahun 2020 yang korang boleh download terus masuk ke handphone ataupun ke PC korang. Sumber rujukan yang aku ambil ni adalah daripada Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri. 1 Jan Rabu Tahun Baru 2019 Semua negeri. kecuali Johor, Kedah, Kelantan, […]

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search This Blog

Lets Meet The Blogger

Hi, I am Piee Ahmad. Please enjoy to read my blog. Take anything you want from my blog. Share information from this blog to as many people as you can. Tell Your friend about information you get from here. Bring your friend here. Thanks.

Categories Of This Blog

More to See

cara-solat-sunat-witir-mudah

Cara Solat Witir Selepas Solat Tarawih Yang Mudah

April 21, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Tarawih Lapan Rakaat Di Rumah

April 19, 2020 By Piee Ahmad

cerita-hantu-pontianak

Kisah Seram Sunway Pyramid Lorong Pekerja Berhantu

April 12, 2020 By Piee Ahmad

Cara Solat Hajat : Memohon Pertolongan Allah

April 10, 2020 By Piee Ahmad

cara-reset-network-internet-4g

Cara Reset Network Internet 4G or 3G di Smart Phone

April 10, 2020 By Piee Ahmad

Footer

Our Missions

We are comitted to give all we had since we are also user like you, we know what you want.

Please contact us (using Contact Us page) to let us know what things you want us to write in this blog.

We will give all our best to meet your expectations to fulfill your needs.

Thank you.

Recent Comments

  • sahabat on Doa Selamat : bacaan dan maksud Doa Selamat
  • Maizatul Amirah on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • Laili Ann Phillips on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI
  • great site on Cerita Seram : Misteri Rumah Banglo Lama Di UPSI

Tags

ajl 34 ajl 34 song list ajl 34 winner list aktiviti bermanfaat untuk anak aktiviti bermanfaat untuk pelajar aktiviti cuti sekolah aktiviti cuti sekolah anak anugerah juara lagu 34 bacaan doa buat duit online calendar 2020 cara hacks google maps cara handle penyewa keras kepala cara mengatasi masalah penyewa degil cerita hantu cerita hantu sebenar cerita seram Cuti sekolah 2020 Doa selamat final ajl 34 google hacks google maps google maps hacks jana pendapatan dengan shopee juara lagu 2020 kalendar 2020 kerja dari rumah kisah benar kisah hantu kisah misteri kisah seram konsert ajl 34 konsert akhir ajl 34 makanan sedap melaka plan internet postpaid public holiday 2020 rahsia jana duit online rahsia shopee sebab meniaga di shopee side income Solat Sunat Tarawih takwim cuti sekolah tempat makan menarik tricks to google maps video seram

Archives

Copyright © 2021 ยท Log in