Sedar atau tidak sedar saban hari korang akan mengalami masalah network 4G or 3G hilang daripada smart phone korang. Korang akan perasan benda terjadi bila kawan-kawan korang dapat mesej whatapp tapi korang tidak. Tengok kat smart phone rupanya network internet hilang. Di sini aku akan kongsi satu cara mudah dan sangat pantas cara reset network internet 4G dekat smart phone korang.
Biasanya kalau network internet smart phone korang hilang mesti korang nak restart smart phone korang kan. Dengan adanya cara reset network internet 4G ni korang da tak perlu risau lagi.
Korang pernah dengar AIRPLANE MODE salah satu function dalam smart phone korang tak? Kalau korang tak pernah guna airplane Mode ni or memang tak tau pun ia wujud dalam smart phone korang, kat sini aku akan kongsikannya.
Cara Reset Network Internet 4G
Ok korang bukak smart phone korang. Slide dari atas skrin ke bawah. Korang boleh nampak banyak function yang ada kan.
Nampak tak gambar kapal terbang dekat atas tu? Itulah lah dia function AIRPLANE MODE dalam smart phone.
Secara ringkasnya Airplane Mode ni bertujuan untuk mematikan sistem telekomunikasi smart phone korang apabila berada di dalam kapal terbang. Ini kerana wave yang berada di dalam sistem telekomunikasi ni mampu untuk mengganggu operasi kapal terbang. Sama ada untuk berlepas dan mendarat. Ni ringkas je ye. Kalau nak lebih detail aku kene tulis posting lain untuk AIRPLANE MODE ni.
Secara dalam keadaan normal smart phone, Airplane Mode ni berada dalam keadaan disable. Untuk reset network internet 4G korang perlulah enable kan function Aiprlane Mode ni.
Dalam keadaan Enable Airplane Mode ni segala data internet dan network akan terputus serta merta. Untuk kembalikan data internet dan network 4G korang perlulah Disable kembali function Airplane Mode ni dan secara automatik korang telah pun reset netwotk internet 4G korang.
Mudah kan. Tak perlu nak restart smart phone korang tu dan membuang masa nak tunggu dia loading nak ON semula smart phone tu.
Aku dah lama guna cara ni dari edisi smart phone yang pertama wujudnya Airplane Mode function ni sehingga sekarang.
So itulah dia cara mudah cara reset network internet 4G di smart phone korang. Semoga ilmu ini menjadi manfaat kepada korang yang telah membacanya.
Selamat Mencuba!