KISAH 1: BUDAK ASRAMA SABAK BERNAM
Assalamualaikum and hi. nama aku Nura dan terima kasih admin sebab sudi siarkan kisah aku. kisah benar yang berlaku pada aku dan kawan baik aku wina dan iza, masa kami form 3 2014 macam tu. Kami bertiga memang budak asrama di sekolah sabak bernam. Kisah dia bermula bila satu malam budak junior bilik sebelah kerasukan. seingat aku dia nampak sesuatu kat ampaian belakang. lepas dia mandi, nak sidai kain basahan dia nampak ‘makhluk’tu. dari lepas magrib dia dah menggigil sampai habis waktu prep, masuk bilik tiba-tiba dia menjerit, lepastu mengilai pulak tu. disebabkan hal macam ni biasa berlaku, so ketua bilik mintak tolong ahli bilik lain datang dan bacakan yassin.
so semua budak bilik aku ke bilik sebelah untuk bacakan yassin. disebabkan penuh dan sesak so aku, iza dan wina dan juga adik-adik junior yang lain decided untuk stay di bilik kami ja. tapi kami buat silap besar. kami stay bukan stay duduk senyap. kami gelak-gelak dan gurau-gurau. sedangkan bilik sebelah tengah baca yassin. khilafnyaa kami waktu tu. lepas selesai. kami nak tido dalam pukul12-1pagi macam tu. katil aku tengah-tengah diantara iza sebelah kiri dan wina sebelah kanan. malam tu aku dah mula rasa something yang tak kena. Aku rasa panas dan memang aku tak boleh tido dan berpeluh-peluh. tido-tido ayam je waktu tu. tiba-tiba aku terkejut bila dengar bunyi gelang kaki. mcam orang tengah jalan dan bunyi tu dari luar. waktu tu sekitar jam 3pagi. pukul3 pagi, siapa nak jalan-jalan kat luar bilik??
Ya allah aku terus selubung dengan selimut dan cuba paksa diri sendiri untuk tido. tengah aku menggigil tu tiba-tiba ada bunyi kuat dari arah locker. seolah-olah ada sesuatu melompat atas locker dan jalan perlahan-lahan di atas locker. aku masih mengigil dan cuba berpura-pura tido. bunyi sesuatu tengah berjalan atas locker dari hujung bilik sampai aku dengar bunyi sangat dekat dengan aku. locker aku! tiba-tiba senyap. waktu tu aku hanya mampu sebut nama Allah je. sangka aku dah berhenti. Huh!! benda tu bunyi kat sebelah telinga aku. aku yang berselubung masih mampu dengar nafas ditelinga aku seolah-olah ‘makhluk’ sedang bau aku. aku dengar suara dia ‘herm..herm..”
aku tak berani nak bukak mata sebab aku tau benda tu tengah hidu aku. dia tarik selimut aku. dia sentuh rambut aku. aku pejam mata dan terus mengigil. aku cuba kuatkan semangat aku selagi daya sampai aku dengar bunyi loceng subuh dan wina kejut aku “nura, jom solat!” aku terkejut dan wina pun terkejut tengok aku. “weh ko tak tido ke? kenapa ko macam sakit nih?” aku tak mampu nak bercakap waktu tu.sejak malam tu, setiap malam aku diganggu. setiap malam ada bunyi loceng yang sama, locker, nafas dan semua tu berlaku setiap malam.
sampai aku terpaksa ambik ubat batuk untuk make sure aku dapat tido. . bukan tengah malam je. masa aku tengah mandi, bilik air kami ada kolah besar. tengah mamai nak cedok air tu, aku nampak benda tu dalam air. .menyeringai! terus aku lari keluar. rupanya bukan aku je terkena. iza pun sama. setiap malam dia dengar bunyi gelang kaki tu! bunyi atas locker pun dia dengar! benda tu kacau iza jugak. tapi aku dan iza cerita pada wina, wina terkejut tapi tak pernah terjaga atau dengar apa yang kami dengar.
sampai la aku tak tahan, aku telefon ayah nak keluar dari asrama, ayah mintak bertahan, jangan takut. ayah check dengan seorang ustaz dapat tau memang ada benda sedang ganggu aku. benda tu ikut aku! sebab ‘dia’ rasa aku cabar dia. tapi ustaz tu kata bukan aku je yang kena tapi kawan aku Iza pun sama.. sejak tu kami rapatkan katil. Malam tu pukul 3pagi, Tok! Tok! Tok! bunyi ketuk pintu. siapa pulak malam-malam kat luar bilik nih. tak lama lepas tu, “assalamualaikum…. bukak la pintuu… saya nak masuk…” iza terus peluk aku! budak asrama takdanya nak bagi mukadimah sopan-sopan macam tu tengah-tengah malam plak tu. tu bukan budak bilik aku!
nanti aku sambung lain…
KISAH 2: BENDA TU MENGILAI
assalammualaikum dan salam sejahtera..
umur saya dalam lingkungan 30an… ( dah tua… sob..sob)
sepanjang usia saya ni… pernah la mengalami peristiwa mistik..
seingat saya masa saya berumur 6 tahun. . saya pernah di sakat oleh makhluk misteri ni..
abah saya ni perkerjaannya dulu adalah askar… jadi memang tinggal di kem.
saya ni cucu kesayangan arwah tok saya (al fatihah) kalau belah utara.. nenek tu kita orang panggil tok.
jadinya memang saya akan tido dengan tok saya… bilik kami pulak bersebelahan dengan koridor luar.
malam tu kami tidur la seperti biasa… tapi tiba-tiba saya terjaga… suasana memang sunyi jer… waktu itu la.. entah macam mana. ada menda yang mengilai…
betul-betul terdengar kuat seolah-seolah kat tepi bilik saya je benda tu berada.tepi bilik saya kan koridor…
masa tu.. kecik lagi kan… jadinya saya tak pasti itu bunyi apa ..
“HEEEEEEEEEEEEEE…………HEEEHEHEHEHE……”
saya pasti bunyi tu memang kalau manusia yang buat… bunyi tu tak akan sama seramnya sound effect… nya.
masa tu walaupun saya tak tahu bunyi apa.. tapi saya jadi takut sangat…..mata saya tutup rapat-rapat.. takut nak buka.. jantung punya la laju berdegup .Rasa takut tu memang semacam je…meremang je bulu roma..walaupun masa tu saya kecik lagi , tak tahu benda apa yang menakutkan sangat tu… saya peluk arwah tok saya erat-erat…akhirnya saya tertidur sampai la esok pagi.
pagi itu..sebagai budak-budak mesti la saya teruja nak cerita pengalaman semalam pada arwah tok..mak dan abah saya…
tapi semua macam tak layan sangat.. mungkin mereka ingat cuma imaginasi saya agaknya…
kisah ini tak terhenti di situ sahaja…
ada lagi kisah lain yang menyusul..nanti kalau ada masa saya kongsikan lagi..
macam orang lain juga…di akhiri dengan ucapan maaf kalau tak seram…
ok thanks
KISAH 3 – MISTERI RAJA VILLA JOHOR
Assalamualaikum , hi fiksyen syasya . Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai Raja Villa di Johor yang merupakan salah satu tempat dikatakan agak keras . Selepas tamat sahaja waktu persekolahan, saya dan rakan rakan berada di kantin . Saya melihat rakan saya, dikenali sebagai aisyah asyik termenung je.
Tiba tiba dia bersuara, ‘ weyh jum pergi raja villa ‘ .
Kami pun terkejut, dalam fikiran dah macam macam terfikir. tempat tuh berhantu, hmmm . tapi pendamkan jelah dalam diri ni. okey , set jum pergi esok. Keesokan harinya, Selepas habis tuisyen akaun , kami seramai sepuluh orang telah pergi ke sana . Kami berjalan kaki je, memang takde perasaan lahh orang lain naik motor kiteorng jalan kaki.
haaa, tepi jalan nak ke raja villa tuh ada kubur je semua . Sempat lah rakam video . Selepas itu, kami melalui rumah seorang lelaki cina . First time pergi ni, tak tahu pown ada rumah. Dan dikejar Oleh anjingnya yang tidak menyukai kehadiran kami . Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami sampai di Raja Villa .
Masya allah, di sana sangat cantik . Tapi agak menyeramkan kerana terdengar bunyi anjing menyalak . Ada la pulak yang mulut celupar cakap kalau ambik gambar ada yang sibuk menumpang. Kami pergi jalan ke atas, salah seorang kawan kami ternampak kelibat seorang perempuan.
Dah tak sedap hati , jum la balik . Tapi sebelum tuh, kiteorang hairan la kenapa pintu pagar utama terbuka . Sedangkan sebelum ni sesiapa yang datang tak pernah dapat masuk ke situ. Mungkin kiteorang ni insan bertuah yang mungkin dia tahu kehadiran kami. Kami pun berpatah balik , dan anjing lelaki cina tuh berada dibawah menyalak kuat ke arah kami. menandakan ada sesuatu.
Tiba², bau busuk menerpa ke hidung. Ada sesuatu nak jadi ni dah laa turun cepat . Saya pun berkata kepada merekaa . Dengan pantas kami turun melepasi pagar di Villa itu. Tiada lagi bau busuk tadi . Saya sedang asyik melihat gambar dan video yang dirakam sebentar tadi . Tanpa disangka² , makhluk tuh jugak tumpang bergambar di setiap gambar yang kami ambil . Ya allah, amat menyeramkan mukanya.
Kiteorng dah berazam nak pergi lagi. tapi selepas melihat gambar² tuh . Rasanya in sha allah laa dua tahun akan datang .
Kami datang beradab ke tempat orang , tak buat bising . Makluk tuh tak kacau kami . Alhamdulillah. Benda yang kami jumpa tuh sebab allah nak tunjuk kat kita yang makhluk tuh pun wujud jugak . Kita ni sebagai manusiaa kena sedar. Sampai di sini saja , sekian terima kasih . Maaflah penyampaian kurang menarik.
HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit