Gadis yang berasal dari Sabah iaitu Tracie Sinidol yang kini juga merupakan seorang pelakon mengakui melalui beberapa cabaran untuk membuang dialek Sabah serta bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Biarpun tidak mempunyai ramai kenalan, Tracie Sinidol memberitahu dia akan perbaiki bahasanya dengan mendekati rakan pelakon serta kru belakang tabir sewaktu penggambaran.
Saya akan teruskan belajar sebab saya baru menetap di Kuala Lumpur selama setahun, boleh dikatakan baru lima bulan saya di sini. Perlahan-lahan belajar perbaiki bahasa Melayu.
Dalam pada itu, pelakon baru itu juga menolak dakwaan bahawa dirinya dapat memegang watak utama disebabkan wajah iras-iras dengan pelakon jelita, Mira Filzah.
Katanya drama yang dibintangi olehnya bukan sekadar melihat pada wajah, bahkan bakat yang dimiliki juga turut dititik beratkan oleh pengarah.
Tambahannya lagi, dia akan lebih optimis untuk melangkah lebih jauh dalam industri seni selepas menjayakan drama Luruhnya Bunga Cinta. Jom terjah cerita Zainal Abidin dengan Fyna Jebat