Siapa sahaja yang tidak gemar dengan nutella, spread kacang hazelnut dan coklat ini menjadi pujaan buat kanak-kanak. Kali ini kami kongsikan resepi nutella pod yang crunchy dan penuh dengan isian nutella.
Jom kita try!
1. Resepi Nutella Pod
Bahan-bahan
Bahan A
- 1/2 cwn marjerin
- 3sb gula halus
- 1sk esen vanila
Kacau sampai sebati
Masukkan dan kacau sebati
Bahan B
- 1 1/2 cwn tpg gandum
- 1/2 sk baking soda
- 1/2 sk baking powder
- 1 sb tpg beras (nak bagi rangup)
Ayak dan masuk kacau dalam adunan atas
Uli sebati
Cara buat Nutella Pod
- Bulatkan doh dan tekan tengah dia. Nak senang boleh masuk dalam acuan shell tart.
- Bakar suhu 160 30min.
- Dah siap pipe nutella dan hiaskan.
Sumber: Nor Hidayah Russlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Nutella Pod (Azlina Ina)
Bahan-bahan
Bahan A
- 250g butter@marjerin
- 70g gula aising
- esen vanila
Bahan B
- 25g tepung susu
- 190g tpng ģndum
- 155g tpng jagung
Cara buat Nutella Pod (Resepi Asal Azlina Ina)
- Bahan A gaul sebati.
- Masuk dalam A dan gaul sebati smpai tidak melekat pada tangan.
- Last sekali masuk choc rice 35g.
- Buat bulat kecil. Kemudian buat lubang tengah (guna belakang picagari kecil) nak cepat buat bulat besar dan pipe nutella dalam pod.
- Bakar suhu 170°C selama 30min.
Sumber: Ana Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Nutella Pod (Resepi Asal Blog Azlita Masam Manis)
Bahan-bahan
Bahan A
- 380gm tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh baking powder
(Satukan & ayak semua) - 50gm serbuk almond/hazel/walnut
Bahan B
- 250gm mentega
- 1 biji telur
- 200gm gula halus
- 1 sudu teh esen vanila
- Nutella secukupnya
Cara buat Nutella Pod (Resepi Asal Blog Azlita Masam Manis)
- Putar gula & mentega hingga lembut.
- Masukkan telur & vanila, putar lagi.
- Masukkan bahan A dan serbuk kacang dalam bahan B.
- Gaul sebati jangan gaul lama sangat nanti berminyak.
- Bentukkan bulat kecil, bakar dalam 10 minit, kemudian keluarkan sekejap untuk tekan bentuk bulat di tengah dia untuk letak nutella nanti dan bakar lagi 5 minit.
- Angkat bila dah keperangan dan piping nutella ke dlm lubang biskut.
Sumber: Aina Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Nutella Pods Cocoa
Bahan-bahan
- 380gm @ 3 cawan tepung gandum *
- 1 st baking powder *
- 1 st soda bica *
- 6 sb serbuk badam *
- 2 sb serbuk cocoa * (optional)
Ayak semua bahan *
- 1 cawan butter
- 3/4 cawan gula (letak 1/2 cwn sebab tak suka manis)
- 1 biji telur (pakai saiz A)
- 1 st esen vanila
Cara buat Nutella Pods Cocoa
- Putar butter & gula sampai gebu, masukkan esen vanila & telur. Putar lagi.
- Masukkan tepung yang dah diayak tadi & uli sampai menjadi doh yang lembut.
- Bulatkan doh menjadi kecil dan masukkan ke dalam paper cup yang diletakkan ke dalam acuan muffin.
- Bakar suhu 170°C selama 10-15 min.
(Sy pakai api atas bawah. Masa bakar dann api depends pada jenis oven anda) - Then, keluarkan dari oven, tekan dengan penekan kayu atau apa-apa untuk bentukkan lubang ditengahnya.
(Buat masa biskut masih panas tau. Kalau sejuk nanti biskut retak can hancur) - Bakar lagi sekali dalam 5 minit.
- Sejukkan dan paipkan nutella.
Sumber: Ekin Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Jangan lupa cuba resepi ini, pasti anak-anak anda suka. Nak lagi menarik boleh melakukan bersama-sama dengan anak anda untuk membuat biskut ini.
Jom lihat juga resepi nutella cheese tart yang seakan-akan sama dengan nutella pod.
Selamat mencuba!