Kalau anda biasa melihat mukbang, pasti anda kenal dengan king crab. Ketam besar berwarna merah ini semakin dikenali di Malaysia. Jika anda teringin untuk merasainya kami bawakan resepi king crab ini.
Jom kita try!
1. Resepi King Crab Stim
Bahan-bahan
- King Crab defrost dulu & cuci bersih-bersih – didihkan air kosong & kukus selama 25 minit
Bahan-bahan untuk kuah
Bahan A
- Bawang putih (saya letak banyak bawang putih)
- Bawang merah
- Bawang besar
- Halia
- Cili padi (kalau nak pedas, letak banyak)
Bahan B
- Kicap manis
- Sos tiram
- Sos ikan
- Sos cili
- Air kosong
- Gula
- Garam
Cara buat King Crab Stim
Bahan A
- Tumiskan semua bahan mengikut potongan & kuantiti yang anda prefer.
Bahan B
- Selepas dah naik bau masukkan bahan B*
- Bahan B pun ikut yang anda prefer jugak nak banyak mana (secukup rasa) agak-agak ikut saiz king crab tu masak hingga mendidih.
- Selepas siap tuang je kuah tu atas king crab yang dah siap dikukus.
- Rupanya rasa isi king crab yang dikukus memang jauh lebih manis berbanding yang dimasak terus dengan kuah.
Sumber: Nurul Izzati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi King Crab Rebus
Bahan-bahan
- King crab
- Serai
- Bawang putih 4 ulas
- Asam keping 2
- Garam/gula
Cara buat King Crab Rebus
- First rendam King Crab dalam air biasa untuk buang beku selama 10 minit. Seeloknya direndam di dalam air berbanding dibiarkan pada suhu bilik untuk jaga kualiti.
- Sedia periuk yang diisi sedikit air, masukkan King Crab, masukkan juga serai yang diketuk dalam 3 atau 4 btg, bawang putih 4 ulas. Asam keping 2 pcs
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Rebus@ stim dalam 6-8 minit sahaja.
- Dihidang bersama sambal harimau menangis.
Tips: Jangan overcooked nanti isi ketam akan mengecut.
Sumber: Nurul Syuhadah Suhaila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi King Crab Telur Masin
Bahan-bahan
- King crab wajib goreng dulu
- Susu cair
- Daun kari
- Telur masin 3bj rebus dulu & hancurkan
- Cili padi ikut pedas
- Bawang putih
- Bawang besar
Cara buat King Crab Telur Masin
- Tumis bawang putih & besar serta cili hingga naik bau wangi.
- Kemudian masukkan telur masin kacau hingga sebati baru masuk susu, susu ni ikut nak buat kuah banyak mana.
- Kacau-kacau kemudian masukkan ketam gaul gaul hingga kuah pekat dah boleh angkat.
Sumber: Rozaida Zakaria dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi King Crab Chilli Cheese
Bahan-bahan
- King crab
- Daun kari
- Cheese
- Cili padi
- Susu cair
- Bawang putih
- Kiub ayam
Cara buat King Crab Chilli Cheese
- Cairkan butter.
- Tumis bawang putih,cili,daun kari.
- Masukkan cheese ikut suka rasa.
- Masukkan susu cair.
- Masukkan kuib ayam & cukup rasa.
Cara buat sarang telur
- Pukul kuning telur.
- Panaskan butter betul panas jangan hangus.
- Selepas itu tuang pukulan telur tadi dan bulatkan secara laju guna senduk sampai jadi sarang.
Sumber: Haslinda Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Jadi dah tahu kan nak masak apa dengan king crab? Jangan lupa cuba!
Jom semak juga resepi sup ketam sesuai di makan ketika demam denggi.
Selamat mencuba!