Semenyih merupakan salah satu bandar yang merupakan sempadan antara Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Senang cakap, atas sikit dari Nilai dan berdekatan dengan Bangi dan Kajang. Kalau anda berada di sekitar kawasan-kawasan ini dan ingin mencari tempat makan yang menarik, datang ke Semenyih. Kami kongsikan 10 Tempat Makan Menarik di Semenyih yang mesti anda cuba.
10. Lepaking 2.0
Bagi anda yang ingin mencari port lepak di sekitar Semenyih, datanglah ke Lepaking 2.0. Walaupun lebih popular di kalangan anak-anak muda, restoran berkonsep medan selera ini sebenarnya sesuai dikunjungi bagi semua, termasuk yang berkeluarga.
Rekaan dan hiasannya memang nampak ranggi dan hipster, tetapi meriah. Ada tempat duduk di dalam, dan ada juga tempat duduk open air. Terpulang kepada anda dan keselesaan anda.
Ada lebih 13 kedai makan yang berniaga di sini yang menawarkan beraneka jenis makanan. Ada hidangan steamboat, makanan western, tomyam, burger, pasta, makanan Arab, dessert, dan banyak lagi.
Memang boleh rambang mata kalau ke sini. Selain itu, di sini juga selalu ada persembahan nyanyian dan buskers yang memeriahkan suasana. Jangan risau, restoran ini sangat luas, jadi penjarakkan sosial memang terjaga. Tempat letak kereta pon banyak. Jom kita Lepaking 2.0!
Alamat: 497A, Jalan 15, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: 4pm-12am (setiap hari)
9. Nasi AJ Semenyih
Restoran Nasi AJ ini terletak di Bandar Rinching, Semenyih. Restoran masakan pantai timur ini sangat digemari kerana masakan yang sedap dan harga yang berpatutan. Restoran ini memang simple dan kemas. Malah, menu mereka juga simple. Tetapi, sangat memuaskan.
Menu utama di sini dipanggil nasi ayam cincang. Sebenarnya ia sama seperti nasi kakwok yang sering didapatkan di Negeri Kelantan. Nasi putih dihidangkan bersama ayam dipotong kecil-kecil yang digoreng kunyit, sambal belacan, timun dan simbahan kuah gulai, memang memuaskan. Di sini juga menyajikan coconut shake, cendol dan kuih-muih seperti kuih akok dan banyak lagi. Dah sampai Semenyih, mesti singgah tau.
Alamat: Bandar Rinching Seksyen 5, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: 10.15am-7pm (setiap hari)
8. Nasi Lemak Fareed
Terletak di Pekan Semenyih, Nasi Lemak Fareed ini merupakan sebuah restoran yang cukup popular untuk, tak lain tak bukan, nasi lemak lah. Nasi lemak di sini dihidangkan bersama telur goreng, sambal ikan bilis, sambal sotong atau sambal kerang, dan paling istimewa, ayam goreng special mereka yang digoreng rangup aka KFC.
Mereka juga menawarkan pelbagai makanan lain. Roti canai yang beraneka pilihan dari yang simple seperti roti kosong atau roti telur hingga yang lebih modern seperti roti milo dan roti salad boleh anda cuba. Mereka juga menyajikan uthapam, tosai dan mee goreng. Kiranya lengkap untuk pelbagai citarasa. Pastikan anda datang dan cuba.
Alamat: Lot 41B, Jalan Semenyih, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (01:00pm-01:00am) | Sabtu-Ahad (07:00am-01:00am)
7. Luthfi Tang Kopitiam
Bagi yang inginkan makanan dan suasana nostalgik, boleh datang ke Luthfi Tang Kopitiam. Terletak di Eco Majestic, Semenyih, Kopitiam ini membawakan secebis tradisi ke kawasan modern ini. Kopitiam Cina Muslim ini memang mesra Muslim jadi boleh lah nikmati tanpa was-was.
Kalau dah sampai ke Kopitiam, mestilah nak minum kopi kan? Kopi cawan mereka memang sedap, apa lagi bila digandingkan dengan roti bakar dan telur separuh masak.
Namun, bagi yang mahukan kelainan, boleh cuba hidangan Cina seperti Pan Mee, Wantan Mee, Kuey Teow Goreng, Dim sum dan banyak lagi. Tak kiralah untuk sarapan atau makan tengah hari atau minum petang, lepak Kopitiam mesti best.
Alamat: 37-1, Jalan Eco Majestic 3A/1, ECOMAJESTIC, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: 9am-4.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
6. Al Daud Arabic Restaurant
Kalau anda mencari-cari makanan dari Arab di sekitar Semenyih, boleh datang ke Al Daud Arabic Restaurant yang terletak di Pekan Semenyih.
Restoran ini, dari jauh anda boleh nampak kerana hiasan dan rekaan restoran ini yang berwarna-warni dengan dinding yang dipenuhi jubin-jubin kecil dan gantungan lampu-lampu Arabic yang menjadi facade restoran ini. Memang macam restoran kelas atasan Arab lah.
Makanan di sini tentunya tak kurang hebat. Dengan makanan Arab yang menjadi kegemaran ramai seperti nasi mandy, nasi kabsah, shawarma, kebab, malah roti naan pon ada.
Anda juga boleh mencuba pemanis mulut atau dessert Arab yang dinamakan kunafa. Salad dan sup Timur tengah juga ada disediakan di sini. Dengan portionnya yang besar, memang tak rugi datang ke sini, boleh makan sampai kenyang.
Alamat: Lot No 41, Jalan Seremban Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: 11am-11pm (setiap hari)
5. Papa Sushi Semenyih
Dari makanan Arab, kita cuba pula makanan Jepun. Papa Sushi di Semenyih ini bukan nama yang asing sebenarnya. Malah, ramai artis pernah makan ke sini. Lihat sahaja Instagram mereka. Mira Filzah pon pernah menjadi duta mereka tau.
Papa Sushi merupakan sebuah restoran berkonsep kiosk. Jadi, mereka tak sama la seperti restoran-restoran Jepun yang biasa anda pergi yang mempunyai rotating belt membawa makanan itu.
Di Papa Sushi, anda boleh memilih dari seleksi sushi mereka yang sangat luas. Bermula dari harga serendah RM1.00 sahaja. Sushi kegemaran anda seperti salmon sushi, unagi bon bon dan tempura semuanya menanti anda. Jangan lupa datang!
Alamat: No 33, Jalan Tps 1/3, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: 11.30am-9.30pm (setiap hari)
4. Shaqhel’s Kitchen
Untuk mencari restoran serba lengkap, anda boleh mencuba Shaqhel’s Kitchen. Terletak di Taman Semenyih Sentral, restoran ini memang sangat menarik. Dibuka pada sebelah petang dan malam, bahagian luar restoran ini memang menarik perhatian. Apabila masuk pula, ruang makannya kemas, stylish dan selesa.
Menu utama mereka adalah masakan western dan grill. Jadi jika anda mencari makanan western yang tiptop di Semenyih, Shaqhel’s Kitchen mungkin tempat yang anda cari. Dari chicken chop ke lamb chop, pasta ke burgers, semua masakan western mereka ada. Tetapi, jangan risau, masakan lokal juga mereka sediakan di sini. Aneka nasi serai, mee bandung dan banyak lagi boleh anda dapatkan di sini. Jemput datang ya!
Alamat: 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: 5.30pm-10.30pm (setiap hari, tutup pada hari Rabu)
3. Mai Kolam Kitchen
Antara restoran yang menarik di Semenyih ini ialah Mai Kolam Kitchen. Rekaannya memang lain dari yang lain. Tradisional, simple, kemas dan selesa. Memang rasa macam balik kampung. Malah, makanan yang dihidangkan di sini juga mencerminkan suasana kampung yang mereka ketengahkan.
Mereka mempunyai pelbagai jenis nasi goreng yang diberi nama khas seperti nasi goreng Pak Ngah dan nasi goreng Atok. Selain itu, mereka turut menawarkan makanan lain seperti nasi ayam, laksa, nasi impit goreng, satay, cucur dan banyak lagi. Rojak pon ada. Nak makan makanan tradisional Melayu yang membuatkan anda rasa seperti berada di rumah atok, datanglah ke Mai Kolam Kitchen.
Alamat: Lot 749 batu 2 jalan bangi, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Waktu Operasi: Isnin-Khamis (11:00am-03:00pm) | Jumaat-Ahad (05:00pm-10:00pm)
2. Saté Kesuma
Bagi yang mencari Satay di sekitar Semenyih, boleh mencuba Sate Kesuma yang terletak di Taman Sri Mawar. Gerai ini terletak dalam perkarangan sejenis medan selera jadi anda juga boleh menikmati juadah lain.
Satay yang mereka tawarkan ada 4 jenis iaitu ayam, daging, kambing dan perut. Ia dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat dan sangat sedap dan potongan timun dan bawang merah. Anda juga boleh memesan nasi impit untuk dimakan bersama bagi menikmati hidangan yang lebih lengkap. Satay mereka agak terkenal dan seringkali ramai pelanggan jadi, order atau pesan awal-awal ya.
Alamat: Taman Seri Mawar, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: 6pm-10pm (setiap hari)
1. Warunk Mangoshake Semenyih
Sebuah perniagaan F&B yang dimulakan oleh sekumpulan anak muda iatu Warunk Mangoshake Semenyih. Rekaan bagi restoran ini sangat simple, modern dan klasik dengan penggunaan warna hitam dan putih. Mereka menawarkan pelbagai pilihan minuman tetapi mereka juga menyediakan pelbagai variasi makanan.
Warunk Mangoshake ini tentunya mengutamakan menu minuman mango shake yang didatangkan bersama potongan buah mangga segar. Mereka juga menawarkan pilihan minuman lain seperti milk tea cream cheese brulé dan banyak lagi.
Dari segi makanan, mereka menawarkan pelbagai pilihan nasi seperti nasi sotong berapi, cheezy funfries beraneka jenis, pelbagai western food seperti chicken steak dan burger. Nak rasa, kena datang sendiri!
Alamat: H-03-01 Ecohill Walk, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11:00am-10:00pm)
Dari makanan Arab ke makanan Jepun, makanan western ke makanan lokal, tak sangka betul Bandar Semenyih ini mempunyai variasi restoran yang begitu menarik. Jika anda ingin mencari tempat makan yang best di Semenyih, cuba saja antara restoran dalam senarai ini. Selamat menjamu selera!