Menjadi seorang baker pasti anda tahu pembuatan kek coklat yang sedap. Hiasan kek coklat pula sudah tentu lapisan atas kek iaitu choc ganache. Nak buat choc ganache juga senang, choc ganache yang mempunyai permukaan licin pasti menjadi tarikan. Jom kami nak kongsikan resepi choc ganache ini.
Jom try!
1. Resepi Choc Ganache
Bahan-bahan
- 200ml whipping cream
- 200g dark chocolate (tak kisah apa brand)
- 7g gelatin (cari yang halal)
Cara buat Choc Ganache
- Panaskan whipping cream. Tutup api.
- Masukkan gelatin. Kacau laju.
- Masukkan dark chocolate. Kacau sampai cair dan tak berketul.
- Tuang atas kek yang masih di dalam loyang.
- Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Minimum 5/6 jam.
- Bila nak keluarkan kek nanti, tarik baking paper yang kat tepi loyang tu. So mesti lapik loyang dengan baking paper lebih sikit masa nak bakar/kukus kek.
- Potong dengan pisau yang dah direndam dalam air panas. Kalau nak potongan kemas, lap pisau sekiranya ada kesan coklat kat pisau tu, baru potong lagi.
- Kalau kek anda besar, gandakan bahan untuk ganache.
- Tak pakai gelatin pun boleh. Coklat lebihkan sikit. Contoh kalau whipping cream 200ml, coklat 300g.
Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Choc Ganache Mudah
Bahan-bahan
- 1 kotak kecil whipped cream
- 200g @ 1 bar @ 1 cawan coklat masakan
- 1 sudu besar butter
Cara buat Choc Ganache Mudah
- Panaskan whipped cream hingga berbuih.
- Maasukkan coklat dan butter kacau sampai sebati.
- Biarkan sejuk tuang atas kek boleh hiaskan dengan sprinkle.
Sumber: Nurainani Nadhirah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Choc Ganache (Versi Cupcake)
Bahan-bahan
- 300g coklat compound/ coklat coin – guna berly’s
- 200g whipping cream (uht pun boleh, non diary pun boleh)
- 1 sudu besar butter (untuk efek nampak berkilat)
Cara buat Choc Ganache (Versi Cupcake)
- Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak panas tapi jangan sampai mendidih. Api perlahan sahaja.
- Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong dulu supaya cepat dan mudah cair.
- Bila dah sebati dan tiada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi.
- Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
- Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah pipekan mengikut bentuk yang digemari.
Sumber: Ruby Dzul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Choc Ganache
Bahan-bahan
- 300g dark compound (coin boleh, bar pun boleh)
- 150g susu cair / susu full cream / dairy whipping cream (Anchor)
- 1 sudu buttercup atau marjerin
- Sukatan untuk susu cair tu 150g tapi pilihlah salah satu jenis sahaja. Kalau dah pakai susu cair , tak payah pakai susu full cream. Kalau budget lebih, boleh pakai anchor
Cara buat Choc Ganache
- Double boil coklat dan butter, dah cair masukkan susu gaul sebati. Boleh curah atas kek pilihan anda
- Saya lebih suka curah ganache atas kek masa ganache masih suam. Kalau dah sejuk nanti adunan jadi pekat dan susah nak tutup keseluruhan kek. Masuk dalam piping bag pun lebih mudah bagi beginner.
Sumber: Norlailanazira Mohd Agos dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit idea serta rujukan untuk masakan anda.
Jom semak juga resepi kek coklat moist yang gebu ini.