Cendawan shitake berbeza dengan cendawan tiram. Cendawan shitake berbentuk bulat, berwarna hitam dan sedikit kenyal. Cendawan ini juga kaya dengan khasiat semulajadi. Selalunya cendawan ini menjadi pelengkap masakan sizzling yee mee . Kami kongsikan koleksi resepi cendawan shitake ini.
Jom kita try!
1. Resepi Mushroom Soup Cendawan Shitake
Bahan-bahan
- 1/2 blok butter
- 3 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1 biji bawang holland – potong dadu
- 1 paket cendawan shitake – hiris
- Lada hitam halus
- 1 senduk tepung gandum
- Stok daging (1 kuib daging + air panas (4 cawan)
- 1 kotak cooking cream
- 1 kotak air (ikut suka)
- Garam
- Mix herbs/ italian herbs/ parsley jika ada
Cara buat Mushroom Soup Cendawan Shitake
- Cairkan butter. Tumis bawang putih dan bawang holland.
- Masukkan cendawan. Masukkan lada hitam.
- Dah layu masukkan tepung.
- Masukkan stok daging diikuti cooking cream.
- Didihkan kejap.
- Blendkan sup tu dan masak semula.
- Perasakan dengan garam dan herbs jika ada.
Sumber: Oren Misaki dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Muffin Macaroni Berinti
Bahan-bahan
- 1/2 peket maccaroni Balducci
- 1 biji bawang merah – dihiris
- 1 biji bawang putih- dihiris
- Sedikit minyak zaitun
- 10 ekor udang – buang kulit
- 3 biji cendawan shitake segar – dihiris
- 2 sudu besar sos tiram
- Lada benggala merah & hijau – cincang dadu
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu full cream
- Garam, lada hitam & lada putih berperisa
- Sedikit keju mozarela
Cara buat Muffin Macaroni Berinti
- Didihkan air, masukkan 1 sudu teh garam dan rebus maccaroni hingga lembut. Anggaran 8-10minit. Toskan.
- Sementara itu, panaskan minyak zaitun. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan cendawan shitake, udang & sos tiram. Kacau sebati.
- Masukkan lada benggala hijau dan merah & kacau hingga udang masak. Ketepikan.
- Dalam bekas, masukkan telur, susu full cream, garam, lada hitam & lada sulah berperisa. Kacau sebati.
- Oles mentega @ cooking spray di sekeliling muffin pan. Masukkan macaroni, bancuhan telur diikuti udang & cendawan shitake. Akhir sekali taburkan keju mozzarela di atas permukaan.
- . Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 15-20minit. Sedia dinikmati.
Sumber: Nurha Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Ayam Cendawan Shitake
Bahan-bahan
- Ayam (potong kecil)
- Cendawan Shitake
- 5-6 ulas bawang putih
- 7 tangkai cili kering
- Halia
- Lada hitam
- Kicap pekat
- Sos tiram
Garam
Cara buat Ayam Cendawan Shitake
- Panaskan minyak tumiskan bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.
- Selepas daj naik bau tu boleh masukkan ayam dan cendawan.. masak dan gaul seketika.
- Kemudian, masukkan lada hitam, kicap pekat, sos tiram, garam dan bahan perasa yang lain (jika perlu).
- Biarkan ayam dan cendawan betul-betul masak.
Sumber:Farzariana Mohd Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Bersos Cendawan
Bahan-bahan
- 2 keping bhg ayam
- 2 sudu makan mentega
Bahan sos
- 1 sudu makan mentega
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
- 3 4 biji cendawan shiitake segar – dihiris halus
- 1 tin sos pasta carbonara
- Sedikit air
- 1/4 sudu teh emping cili
- Garam secukup rasa – jika perlu
Cara buat Ayam Bersos Cendawan
- Bersihkan ayam dan toskan airnya.
- .Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masak ayam tadi (masukkan bahagian kulit dahulu) sehingga keperangan. Angkat.
- Letak ayam di atas dulang pembakar dan masak di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25-30 minit hingga masak sepenuhnya. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing.
- Untuk menyediakan sos, cairkan mentega dan tumis bawang putih bersama hirisan cendawan hingga keperangan.
- Masukkan sos carbonara dan sedikit air. Kacau hingga sos sebati dan tidak berketul.
- Tambahkan serbuk cili dan garam jika perlu. Biarkan sos sehingga sedikit pekat.
- Hidangkan bersama ayam yang telah siap dipanggang tadi.
Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Pasti terliur dan tak sabar nak cuba resepi cendawan shitake yang menarik ini kan? Cuba ya!
Jom semak juga resepi sayur pak choy yang mudah ini.
Selamat mencuba!