Setelah berhari-hari bekerja, sebaik tiba hujung minggu mesti ramai yang tak sabar-sabar untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri atau ingin meluangkan masa bersama keluarga. Salah satu cara terbaik untuk melakukan semua ini adalah dengan menikmati hidangan enak yang dapat membuatkan anda tersenyum kepuasan.
Untuk warga kota yang tak sempat nak bergerak jauh untuk berfood hunting, salah satu lokasi terdekat yang boleh dilawati dan tidak kurang banyak tempat makan bestnya adalah di Kajang, Selangor. Di dalam artikel kali ini, Mai Singgah senaraikan semua tempat makan menarik di Kajang dan kawasan sekitarnya, percayalah, bukan sekadar sate.
01. Itik Salai Masthar
Sedap tak sedap Itik Salai Masthar ni sampaikan food vlogger terkenal dari Amerika pun sanggup terbang ke Malaysia semata-mata nak mencuba hidangan di sini.
Baca: 20 Destinasi Menarik Di Bangi
Lepas je cuba masakan salai di sini, tanpa ragu-ragu dia mengatakan bahawa gulai masak lemak cili padi di sini adalah antara yang terbaik yang pernah dinikmati.
Untuk pengetahuan anda, Itik Salai Masthar menghidangkan pelbagai jenis menu klasik Negeri Sembilan seperti daging salai masak lemak, itik salai dan ikan keli salai, tahap kepedasan masak lemaknya juga sangat memuaskan.
Anda boleh menikmati hidangan ini bersama dengan ulam-ulaman yang disediakan. Mereka turut menyediakan sambal, telur itik, keli goreng, ikan bakar, ayam percik ibu, bingsu dan macam-macam lagi.
Alamat: Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 10.00 pm)
02. Warung Sri Nangka
Di Terang Jernang, Bangi, Warung Sri Nangka sangat terkenal dengan keenakan roti canainya. Setiap hari warung ini akan dibanjiri pelanggan yang terdiri daripada pelajar institusi berdekatan dan pekerja di kawasan bangi. Pada hujung minggu pula dipenuhi dengan orang ramai yang datang bersarapan bersama keluarga.
Apa yang istimewa dengan roti canai di sini? Roti canainya lembut dan garing diluar serta kuah dhal kari yang sangat sedap. Begitu popular di Bangi sehinggakan warung ini mempunyai 6 penebar roti canai bagi memenuhi pesanan yang banyak dari pelanggan sama ada bungkus atau makan di kedai. Roti canai mereka pula habis seawal 9 pagi. Oleh itu, jika anda ingin berkunjung ke sini, pastikan anda tiba lebih awal.
Menu yang popular pastinya roti canai. Namun pelanggan disini gemar memesan roti canai kahwin iaitu kombinasi roti kosong dengan roti telur. Selain itu, warung ini turut menyediakan juadah nasi lemak yang sedap dan mi kari yang pekat dan lazat. Warung ini juga menyediakan air sejuk dan suam secara percuma. Jika anda tidak mahu meminum air manis, boleh ambil saja air kosong tanpa dikenakan bayaran.
Oleh kerana terlalu ramai pelanggan yang hadir, parkir di sini juga agak terhad. Anda perlu memakir di bahu jalan yang sempit untuk ke warung ini. Jangan bimbang, kesesakan yang anda alami ini sangat berbaloi setelah mencuba roti canai sedap di sini.
Lokasi: 24, Jalan Teras, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi:
- Selasa – Ahad (5am – 11am)
- Isnin tutup
03. Nasi Ayam Madu Seri Melati
Tidak jauh dari Warung Sri Nangka, terdapat satu restoran nasi ayam yang popular di Bangi. Terletak di tepi Jalan Bangi Lama – Ukm, restoran ini menjadi tumpuan pelanggan di waktu tengahari terutama pada waktu rehat. Restoran ini mengutamakan hidangan nasi ayam madu yang istimewa dan terkenal kerana kelazatannya.
Ayam madu ini dimasak dengan perapan istimewa untuk menghasilkan rasa yang unik dan ia dihidang bersama sayur salad dan timun. Sos cili nasi ayam juga sangat istimewa kerana pekat serta mempunyai rasa pedas dan manis.
Walaupun kedai ini sering dipenuhi dengan pelanggan, anda tidak perlu risau kerana servis di sini sangat pantas. Anda hanya perlu ambil nasi ayam di meja bersebelahan kaunter dan terus duduk untuk makan. Suasana ketika makan di sini rasa seperti makan di kawasan kampung dan sistem perkhidmatan di kedai ini juga sangat teratur.
Walaupun namanya Nasi Ayam Madu Seri Melati, kedai ini tidak hanya tertumpu pada menu nasi ayam. Mereka juga menyediakan lauk pauk masakan melayu dan juga menu sarapan pagi seperti roti canai dan nasi lemak.
Alamat: Teras Jernang (dekat lampu isyarat), Jalan Bangi Lama, Bangi, 43000 Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8am – 5pm)
04. Each A Cup, Lotus Kajang
Bagi penggemar teh boba, kopi dan coklat serta ice blended, pastikan anda cuba Each A Cup di Lotus (Tesco), Kajang. Jenama minuman ini berasal dari Taiwan dan memang sudah sangat popular kerana menjadi antara jenama terawal yang menawarkan minuman berasaskan boba di Malaysia. Dengan lebih kurang 30 cawangan dibuka di seluruh negara, bolehlah dapatkan Each A Cup jika anda merantau ke mana-mana nanti.
Each A Cup memang cukup popular dengan minuman berasaskan kopi dan teh. Mereka mempelbagaikan minuman kopi dan teh serta menawarkan lebih 30 jenis minuman. Yang paling popular dalam siri teh, tentunya Milk Tea, Cranberry, Passion Sakura dan Matcha green tea.
Anda boleh dapatkan minuman-minuman ini dalam pelbagai perisa. Malah, minuman teh mereka adalah hasil daripada idea inovatif mereka untuk mencipta each-a-brew iaitu proses membuat satu uncang teh, khas untuk satu cup sahaja.
Terbaru, anda perlu mencuba Brown Sugar Pearl Milk Tea. Minuman kopi mereka juga dipelbagaikan dan yang paling popular ialah ice blended coffee mereka seperti Coco Cappuccino Frappe, Tira King, Black Mocha Frappe, Hazelnut Coffee dan banyak lagi.
Mereka turut menawarkan minuman berasaskan buah-buahan seperti mango passion, fruity yogurt series dan coklat seperti Crazy Oreo, Chocolate Cookies dan lain-lain. Dapatkan maklumat terkini dan promosi hebat dengan mengikuti laman Facebook mereka. Bila berjalan-jalan di Lotus Kajang, jangan lupa singgah ke Each A Cup kerana Tearista di sini telah dilatih dan berpengalaman luas dalam menghasilkan teh terbaik!
Media Sosial: Instagram
Alamat: Lot OL-G1, Lotus Kajang, Persiaran Saujana Impian, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)
05. Mishaltit @ De Centrum Mall
Mishaltit adalah sebuah restoran masakan timur tengah dan barat yang terletak di tingkat 2 DeCentrum Mall. Restoran bertemakan warna oren ini menawarkan masakan seperti Double Cheese Shawarma Chicken, Mexican Chicken Pizza, burger, nasi Arab dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan anda, burger di sini bukan macam burger biasa, sebab saiz rotinya cukup besar dan daging yang digunakan juga jauh lebih istimewa, cukup juicy. Hidangan yang enak ini boleh dinikmati bersama dengan jus buah yang dihidangkan dalam jug yang besar.
Alamat: A-G-13 De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, Bangi Government and Private, Trainin, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (2.30 pm – 2.00 am)
06. Nim’s Little Island Café
Terletak di dalam struktur kayu, Nim’s Little Island Café adalah sebuah kafe dengan vibe semula jadi sesuai dengan namanya.
Kedai makan yang menjadi spot kegemaran ramai pelajar UKM ini menghidangkan pelbagai jenis makanan yang enak terutama sekali hidangan signature mereka iaitu kerabu siakap tiga rasa, tomyam campur dan juga udang goreng tepung.
Masakan lain yang turut mendapat pujian ramai adalah kuew teow kungfunya yang dihidangkan dalam saiz yang mengenyangkan dan tidak kedekut dengan isi seafood.
Di samping itu, yee mee sizzlingnya pun tak kurang sedapnya. Bagaimana pula dengan harga? Cukup murah. Singgahlah kalau ada di kawasan berdekatan ya?
Alamat: 5, Persiaran Teratai 2, Kampung Sungai Ramal, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00 pm – 12.30 am)
07. Roti Canai D’Bukit
Semasa memandu menaiki bukit di sekitar Kajang tiba-tiba ternampak kawasan yang meriah dengan orang ramai, berkemungkinan besar itulah lokasi Roti Canai D’Bukit.
Warung ini cukup terkenal sebagai tempat bersarapan pagi yang paling sedap di Kajang. Menu yang menjadi kegilaan ramai di sini adalah roti canainya yang dimakan bercicahkan kari kambing.
Selain ini, hidangan lain yang juga mendapat perhatian daripada para pengunjung adalah sate, soto, nasi lemak, mee sup, otak-otak dan mee jawa. Bolehlah datang setiap minggu untuk cuba setiap menu yang ada. Bukan setakat makanan, teh aisnya pun semacam sedapnya.
Sekadar tips untuk ke sini, sekiranya anda datang dalam sekitar pukul 8 pagi pada hujung minggu, ada kemungkinan mudah untuk anda mendapatkan tempat duduk kerana kebiasaannya mereka yang datang minum selepas solat subuh di masjid sudah pun pulang ke rumah.
Alamat: Roti Canai D’Bukit Jalan Masjid Kajang, Selangor Darul Ehsan, 43000 Kajang
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5.30 am – 12.00 pm)
08. Kafe Kambing Kacak
Tertanya-tanya nak makan apa weekend nanti dengan keluarga? Mai Singgah cadangkan untuk anda cuba hidangan di Kafe Kambing Kacak. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan daripada menu mereka.
Antara yang mesti dicuba dan menjadi pilihan ramai pelanggan ialah seperti Kambing Kacak Special, Chicken Mandy, Lamb Kabsa, Pizza, Lamb Shank dan Kebab Roll. Datanglah dengan perut yang lapar, baru terasa nikmatnya! Jangan risau, service Kafe Kambing Kacak ni pun mantap, cukup cepat!
Baca Review Penuh Disini: Kafe Kambing Kacak
Alamat: No. 8, Jalan Puteri 2a/1, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (11:00 am – 10:00 pm) | Selasa (Cuti)
09. Marjorina Café
Kafe dengan dekorasi dalaman bergaya industrial, Marjorina Café adalah sebuah kafe yang selesa untuk dijadikan lokasi untuk relaks bersama rakan-rakan atau keluarga.
Atmosferanya disempurnakan dengan alunan muzik yang sedap didengar dan juga cahaya lampu malap yang selesa pada pandangan mata. Udara di dalam kafe juga dingin beraircond, sedar tak sedar boleh jadi berjam lama anda lepak dalam kafe ni disebabkan suasananya yang mendamaikan.
Mengenai menu yang ada, kafe ini menghidangkan makanan seperti cheese korean chicken pasta, waffle platter, cheesy seafood, salted egg chicken chop, cheese burger, salted egg french fries, pomodoro rice chicken, mac and cheese, cheese toast, chicken bolognese dan macam-macam lagi.
Hidangan pencuci mulutnya juga wajib dicuba contohnya oreo mille crepe cake dan caramel crepe. Suka minum kopi? Anda pasti tak akan kecewa dengan kualiti kopi yang disediakan di Marjorian Café.
Alamat: C-35-GB, Jalan Prima Saujana 2/E, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis Kecuali Selasa (1.00 pm – 11.00 pm) | Jumaat, Sabtu, Ahad (12.30 pm – 11.00 pm) | Selasa (Tutup)
10. Western Bosku
Nak makan masakan barat tapi dalam masa yang sama nak berjimat? Mai singgah makan di Western Bosku.
Nak tahu murah tak murah, lihat sahajalah harga set talam makanan westernnya yang boleh mengenyangkan 4 – 6 orang, dalam harga hanyalah serendah RM55! Tak cukup terkejut lagi? Chicken chop di sini hanyalah serendah RM3.90 sahaja! Mana nak cari harga chicken chop semurah ni?
Antara menu yang ada di kedai makan ni adalah seperti grill chicken mix platter, lamb chop dan beef steak. Tidak hanya terhad kepada masakan western, sebab mereka turut menawarkan char kuey teow, nasi goreng kambing dan juga sate yang boleh mengejutkan lidah dek kerana sensasi keenakannya.
Alamat: 11, Jalan Seksyen 3/2, Taman Bukit Mewah, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (2.00 pm – 12.00 am)
11. Restoran Sate Kajang Hj Samuri
Sate Haji Samuri adalah hidangan paling legend di Kajang. Sate yang dihidangkan di kedai ini bersaiz agak besar, wajib untuk anda datang dengan perut yang kosong. Daging satenya diperap dengan sempurna.
Antara jenis sate yang ada adalah seperti sate kambing, sate perut, sate ikan, sate ayam dan lain-lain lagi. Selain sate, andai kata anda terlalu lapar, mereka turut menawarkan hidangan berat seperti burger, kuey teow goreng dan nasi goreng.
Ruang makannya? Cukup luas, terletak di dalam sebuah bangunan dua tingkat, anda boleh memilih sama ada ingin menikmati sate di bawah kesejukan pendingin hawa ataupun sambil menghirup udara segar di ruangan terbuka. Walaupun hanyalah sebuah kedai sate, dekorasinya juga agak menarik.
Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00 am – 12.30 am) | Jumaat (4.00 pm – 12.00 am)
12. Willy Satay
Selain Sate Haji Samuri, sate yang tak kurang peminat setianya di Kajang ni adalah Sate Willy. Dari sate ayam hinggalah kambing, macam-macam jenis daging sate boleh dipilih untuk menghilangkan kempunan.
Dagingnya diperap sempurna dengan pelbagai rempah-ratus untuk menghasilkan rasa yang padu. Kuahnya juga boleh menarik jiwa walau dengan hanya sekali suapan, sungguh pekat.
Yang menariknya, di sini anda boleh menempah minuman di dalam gelas bersaiz jumbo, jangan terkejut pula dengan saiznya bila dah sampai di meja nanti.
Lebih sebab untuk anda datang makan di sini adalah kerana layanannya yang sungguh efisien, walaupun dikunjungi ramai orang, cepat sahaja hidangan sampai di depan mata.
Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor
13. Restoran Ana Ikan Bakar Petai®️ Bandar Baru Bangi
Tak perlulah nak ke tepi pantai untuk makan masakan laut segar, datang sahaja ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai, semuanya segar-segar belaka.
Anda boleh pilih daripada pelbagai jenis hasil laut yang ada, terdiri daripada aneka jenis ikan (siakap, pari), udang, sotong dan macam-macam lagi.
Antara hidangan menarik yang boleh diminta adalah seperti udang masak butter, ketam masak cili dan yang paling wajib sekali adalah ikan bakai petainya.
Seperti namanya, kalau datang sini tapi tak cuba ikan bakar patai, macam tak normal pula. Memang rugi! Ikan yang segar ini dibakar bersama dengan daun pisang yang dapat membangkitkan aroma. Siapa tak terliur? Selain ini, ramai pelanggan turut memuji sotong celup tepung mereka, terbaik!
Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
14. Food Valet (Nasi Goreng Gila)
Salah satu tempat makan terkenal di Kajang adalah kawasan food court yang dinamakan Food Valet. Di sini, macam-macam gerai viral ditempatkan di dalam satu lokasi yang sama, tak perlu pening kepala nak pilih apa sebab masing-masing ada keistimewaan tersendiri. Namun begitu, dalam banyak-banyak gerai yang ada, gerai Nasi Goreng Gila ini adalah antara yang paling terkenal di Food Valet.
Jangan tawar hati pula bila tengok harganya yang tak sama macam nasi goreng biasa, memang nampak mahal, setaraf harga masakan western, tapi sebenarnya, nasi goreng di sini lain macam sedapnya, seperti namanya, memang sedap ‘Gila’!
Dengan harga yang mencecah belasan ringgit sepinggan, nasi gorengnya dihidangkan bersama dengan potongan kecil daging, ayam, udang, sotong, sosej dan fishcake. Siap dengan telur goyang, keropok, sambal belacan dan sup.
Macam mana tak jatuh cinta? Bagaimana pula dengan nasi goreng specialnya? Kena datang dulu, baru tahu.
Alamat: Jalan Sungai Ramal Dalam, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 1.00 am)
15. Warung Bunian
Orang Malaysia dengan nasi lemak mustahil dapat dipisahkan. Disebabkan itu, tersangatlah mudah untuk jumpa gerai yang jual nasi lemak ni. Tapi mana nak cari kedai nasi lemak yang betul-betul best rasanya? Salah satu lokasinya adalah di Warung Bunian.
Terletak di Kampung Sungai Merah, Kajang, Warung Bunian ini terkenal dengan sajian nasi lemak telur bungkusnya. Telurnya dimasak sempurna, jauh lebih empuk daripada biasa. Automatik terpejam mata sebaik disuapkan ke mulut.
Selain nasi lemak telur bungkus, menu lain yang tak kurang hebat sambutannya dalam kalangan pelanggan adalah roti jiwa kacau. Jangan terkejut, nampak je macam warung kampung biasa, tapi untuk datang ke sini, anda perlu booking terlebih dahulu. Ya, sampai macam ni sekali popularitinya.
Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.00 am – 2.00 pm) | Sabtu, Ahad (7.00 am – 11.00 am)
16. Cibiuk
Rasai masakan asli Sunda, jawa barat Indonesia hanya di Cibiuk. Keaslian masakan Indonesia di restoran ini bukanlah dibuat-buat, dihasilkan dengan penuh teliti. Menu-menu yang ditawarkan adalah sepert nasi liwet, ikan kipas, sate, ayam bakar dan macam-macam lagi. Tak kisahlah apa yang anda order, semuanya dimasak dengan rasa yang superb, cukup rasa herba dan rempah-ratusnya.
Kesemua hidangan ini boleh dimakan bersama dengan sayuran dan aneka sambal yang disediakan secara percuma. Hati-hati, cili hijaunya memang pedas! Untuk menghilangkan rasa pedas yang tak terkira ni, anda boleh mencuba daripada pelbagai jenis minuman yang ada seperti jus apricot.
Merancang untuk keluar makan bersama keluarga? Cibiuk adalah salah satu restoran yang sesuai, cukup selesa dan lengkap dengan penyejuk udara. Sambil-sambil makan tu, anda akan dihiburkan dengan alunan muzik klasik Indonesia yang menyenangkan telinga.
Alamat: No, 1-G, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00 am – 11.00 pm) | Jumaat (2.30 am – 11.00 pm)
17. Al Mubarakah Nasi Dulang Daun Pisang
Tempat makan menarik yang seterusnya dalam senarai ini adalah Al Mubarakah Nasi Dulang Daun Pisang yang terletak di Sungai Ramal Dalam. Kalau anda tak pernah cuba lagi nasi dulang daun pisang, anda wajib singgah makan di sini hujung minggu nanti.
Baca: 15 Tempat Makan Menarik Di Putrajaya
Kalau anda nak tahu, nasi dulang daun pisang adalah gabungan nasi putih dengan lauk sama ada ikan keli goreng, ayam kampung goreng, bawal goreng, itik goreng, ayam goreng berempah atau tilapia goreng yang dihidangkan panas-panas.
Anda boleh memilih kuah apa yang ingin dijadikan pelengkap hidangan, sama ada gulai lemak cili api atau gulai kari, kedua-duanya pekat dan memikat! Di dalam pinggan yang sama, turut lengkap dengan ulam, sambal air asam, sambal ayam penyet dan juga sambal belacan.
Bukan nasi dulang daun pisang je yang ada, makanan seperti nasi kerabu dan nasi ganja pun turut ditawarkan. Masing-masing tak kalah dari segi rasa, pekena pula dengan ayam goreng berempah, kalau boleh hari-hari nak mai ke sini.
Alamat: Pt 75024, Jalan Besar Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
18. Kak Su Nasi Kerabu
Kedai makan yang satu ni memang wajib orang pantai timur tahu, Kak Su Nasi Kerabu atau pun nama lainnya, Narak Tomyam yang terletak di Batu 12 Jalan Cheras di antara kedai jualan barangan kereta terpakai dan bertentangan sahaja dari pusat kereta Perodua.
Tiba sahaja di kedai makan ni nanti, anda akan terlihat bermacam lagi menu tradisional pantai timur yang lain selain daripada nasi kerabu, seperti nasi dagang, nasi minyak, laksam, laksa, pulut kuning dan nasi lemak kukus.
Alamat: JC 80 Lot 717 Jln Cheras, Bt. 12, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.30 am – 3.00 pm) | Jumaat (6.30 am – 12.30 pm)
19. Salman Nasi Kandar
Salman Nasi Kandar atau juga dikenali ramai sebagai nasi kandar KTM UKM adalah kedai makan yang cukup terkenal, jarang-jarang sekali sunyi daripada kedatangan pelanggan.
Berkonsepkan warung, nasi kandar yang diniagakan di sini ditawarkan dalam harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai nasi kandar lain, dahlah murah, sedap pula tu. Saiz hidangannya juga sungguh mengenyangkan. Yang penting, rasanya memang kaw!
Menawarkan lima jenis kuah berbeza iaitu kari daging, kuah daging masak hitam, kari ikan, kuah pedas dan juga kuah masak hitam biasa. Teragak-agak lagi nak cuba atau tak? Kalau anda nak tahu, tagline kedai ini adalah “Murah, Banyak, Sedap,” dan inilah yang anda akan dapat. Tak rugi cuba.
Alamat: Lot 6741E, Jalan Bistari, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (11.00 am – 9.00 pm)
20. 1957 Kopi + Makan
Melangkah masuk ke dalam kedai 1957 Kopi + Makan, anda akan disambut oleh suasana yang sungguh cosy, dengan rekaan dalaman yang sejuk dipandang, menggunakan warna-warna natural, atmosfera di dalam kedai ini terasa begitu santai, cukup sesuai untuk dijadikan lokasi lepak sambil melakukan assignment atau untuk perbincangan urusan kerja.
Sambil-sambil tu bolehlah anda mencuba antara hidangan yang mendapat pujian pelanggan seperti beef lasagna, chicken sandwich, burnt cheese cake, spaghetti aglio olio mushroom, nuttella cheesecake, peanut butter choc cake dan banyak lagi!
Untuk minuman pula, mereka menawarkan menu seperti strawberry lychee, pineapple mango dan pelbagai jenis kopi. Lokasinya adalah bersebelahan dengan IUKL.
Alamat: De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
21. RONO
Perniagaan dengan nama yang simple, RONO, adalah sebuah lagi kedai sate yang menarik untuk dicuba di Kajang. Memang betullah Kajang ni syurga sate.
Daging sate di RONO ini diperap dengan sempurna, cukup juicy dan sangat empuk, sungguh mudah untuk digigit.
Kuahnya juga luar biasa sedapnya. Memang berbaloi untuk anda datang dari jauh semata-mata untuk mencuba sate ini. Ada yang mengatakan bahawa sate RONO ini adalah yang terbaik di Kajang kerana dagingnya yang dikatakan ekstra juicy dan berlemak jika dibezakan dengan yang lain. Betul atau tidak, kena cuba dulu, barulah tahu.
Selain sate, mereka turut terkenal dengan sajian mee kari. Apa salahnya cuba kedua-duanya sekali kan? Pastikan datang dengan perut yang kosong barulah terasa nikmatnya. Layanannya? Cukup pantas dan efisien walaupun sentiasa ramai dengan orang.
Alamat: Taman Delima, 43000 Kajang, Selangor
22. Kafe Beriani Gam Putrajaya
Kafe Beriani Gam Putrajaya menyediakan nasi beriani gam dengan pelbagai pilihan lauk seperti daging kambing, daging ayam dan daging lembu. Rasa hidangannya iaitu daripada nasi hinggalah kepada lauk, semuanya superb! Saiz hidangannya juga sungguh mengenyangkan bersesuaian dengan caj yang dikenakan.
Hati-hati, nasinya terlampau sedap, walaupun nampak banyak, gerenti boleh licin sebab anda boleh ketagih dengan keenakannya.
Nasinya berganda-ganda sedapnya bila dinikmati bersama dengan acar dan kuah kari. Tak cukup sepinggan.
Alamat: Lot Sub 4, Jalan Kajang – Puchong, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 11.00 pm)
23. The Grato Bandar Seri Putra
Teringin makan masakan western atau Italiano? Mai singgah makan di The Grato Bandar Seri Putra. Lokasinya berhampiran sahaja dengan UKM, KUIS, dan Tesco. Antara menu yang dihidangkan di sini adalah seperti pizza, lamb chop, chicken chop, salmon, mac & cheese, fish & chips, burger, pasta, softshell crab dan banyak lagi.
Rasa daging yang digunakan juga sungguh fresh, percayalah, anda pasti akan pulang dengan senyuman.
Harganya? Jangan risau, sungguh berpatutan, boleh dikatakan agak murah jika dibandingkan dengan tempat lain dengan kualiti yang sama. Suasana kedai juga selesa.
Murah dan selesa, kriteria kedai yang sesuai untuk dijadikan tempat menjamu selera bersama keluarga bukan?
Alamat: 39, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 12.30 pm – 11.00 pm
24. Ikan Bakar Terangkat
Gerenti terangkat selera sehingga ke langit ke-7 kalau makan di Ikan Bakar Terangkat. Aromanya sahaja dah memanggil-manggil anda untuk mencuba.
Isi ikan bakarnya sungguh sedap berjus, dimakan pula dengan nasi bujang dan sambal yang disediakan, sajian ni sahaja bakal membuat anda menjadi pelanggan tetap restoran ini.
Selain ikan bakar, anda juga boleh menempah seafood platter dengan gabungan pelbagai seafood berbeza seperti ketam, kepah dan udang galah di dalam kuah kari yang power rasanya. Kesegaran seafood yang digunakan cukup terserlah rasanya.
Alamat: No. 1, Lot 3083, Jalan Ayer Itam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.30 pm – 12.00 am)
25. Pavillion Steak & Grill and Catering
Pavillion Steak & Grill and Catering menyediakan ruang makan yang selesa dengan aura romantik, disamping alunan irama klasik yang menenangkan jiwa. Bukan sekadar selesa, sajiannya juga sungguh menyelerakan.
Pastanya cukup creamy, hidangan lain seperti nasi kabsah kambing, fish & chip, steak, salmon grill dan nasi kambing Haneeth juga tidak mengecewakan. Ya, bukan sekadar masakan western, tapi juga masakan timur tengah dan tempatan.
Selesa dan hidangan yang sedap, apa lagi yang tak cukup? Layanan yang diberikan juga tidak ubah seperti di restoran 5 bintang. Sambil makan juga anda boleh melayan persembahan live band yang sering diadakan.
Alamat: Pavillion Steak and Grill (owned by Pavillion Catering) 6044 Sungai Ramal Dalam Selangor, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (12.00 pm – 12.30 am) | Jumaat (3.00 pm – 1.00 am)
26. Restoran Al Khail
Terletak di Mutiara Heights, Kajang, Restoran Al Khail menawarkan pelbagai jenis masakan terdiri daripada masakan India, barat, Melayu, Thailand dan timur tengah, pendek kata, macam-macam ada!
Baca: 34 Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur
Antara menu menarik yang ada adalah nasi kandar, naan butter, shawarma, lamb steak, nasi arab, nasi goreng kambing dan pelbagai lagi. Minuman best yang boleh dicuba adalah air durian belanda.
Di restoran ini, anda boleh memilih sama ada ingin menikmati hidangan di dalam ruangan beraircond ataupun di ruangan terbuka. Sementara menanti kehadiran makanan, anda boleh melayan internet dengan menggunakan kemudahan wifi percuma yang disediakan.
Mungkin juga tak sempat pun anda nak online, memandangkan layanan mereka cukup pantas. Dibuka selama 24 jam, datanglah bila-bila masa pun, restoran ini sentiasa terbuka untuk menghilangkan rasa lapar anda.
Alamat: Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
27. Homst Restaurant
Homst Restaurant adalah sebuah lagi restoran Cina Muslim yang menarik untuk dicuba di Kajang. Kedainya cukup selesa untuk dilawati bersama keluarga, lengkap dengan penyejuk udara, ruang yang luas kerana meliputi dua lot kedai, jarak antara meja ke meja juga cukup luas.
Tidak hanya selesa, rasa masakannya juga membuatkan kedai ini menjadi pilihan ramai. Antara menu yang gerenti membuat anda menjilat jari adalah seperti butter chicken, daging black pepper, udang masak butter, ayam pandan dan banyak lagi.
Mengenai kemudahan yang disediakan, kedai ini lengkap dengan ruang solat, jadi tak perlulah anda terkejar-kejar bila masuk waktu. Bagi yang datang dengan perut menggerodak, jangan risau, layanan mereka cukup pantas.
Alamat: 47G,48G & 49G, Jalan Prima Saujana 1/1a, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor
28. Arabian House Restaurant
Bagi sesiapa yang kempunan masakan Arab tu, anda mesti mencuba masakan di Arabian House Restaurant. Salah satu menunya adalah seperti nasi kabsah dengan lauk daging yang sungguh lembut, dimasak sempurna sehingga mudah untuk ditanggalkan daripada tulang. Anda mesti cuba!
Bercadang untuk mengadakan jamuan dengan hidangan masakan Arab? Anda boleh menempah dewan yang disediakan yang mampu menampung sehingga 100 orang. Mereka turut menawarkan bilik peribadi berkonsep mewah yang dapat memuatkan sehingga 20 orang.
Sambil menunggu ketibaan hidangan, anda boleh melayari internet menggunakan kemudahan wifi percuma yang disediakan. Dah masuk waktu azan? Jangan risau, surau juga disediakan.
Alamat: 1G Jalan Putra Kajang , 5 Taman Putra Kajang, Kajang
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 11.30 pm)
29. Sup Ali Power
Sup Ali Power telah bertapak di lokasi ini hampir 20 tahun, power tak power kalau begini lama sekali bertahannya perniagaan di dalam gerai sesempoi ini?
Terletak di Jalan Maju, Kajang, gerainya telah banyak kali mendapat liputan dalam pelbagai rancangan tv dan akhbar. Sudah cukup kukuh sebabnya untuk anda cuba sendiri apa yang power sangat dengan supnya ini.
Di gerai ini, anda boleh memilih jenis daging yang ingin dimasukkan di dalam sup iaitu sama ada daging ayam, kambing, lembu ataupun burung puyuh. Walau apa pun jenis daging yang dipilih, kuah supnya tetap sama, likat dan pekat dengan rempah-ratus, cukup enak untuk dimakan bersama roti kosong ketika hujan bercurahan.
Apa yang powernya dengan sup ini adalah kerana ianya dihasilkan dengan menggabungkan 40 jenis rempah yang berbeza. Keenakan rasanya terserlah melalui aromanya. Siapa sahaja yang lalu depan kedai ni pasti akan berhenti untuk mencuba.
Alamat: No. 7, Jalan Maju 1, Taman Maju 2, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (5.30 pm – 3.00 am)
30. Tareem Hadramawt Restaurants
Tareem Hadramawt Restaurants menawarkan pelbagai jenis masakan Arab dari negara Yemen. Seperti yang dijangkakan daripada sebuah restoran masakan Arab, saiz hidangannya agak besar, boleh kenyang sehari, tak pun mai bawa ramai-ramai keluarga makan sekali. Pastikan anda datang dengan perut yang kosong ya?
Setibanya di restoran ni nanti, anda boleh memilih tempat duduk sama ada di dalam ruangan yang berpendingin hawa ataupun di ruang terbuka sambil menghirup udara segar.
Nak order apa? Antara hidangan yang memang ‘da bomb’ di sini adalah seperti royal lamb aqdah, shawarma yang menggunakan mayonnaise yang lazat, muqalqal lamb dan banyak lagi.
Alamat: Tareem Hadramawt Restaurant, No. 1, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat Indah 2, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 11.30am – 03.00am
31. Milk Mousthache Café
Dalam banyak-banyak kedai makan ni, takkanlah tak ada satu pun kedai makan Korea kan? Kafe yang kami senaraikan ini bukan sekadar tangkap muat, sebab ianya memang betul-betul best. Milk Mousthache Cafe yang terletak di Taman Kajang Putra ini adalah kafe Korea yang menyajikan pelbagai hidangan menyelerakan, bermacam menu yang mendapat pujian ramai dek kerana kecukupan rasanya.
Antaranya adalah rabboki, jajjangmyeon, spicy dobukki, tuna pancake, kimchi fried rice, ramyeon dan sebagainya. Untuk minumannya pula, anda boleh mencuba peanut butter milkshake atau honey ginger tea.
Jangan terkejut pula, sebab bila masuk je ke dalam kedai ni, anda bukannya disambut dengan tempat duduk, tapi ruang dapur dulu. Untuk ke ruang menjamu selera, anda perlu naik ke tingkat atas.
Dekorasinya? Berkonsepkan k-pop dan anime, sambil-sambil menunggu makanan sampai tu, bolehlah cuci mata dulu. Anda juga boleh membelek-belek buku atau bermain dengan games yang disediakan. Siap lengkap dengan kids corner lagi tu. Memang cool habis!
Alamat: 22, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (11.30am – 10.00pm) | Ahad (11.30am – 07.00pm)
32. JIBRIL
Jika anda inginkan sesuatu yang berbeza dan unik, atau mungkin untuk menyambut sesuatu yang istimewa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun kekasih hati, cubalah JIBRIL yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, berdekatan sahaja dengan Kajang.
Dengan suasana romantic dan classy, JIBRIL merupakan restoran yang membawa konsep speakeasy bar ala zaman 20-an. Malah, mereka turut menawarkan mocktails. Bukan cocktails ye, mocktails sahaja, minuman tanpa alkohol dan berasaskan sirap buah-buahan.
Makanan yang mereka tawarkan di sini tidak kurang pelbagai dan semuanya sedap-sedap belaka. Keistimewaan mereka adalah butter-based food atau makanan berteraskan sos signature mereka salted egg butter sos. Antara yang terkenal dan menjadi pilihan ramai termasuklah Butter Chicken Chop Pasta.
Chicken Chop digabungkan bersama pasta bersama sos salted egg butter mereka, memang cukup menyelerakan! Jadi, untuk suatu pengalaman istimewa yang berbeza bila anda berada di Kajang, singgahlah sebentar ke Seksyen 3, Bandar Baru Bangi untuk mencuba keunikan JIBRIL.
Laman Web: https://linktr.ee/jibrilbangi
Baca Review Penuh Disini: JIBRIL
Alamat: No. 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: 11am-10pm setiap hari (Akan Dibuka April 2022)
33. Komasen Steamboat and Grill
Nak makan sepuas hati sampai kenyang, datang sahaja ke Komasen Steamboat and Grill, bermacam-macam pilihan makanan disediakan, ada lala, ayam, ketam, udang, kambing, kepah, daging dan lain-lain lagi. Hanya tepuk dada, tanya selera dan ambil sahaja apa yang ada sehingga penuh pinggan.
Untuk menikmati steamboat ini, anda boleh memilih sama ada dengan kuah tom yam atau dengan sup ayam. Kelazatannya tidak menjadi persoalan.
Dah kenyang menjamu selera? Anda boleh memanjakan tekak dengan ais krim yang disediakan. Harganya, sangat murah jika dilihat daripada kuantiti hidangan yang ditawarkan dan keenakan rasanya.
Untuk pengetahuan anda, kedai makan ini turut lengkap dengan fasiliti surau yang bersih dan selesa untuk pelanggan.
Alamat: Jalan Kampung Sekamat, Kampung Sungai Sekamat, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Khamis (6.00 pm – 11.00 pm) | Khamis (Tutup)
34. Oscar Coffee & Food
Merancang untuk makan bersama dengan yang tersayang atau ingin meluangkan masa berkualiti dengan diri sendiri? Anda tidak tersalah membuat pilihan sekiranya memilih Oscar Coffee & Food.
Restoran yang stylish dengan aura cozy dan sunyi daripada sebarang gangguan bunyi ini turut menjanjikan layanan bertaraf lima bintang, mesra dan pantas.
Bukan sekadar terkenal dengan kopi yang kaw, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis makanan halal Jepun dalam harga yang berpatutan dengan kualitinya. Dihasilkan dengan penuh ketelitian menggunakan bahan-bahan yang segar. Saiz hidangannya juga boleh jadi agak besar, maka datanglah dalam keadaan perut yang lapar, cukup berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan.
Menu menarik yang ditawarkan mereka adalah seperti omurice, garlic fried rice, steak fried rice, salmon sashimi, ebi tempura dan dessert signature iaitu cheese cake mereka. Untuk minuman pula adalah seperti capuccino, french rose latte, sesame black coffee, americano dan chocolate.
Percayalah, bila dah sekali cuba tempat ni, kemungkinan besar anda akan mula merancang untuk datang setiap minggu.
Alamat: 15, Jalan Bukit Mutiara 1, Mutiara Heights, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: 11.00am – 11.00pm
35. Laman Grill Steak & Bar-B-Que (Kajang)
Siapa yang tak pernah menonton MasterChef? Laman Grill Steak & Bar-B-Que ini adalah sebuah restoran yang diuruskan sendiri oleh sekumpulan chef terbaik yang dimiliki oleh salah seorang juri rancangan terkenal ini iaitu Chef Zubir.
Harganya, bersesuaian dengan kualiti makanan yang dihidangkan, dihasilkan dengan penuh kepakaran beserta dengan gaya presentation yang sungguh menarik.
Tiba di kedai ini nanti, pastikan anda mencuba daging kambing yang disalaikan selama 16 jam, antara hidangan special di sini. Sebenarnya, tempahlah apa saja, semuanya berkualiti setaraf restoran di hotel 5 bintang. Bon appetit!
Alamat: No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
36. Kayan + Co Café
Kayan + Co Café menjanjikan pengalaman menjamu selera yang pasti sukar untuk dilupakan. Ruangan dalaman kafe ini berkonsep menarik dan selesa dengan gabungan warna natural, bersiling tinggi dan dinding batu-bata merah yang melahirkan rasa sejuk. Aura yang cukup chill, sesuai untuk dijadikan port santai bersama rakan-rakan atau keluarga. Muzik yang dikumandangkan juga cukup menghiburkan.
Mengenai menunya pula, kafe ini menawarkan hidangan signature seperti nachos beet dan spaghetti gamborini. Makanan lain yang turut mendapat pujian ramai adalah seperti mushroom fritters yang sangat crunchy, lamb chop, chicken kayan dan banyak lagi. Mereka turut menawarkan masakan Asia seperti tomyam dan nasi goreng.
Tak lengkaplah hidangan kalau tak order minuman sekali kan? Untuk air, jangan lepaskan peluang untuk mencuba unicorn frappucinonya green tea atau kopi. Bagi yang membawa anak kecil, kafe ini turut menyediakan ruang permainan kanak-kanak.
Alamat: Jalan Reko, Taman Perindustrian Kajang, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (12.00 pm – 11.00 pm)
Baca: Tempat Makan Menarik Di Bangi | Restoran Paling Best
Dah ada idea tempat makan menarik di Kajang yang mana akan anda sekeluarga cuba? Atau rambang mata dengan pilihan yang ada?
Jangan risau, cuba satu-satu, insyaaAllah tak ada yang mengecewakan. Dah selesai baca senarai ni, barulah senang nak food huntingkan? Selamat menjamu selera!