Bagi yang bercadang nak ke Cyberjaya hujung minggu ini atau pun sekadar santai membawa diri atau keluarga berjalan, pasti tercari cari mana tempat makanan yang sedap dan menarik yang terdapat di Cyberjaya.
Jangan bimbang kerana di Cyberjaya bandar serba moden ini juga tak kurang hebatnya macam bandar bandar lain dengan aneka restoran yang datang dengan keistimewaan mereka tersendiri. Kami kongsikan dengan anda 32 tempat makan menarik di Cyberjaya yang boleh anda pilih untuk berkunjung bila-bila masa anda berada di bandar istimewa ini.
32. Giggles & Geeks
Kalau ikutkan memang banyak kedai makan western di Cyberjaya, tapi bukan senang nak cari yang betul-betul memuaskan hati. Tak nak kecewa? Anda boleh try makan di Giggles & Geeks.
Restoran ini tampil dengan konsep yang menarik dan sedap dipandang, selesa untuk dikunjungi dengan keluarga, kawan-kawan mahupun pasangan. Ruang makannya cukup luas dan sejuk dengan pendingin hawa.
Menu? Macam-macam ada! Rasanya setahun baru boleh habis try semua yang ada. Tapi, menu yang anda wajib cuba kalau singgah ke Giggles & Geeks ni ialah Lamb Chop, Lamb Shank dan juga Double Homemade Beef Burgernya. Memang juicy!
Baca Review Penuh Disini: Giggles & Geeks Cyberjaya
Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyberpoint Selatan, Cyber 8 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11.00am–06.30pm) | Jumaat – Ahad (11.00am–11.00pm)
31. Stuff’d
Bagi penggemar makanan hidangan Tex-Mex dan Turki, anda perlu mencuba Stuff’d. Restoran quick casual yang menyediakan hidangan ringkas, lengkap dan memuaskan ini terletak di DPULZE Shopping Centre. Suasana di sini memang simple tetapi kemas dan cukup menarik perhatian.
Makanan yang mereka tawarkan di sini juga sangat berlainan dari restoran fast food yang anda sering kunjungi. Makanan ala Tex-Mex seperti taco, burrito, quesadilla dan daily bowl merupakan makanan yang cukup sinonim dengan orang Mexico atau Amerika Latin. Mereka turut menawarkan makanan ala Turki dengan hidangan seperti kebab.
Secara ringkas, Stuff’d memfokuskan menu mereka terhadap makanan yang boleh dibalut dengan roti jenis leper. Dengan inti seperti ayam, daging, sayuran, jagung dan macam-macam lagi, hidangan di sini lengkap dengan semua kelas makanan. Memberikan anda nutrisi lengkap, mengenyangkan dan sihat. Kalau nak rasa sendiri apa yang istimewa, pastikan anda datang sendiri ke Stuff’d.
Media Sosial: Facebook | Instagram
Baca Review Penuh Disini: Stuff’d Cyberjaya
Alamat:Lot UG-22, DPULZE Shopping Centre, 22, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30am-09:00pm)
30. Salam Noodle
Sesiapa yang memang meminati Chinese food, boleh lah anda berkunjung ke Salam Noodle. Dengan menu yang sentiasa menjadi sebutan dan pesanan para pelanggan yang ada di sini seperti Beef Soup Noodles, Sheep Bone Pot Set, Mutton Curry Gravy Noodles, Beef Dumplings, Mutton Roast Stick dan Braised Chicken Rice
Yang best nya kat sini, bagi pesanan yang melebihi RM7.90, minuman anda boleh di isi semula tanpa sebarang caj. Jalan Jalan Cari Makan pun pernah singgah di sini untuk merasai menu mereka.
Rata rata pelanggan memberi kan respons yang positif dan mengatakan makanan mereka sedap. Dengan harga yang perpatutan, saiz hidangan yang besar dan makanan yang menarik, Salam Noodle harus menjadi pilihan anda untuk makan bila anda berada disini.
Alamat: 4810-0-42, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-10pm)
29. Texas BBQ Barn
Pernah jumpa tak kedai makan western yang betul-betul guna teknik masakan asli daripada tempat asalnya? Kalau tak pernah, jom try makan di Texas BBQ Barn!
Restoran ini menghidangkan daging salai yang dimasak menggunakan resepi Texas menggunakan kayu terpilih sehingga 18 jam! Hasilnya? Daging yang dimasak sempurna dengan rasa yang sangat juicy! Daging salai atau smoked meat ini boleh dimakan bersama dengan pelbagai lagi menu lain seperti spaghetti, sandwich, nasi, mee dan lain-lain. Harga? Sangat berpatutan!
Baca Review Penuh Disini: Texas BBQ Barn
Alamat: F-LG-3A, CBD Perdana 3, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya (Satu bangunan dgn Malakat Mall)
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi – 11.00 malam)
28. Restoran Zam Ikan Bakar
Restoran Zam Ikan Bakar adalah sebuah restoran yang sentiasa dipenuhi pelanggan. Jadi jika anda terasa nak try, pastikan datang awal. Zam Ikan Bakar merupakan sebuah restoran makanan laut dan masakan bakar atau grill. Restoran yang santai, simple dan selesa ini menyajikan makanan bakar terbaik di sekitar Cyberjaya sejak tahun 1997 lagi.
Menu utama di sini ialah ikan bakar. Ikan seperti pari, keli dan kembung diperap dan dibakar, kemudian dilumur dengan sambal yang cukup sedap. Digandingkan dengan nasi putih, kuah pilihan anda, air asam atau sambal kicap, lengkaplah hidangan anda.
Mereka turut popular dengan hidangan lain seperti sotong XXL bakar, sotong XXL goreng tepung, ayam bakar dan banyak lagi. Terdapat pelbagai lauk-pauk dan masakan lokal yang ditawarkan untuk dimakan bersama nasi campur. Memang antara kedai wajib di Cyberjaya, anda pasti puas hati dengan pilihan di sini.
Alamat: Lot 4806-0-09 CBD Perdana, 2, Jln Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (04:00pm-08:00pm)
27. Makang – Jalan Perdana
Makang ialah sebuah restoran berunsur masakan Terengganu yang terletak di Jalan Perdana. Cukup kemas, bersih, modern dan selesa, restoran ini menampilkan masakan Terengganu dengan penuh bergaya. Fokus kepada masakan sarapan pagi dan tengah hari, Makang sememangnya menjadi tempat makan pilihan ramai di sekitar Cyberjaya.
Menu utama mereka ialah nasi dagang. Nasi dagang yang asalnya dari Terengganu ini dimasak mengikut resepi turun temurun. Anda boleh nikmati nasi dagang ini dengan memilih antara 3 jenis gulai, gulai ikan tongkol, gulai ayam, gulai daging kerutuk.
Anda juga boleh mencuba nasi minyak di sini yang juga boleh dinikmati bersama gulai pilihan anda di antara 3 jenis gulai tadi. Makanan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak, nasi ayam, nasi kukus juga turut disediakan di sini. Buat anda yang gemar dengan masakan Terengganu, pastikan anda mengunjungi restoran Makang.
Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (08:00am-03:00pm) | Sabtu (08:00am-01:00pm) | Ahad (Tutup)
26. Nasi Kandaq Melayu Underground
Tidak kira jika anda berasal dari utara atau tidak, ramai yang menggemari hidangan nasi kandar, atau sebutan utaranya nasi kandaq. Di Cyberjaya Nasi Kandaq Melayu Underground adalah antara restoran yang mesti anda kunjungi dan cuba. Terletak di Glomac Cyberjaya, kedai nasi kandar ini simple namun cukup menarik perhatian.
Nasi kandar adalah antara hidangan kegemaran ramai kerana ia bukan sahaja sedap, ia juga cukup lengkap. Nasi di Nasi Kandaq Melayu Underground ini berwarna kuning, berbeza dengan kebanyakan gerai nasi kandar lain yang menggunakan nasi putih. Walaupun warna berbeza, rasa tetap sama.
Nasi dilumur dengan kuah campur yang menggabungkan beberapa jenis kuah Kari, kicap dan lain-lain. Sampingan dari nasi ini, anda boleh memilih apa saja protein yang anda gemari seperti ayam, ikan, sotong, dan lain-lain. Kemudian sayuran ditambah sebagai pelengkap hidangan ini. Keunikan nasi kandar juga terletak pada pembungkusannya yang dibungkus dengan padat. Jadi, datanglah dan cuba sendiri Nasi Kandaq Melayu Underground.
Alamat: No. 6-G, Jalan GC1, Glomac Cyberjaya, Cyber 12, 63000, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00am-05:00pm) | Ahad (Tutup)
25. Restoran Ayam Bakar Wong Solo
Adakah anda penggemar makanan masakan Indonesia? Marilah cuba Restoran Ayam Bakar Wong Solo yang terletak di Cyberjaya ini. Dengan hiasan dan rekaan dalaman yang mencerminkan budaya dan citarasa Indonesia, memberikan suasana yang cukup menarik dan santai. Restorannya juga luas dan sesuai untuk anda datang bersama keluarga atau rakan-rakan.
Menu utama di sini ialah set ayam bakar yang menampilkan nasi putih bersama ayam bakar dan sampingan sayur dan sambal. Mereka juga popular dengan hidangan nasi ayam penyet, set empal sapi, Pecel Lele, sayur asam dan macam-macam lagi. Makanan Indonesia lain seperti masakan balado dan gado-gado juga ada di sini. Anda tentu akan merasa seperti berada di Indonesia apabila makan di sini.
Alamat: Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11:30am-10:30pm) | Jumaat (tutup)
24. Mad Ayam Kampung
Satu sahaja nak pesan, nak datang sini, kena datang awal sebab Mad Ayam Kampung ini memang penuh sampai tak boleh nak cari tempat duduk maklum lah bukan senang nak cari tempat makanan macam ini dah sekarang.
Paling menjadi rebutan para pelanggan pastilah ayam kampung goreng mereka. Bayangkan bila disantapi dengan nasi putih, dengan penaik rasa sambal belacan cicah dengan ulam dah boleh bayang betapa sedapnya makan disini. Memang laris macam pisang goreng.
Menu yang bertemakan lauk-pauk masakan Melayu dan sesuai untuk anda yang bercdang nak bawa keluarga atau kawan kawan makan tengah hari. Harga mengikut lauk yag kita ambil tapi. untuk kawasan Cyberjaya yang serba moden ini, harga di Mad Ayam Kampung sangat berpatutan!. Dari segi rasa, tiada keraguan, memang mantap dan padu sekali.
Alamat: Cyberjaya No.102-G, Biz Avenue II @NeoCyber, Lingkaran Cyber Point Barat, Cyber 12, 63000
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Jumaat) 11am-4pm
23. Burger & Taco
Bagi selera makanan barat tapi tercari cari tempat yang memberikan sesuatu yang lain dari yang lain tanpa perlu berbelanja lebih, Burger and Taco adalah jawapannya. Nak tahu apa yang istimewa tentang mereka?
Daging yang mereka gunakan adalah 100 peratus daging lembu Australia dan setiap patty yang dihidangkan kepada anda adalah in-house made tanpa sebarang filler!
Setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang, mereka ada promosi bawah RM19 anda boleh dapat burger 150gram patty daging lembu datang dengan kentang goreng dan air. Kalau tak mahu burger, jangan risau sebab crunchy double beef taco 100 peratus daging asli Australia mereka pasti buat anda kecur air liur.
Alamat: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Isnin) Sabtu & Ahad (12pm-9pm) Selasa-Jumaat (12pm-3pm, 6pm-9pm)
22. Saba Restaurant
Yang mana mana singgah ke DPulze Shopping Center, lepas habis tengok wayang, dah selesai membeli barang perut terasa lapar, apa kata singgah ke Saba Restaurant yang berdepan dengan pusat beli belah Dpulze.
Bagi mereka yang teringin nak makan makanan Yemen, Saba memang tempatnya. Paling terkenal adalah hidangan nasi ayam mendy dan nasi kambing kabsah mereka.
Memang tiada keraguan, dua menu adalah paling laris dan sangat sedap. Kalau rasa masih lapar lagi tapi tak mahu kan hidangan nasi, boleh cuba chicken kebab sandwich mereka.
Roti buatan sendiri yang lembut dan disapukan sos bawang putih dan dibaluti dengan inti sayur sayuran segar, kentang goreng dan hirisan ayam yang penuh perisa dan rangup dibahagian luar dan lembut dibahagian dalam. Dibilas dengan teh adni mereka yang sarat dengan rasa herba dan rasa yang berlemak.
Alamat: 4800 Suite 0-2 Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-11.30pm)
21. Lauk Kampung@Tamarind Square
Nama pun restoran lauk kampung, pasti anda boleh agak apa yang mereka hidangkan untuk anda jika anda berkunjung kesini bukan? Bagi yang memang gilakan makanan kampung yang berteraskan minang alang alang ada di Tamarind Square, singgah lah kesini untuk berhenti makan.
Lauk pauk mereka sememangnya comfort food. Netizen rata rata mengatakan makanan disini memang sedap, harga yang berpatutan dan sangat asli. Lauk pauk mereka pula memang bermacam macam jenis pilihan rambang mata memilihnya. Selain dari lauk pauk makanan kampung, mereka juga ada pesanan ala carte seperti makanan thai dan goreng dan netizen yang berkunjung juga memuji kualiti makanan mereka.
Satu lagi yang seronok disini adalah ruang persekitaran yang sangat bersih dan ruang washroom yang sentiasa terjaga kebersihannya jadi pelanggan pun berasa selesa dan selera menjamu.
Alamat: Persiaran multimedia, cyber 11 Tamarind square, level 3, B-03-03, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Ahad) 9am-6pm
20. Volcano Shabu Shabu
Kalau tercari cari mana restoran jepun yang halal, anda boleh singgah ke Volcano Shabu Shabu. Saiz hidangan yang besar, murah dan makanan yang sihat berkhasiat dengan teknik masakan steamboat dan grill.
Rata rata pelanggan yang datang ke sini suka kan bahan bahan mereka yang segar dan berkualiti seperti makanan laut dan sayuran sayuran mereka. Para pelanggan pula selesa dengan suasana yang tenang dan para pekerja yang sangat mesra dan melayan dengan penuh ramah.
Di Volcano Shabu Shabu, anda pasti rambang mata memilih pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Aneka sup pilihan untuk dijadikan base steamboat juga menjadikan pengalaman makanan di sini tidak bosan. Anak anak pun pasti suka kerana variasi ais krim dan ais kacang yang disediakan disamping pencuci mulut yang banyak untuk pilihan selera anda.
Alamat: P3, 10, Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-10.00pm) Jumaat-Ahad (11.30am-10.30pm)
19. Restoran Sana Sini
Kadang kadang nak bawa keluarga keluar makan ni menjadi satu isu juga kerana budak budak cepat bosan, bila dah makan nak balik menganggu kita yang masih nak menjamu. Jangan risau sebab di Sana Sini mereka adalah restoran yang mesra kanak kanak.
Di dalam premis mereka tersedia indoor playground khas untuk anak anak pengunjung restoran jadi tak risau kalau anak anak dah kenyang mereka boleh bermain main. Anak anak pun tak macam kita, selera mereka hanya pada simple sugar jadi disini variasi ais krim pelbagai dan free flow!
Netizen juga memuji saiz hidangan mereka yang jumbo dan nasi pula boleh refill percuma. Makanan bercirikan Chinese cuisine tak kurang juga sambutannya, kebanyakan pelanggan memuji masakan mereka.
Alamat: DPulze Shopping Centre, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-9.30pm)
18. Ayam Gepuk Pak Gembus
Pasti ramai yang kenal ayam gepuk pak gembus yang berada di kawasan lembah klang terkenal dengan sambal nya yang boleh diubah suai mengikut citarasa dan tahap kepedasan anda sendiri.
Tapi dinasihatkan untuk datang awal sebab memang beratur panjang kerana para pelanggan yang sangat ramai berkunjung.
Yang istimewa pastilah sambal cabainya yang sememangnya pedas namun sentiasa menambat hati dan selera pelanggan yang terus terusan datang sanggup beratur panjang berjam jam demi mendapatkan nasi lauk ayam dengan sambal cabainya.
Bertambah sedap bila digaul bersama kicap pekat manis yang disediakan memang tak boleh bawa bincang. Harga berpatutan dengan pilihan set mengikut bajet dan selera anda.
Alamat: 810-00-38 CBD Perdana, 2, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (11am-9pm)
17. Campur-Campur Kitchen
Restoran yang mengabungkan hidangan campuran Cina, Indonesia dan Thailand. Menu yang biasa kita lihat di restoran yang lain tapi bezanya disini adalah rasa masakan mereka. Ramai yang datang untuk makan set nasi mereka yang didatangi dengan pilihan ayam penyet, ayam bakar, kari hijau ayam dan udang telur masin.
Bagi yang sukakan makanan cina dan menu goreng, keow teow daging goreng dan set kam heong memang mendapat pujian. Yang sukakan makanan Thai, ayam pandan mereka memang sedap dibandingkan dengan tempat lain kerana ayam nya yang masih succulent di bahagian dalam walaupun telah diperap dan di goreng.
Terdapat banyak lagi pilihan menu disini dan boleh dikatakan dari segi rasa sangat memuaskan dan harga yang tidak mahal.
Alamat: UG18, Dpulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10am-10pm)
16. Hutan Café
Terletak di Taman Tasik Cyberjaya, Hutan Café adalah café dengan setting yang berteraskan kehijauan. Kawasan yang tenang dan dekorasi seiring dengan nama diberi. Menu disini adalah gabungan Asian dan western bagi memenuhi selera pelanggan yang datang berkunjung. Mereka menyajikan juadah sarapan pagi dan setiap hari ada menu istimewa yang bertukar tukar.
Set nasi minyak datang dengan sampingan dalca dan papadom dengan lauk ayam masak merah dikatakan tidak kurang hebat dari segi rasa. Nasi kerabu lauk ayam percik juga mendapat komen yang baik dari pelanggan.
Yang menarik tentang mereka adalah dekorasi makanan yang boleh dikatakan eye catching. Keseluruhan café hutan adalah tempat yang versatile untuk makan tengahari mahupun mengadakan majlis tertutup kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan katering.
Alamat: Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya, Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (10am-10pm)
15. Nasi Ayam Babah
Nasi ayam yang terkenal dengan resepi asli turun temurun berasal dari port klang ni memcecah usia 30 tahun ini pasti sesuai bagi pengemar nasi ayam yang mahukan rasa yang berbeza.
Yang istimewa tentang mereka adalah adunan kicap dan sambal mereka yang istimewa dikatakan membuatkan anda nak tambah pesanan lagi. Selain dari nasi ayam, mereka juga menghidangkan soto bagi mereka yang tak mahukan makanan yang berat.
Harga pun murah bila dibandingkan tempat mereka yang dikatakan sangat bersih lengkap berhawa dingin dan sangat teratur keadaan didalam kedai. Dengan harga RM6.90 sepinggan set nasi ayam dialaf 2020 ni memang berbaloi betul makan nasi ayam di kedai nasi ayam babah ini.
Alamat: No 5, Block B Jalan GC 3 Glomac, Cyber 12, 63200 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Sabtu & Ahad (10am-6pm)
14. Glaze Eatery
Siapa kata fine dining hanya untuk elite class sahaja, di Glaze Eatery, orang golongan pertengahan pun boleh menikmati pengalaman seakan akan berada di fine dining restoran.
Menghidangkan set makanan untuk sarapan pagi berteraskan hidangan barat, anda boleh memulakan hari anda tanpa berbelanja besar.
Serendah RM15 anda dah boleh dapat hidangan lengkap. Di Glaze Eatery juga mereka memberikan anda pilihan hidangan Asian, pasta serta wrap and sandwiches dan semuanya berharga bwah RM20 ringgit.
Mereka juga menawarkan in house kek yang mendapat sambutan dan bagi pengemar kopi, glaze eatery is a must go spot.
Alamat: A-03-03A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30am-11.30pm)
13. Julio’s Lounge
Bagi mereka yang mahukan tempat yang lebih dari sekadar menikmati makanan, Julie’s Lounge adalah tempat untuk bersantai yang sangat selesa bagi para pelanggan yang bertandang, Menawarkan makanan buat pelanggannya dalam suasana damai buat mereka yang ingin menghabiskan masa di sana.
Restoran mereka menyediakan masakan Arab dan Barat dan pemanis mulut yang sangat menarik terutama chocolate fountain yang akan memuaskan craving pelanggan.
Bagi yang datang sekadar mahu bersantai, Julio’s, menyediakan ruang untuk pelanggan yang datang untuk belajar dan juga boleh bermain permainan PS4.
Menu seperti Club Sandwich, Philadelphia Pizza, Beef Shawarma, Fruit Salad dan Juice Emperor adalah pilihan yang boleh dicuba jika anda berkunjung dan banyak lagi menu lain yang boleh didapati di Julio’s.
Alamat: No-3A-G, neo cyber, lingkaran cyber point barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-4am)
12. Cendol Station
Bagi yang selalu kecewa dengan peniaga cendol dan rojak yang memberikan hasil yang kurang memuaskan, jangan kecewa lagi kerana di cendol station, para pelanggan akan merasa kepuasan yang tiada tandingan lebih lebih lagi bila cuaca sekarang yang sangat panas.
Cendol durian dan cendol pulut durian antara menu cendol yang ada disini dan dengan harga serendah RM7 anda boleh dapatkan rojak yang datang dengan ayam dan sotong, memang berbaloi.
Ais batu campur pula meriah dengan gabungan ais krim melegakan tekak yang haus dek panas terik. Pelanggan semua memang cukup puas hati setiap kali datang kesini.
Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-10pm)
11. Patribella Bakeshop
Kedai milik pemenang masterchef musim pertama, Dr Ezani ini juga terletak di Tamarind Square menawarkan hidangan pemanis mulut dan hidangan savoury serta kopi gourmet.
Apa yang memuaskan hati para pelanggan adalah rangkaian kek yang dibuat setiap hari house-made.
Jika rasa nak tukar selera tekak untuk kek, boleh lah mencuba pilihan kek yang ada disini dan memang memuaskan hati terutamanya signature kek mereka, chocolate salted yang memang menjadi pilihan regular customers. Sesuai bagi gadis gadis yang nak mengadakan girls day out meeting.
Alamat: D3-04-03 Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12pm-9pm)
10. Aroii Thai
Seperti boat noodles, aroii thai juga berteraskan konsep setiap mangkuk dengan kadar caj RM2.09 sahaja. Konsep makanan thai ini menawarkan main dish berasaskan glass noodle dan juga pilihan nasi.
Kebanyakan pelanggan memuji keenakan menu mereka dengan harga yang berpatutan dan servis yang cukup cepat. Bagi pengemar makanan thai boleh lah mencuba kari hijau thai, somtam dan ayam pandan.
Tak lupa pada pemanis mulut pulut mangga mereka. Dengan menu yang tidak terlalu banyak, aroii thai dapat mengekalkan kualiti dan rasa makanan dan minuman mereka sebaik mungkin dan majoriti memberikan feedback yang positif terhadap servis yang diberikan.
Alamat: No. 43-G, Lingkaran Cyber Point Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-10pm)
9. We Play Game Café
Bagi yang nak meluangkan masa bersama keluarga sambil bermain board games, we play games café menunggu anda dan keluarga serta rakan rakan ke sana. Ruang yang lapang ini sangat selesa untuk menghabiskan masa terluang anda bersama teman teman.
Susunan tempat duduk yang pelbagai saiz ini boleh menempatkan ruang untuk kumpulan yang berbeza bilangan jadi jangan malu untuk seluruh ahli keluarga anda kesana dengan lebih 300 pilihan board games untuk anda pilih dan sambil bermain tu mestilah nak makan dan minum bukan? Hidangan signature mereka adalah Creamy Salted Egg Pasta dan Hearty Salted Egg Lava Croissant.
Mereka juga menawarkan lapan pilihan hidangan yang berbeza yang terdiri daripada pasta dan satu minuman percuma bermula dari RM17.Sekiranya anda mahu sesuatu yang manis, anda boleh menambah tambahan RM7 untuk pencuci mulut yang disediakan untuk hari yang anda berkunjung.
Alamat: D2-04-16, Tamarind Square Cyberjaya, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm-1am)
8. Padi House Restaurant
Tak semua orang Malaysia ni boleh makan makanan yang berasaskan haiwan seperti orang India dan juga health enthusiast. Di padi house, mereka adalah tempat makan yang mesra vegetarian.
Tempat ini sesuai untuk sesiapa yang berhajat nak membawa pasangan makan malam yang romantis untuk dua orang, atau majlis-majlis kekeluargaan Walau bagaimanapun, apabila restoran sarat dengan pengunjung, makanan mengambil sedikit masa untuk tiba namun review makanan di sini memang bagus.
Harga di sini sedikit mahal tapi setanding dengan saiz hidangan yang mereka sajikan pada anda kalau anda singgah kesana, kena cuba ayam panggang pesto fondue mereka, memang sedap!
Alamat: Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-12.30am)
7. Herbs & Butter, Tamarind Square
Mencari lokasi yang menawarkan masakan melayu dan barat yang lazat? Jangan tercari cari lagi, singgah sahaja di Herbs&Butter. pelbagai hidangan dari Nasi Daging Dendeng yang kaya dengan aroma melazatkan, Laksa Johor dengan ulam ulaman resepi asli, burger, stik dan lain-lain lagi.
Dan apabila anda berada di sana, jangan lupa untuk mencuba bingsu mereka menggunakan shaved ice macam Korean bingsu, lemak berkrim disukai ramai lengkap dengan kekacang, jagung manis, cendol, cincau dan lain-lain. Tapi paling hype ialah Smoked Butter Beef dengan harga RM15.
Paling menarik tentang menu ialah butter gravy yang creamy, berlemak dan secukup rasa. Daging empuk dengan salutan tepung yang rangup membuatkan anda berselera dengan keropok belinjau dan sambal belacan sebagai hidangan sampingan.
Alamat: D3-03-15 Block D3 Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad (12pm-10pm)
6. Dokebi Chicken
Sekarang ni memang in trend ayam goreng korea bersalut sos istimewa dan lagi istimewa bila dibalut dengan keju mozarella cair seperti franchise ayam korea lain yang ada di Malaysia. Dokebi tak kurang hebatnya, menurut pengunjung yang datang, Ayam gorengnya memang terbaik.
Bahagian luar yang sangat rangup dan garing. Sos penuh aroma dan sedikit manis memang menjilat jari. Ayam memang terasa segar dan juicy setiap gigitan, lembut di dalam namun kulit ayam yang kekal rangup.
Bestseller menu di Dokebi ini mestilah Yang Nyeom Sauce chicken with cheese yang datang dalam tiga perisa pada harga RM51.80. cukup untuk 4 orang makan dan banyak lagi menu pilihan mengikut selera tekak pengunjung.
Alamat: D3-03-08 Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm)
5. Sanaa Restaurant
Nak makan nasi arab? Apa kata cuba nasi arab paling sedap dan terbaik sekali di Cyberjaya di Sanaa Restaurant. Nasi arab beserta lauk kambing atau ayam kabshah dan hanith dimakan bersama kuah yang lazat pasti memuaskan sesiapa saja yang mencubanya.
Restoran Sana’a menyajikan semua hidangan timur tengah, yang disediakan sepenuhnya oleh chef profesional mereka dari daerah negara Arab, terkenal dengan ayam mendy dan hummus mereka dan hidangan hidangan yang lain seperti mulawah bread yang memang sedap dimakan bersama hummus.
Bagi yang mahukan sesuatu yang ringan, kebab sajork menjadi pesanan ramai yang datang kesini. Secara keseluruhan, sana’a adalah alternatif yang berkualiti dari segi menu dan suasana yang tidak hiruk terutamanya waktu makan malam.
Alamat: 13-G, LKR Cyberpoint Barat, Neo Cyber, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11.30am-11.30pm)
4. Harley’s Burger
Sekiranya anda berada di sekitar Cyberjaya & Putrajaya dan mengidam makanan gaya American homemade burgers maka anda perlu pergi ke Harley’s Burger and Roaster yang terletak di Third Avenue Cyberjaya. Di Harley, mereka menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi tanpa bahan pengawet, pewarna, aditif dan perasa tiruan.
Burger Harley dibuat dari 100% daging lembu sebenar sementara ayam halal mereka tidak pernah disejukbeku sebab itu mereka mengunakan tagline, ‘Kegemaran Amerika, Bahan-bahan Berkualiti – Segar.
Salah satu perkara yang berbeza mengenai Burger Beef Harley dengan burger joint yang lain adalah pelanggan boleh mengubah suai burger mengikut citarasa tersendiri, anda boleh memilih burger anda dengan menambah extra side seperti keju panner, keju cheddar, bawang tambahan, acar dan sebagainya.
Anda juga boleh menambah kepingan daging lembu untuk burger yang lebih besar dan sarat dengan bahan. Burger ayam mereka pula Ia mempunyai kulit yang rangup di luar manakala daging mempunyai tekstur lembut. Roti yang digunakan untuk burger adalah buatan sendiri oleh Harley.
Alamat: Lot L2-16, Second Floor, DC Mall, Damansara City, Jalan Damanlela, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (8am-10pm)
3. Ole-Ole Bali
Bermula dengan kecil kecilan sehingga menjadi perniagaan yang berjaya, tentu anda akan merasai hidangan dengan makanan yang baik. Membawa anda pengalaman Bali sebenar, Ole Ole Bali sememangnya tidak akan mengecewakan anda dengan makanan mereka.
Anda boleh mencuba pilihan bali delight yang didatang dengan kombinasi kepak ayam BBQ, Sate Lilit dan sotong goreng dan disajikan dengan sambal merah, sambal Terasi dan Sos Tartar.
Plat besar ini sesuaiuntuk dikongsi bersama dan lazat di mana makanan kaya dengan perisa terutama sate liit. Selain dari itu anda boleh cuba nasi campur datang dengan gabungan sotong, Ikan goreng serai dengan pilihan daging atau rendang ayam, dan juga lilit sate.
Dihidangkan bersama Lawar Kacang, Rempeyek, Sambal Terasi dan Sambal Matah digandingkan dengan nasi istimewa mereka nasi Sela mereka yang merupakan salah satu signature dish di mana nasi dimasak dengan ubi keledek.
Dengan saiz yang sangat besar dan boleh dikongsi bersama. Memang berbaloi dengan apa yang anda bayar. Banyak lagi menu mereka yang cukup laris dikalangan pelanggan dan anda kena datang sendiri dan rasai kehebatan makanan mereka.
Alamat: Lot UG16, Dpulze Shopping Center, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12,, 63000 Cyberjaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11am-11pm)
2. Café Puffy Buffy
Terkenal café ini sejak jalan jalan cari makan membuat review ditempat mereka. Menawarkan menu Asian dan juga western. jika anda mahu menu sebenar makanan Melayu, Puffy Buffy adalah lokasi patut dicuba.
Dari laksa, mee udang, mee kari dan mee goreng, pelbagai hidangan sampingan makan tengah hari yang disajikan. Ada juga yang mengatakan apam balik disini juga cukup sedap.
Ramai mengesyorkan nasi goreng nenas yang padat dengan rasa nenas walaupun nampak biasa sahaja. Ice blended oreo mereka juga tak lokek dengan bahan menjadikan ice blended mereka memuaskan selera tekak yang sedang kehausan.
Set western mereka jugamemang sangat menarik. Salad yang segar, kuah black paper yang sangat menyelerakan dan datang dengan homemade mashed potato. Memang makan disini terbaik.
Alamat: Suite G-32-4809,, Cyberjaya Business District Perdana 2, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (7am-10pm)
1. 10 Gram
Terletak di Tamarind Square, 10 gram adalah restoran yang menyajikan lebih 50 menu untuk dipilih yang kebanyakannya menu barat dan juga menawarkan hidangan tempatan buat pengunjung yang ke sana.
Bagi pengemar minuman berasaskan kopi, 10 gram menawarkan pelbagai pilihan dan ada pengunjung yang mengatakan setara dengan minuman kopi starbucks.
Makanan pun dikatakan sedap dan setanding dengan restoran yang bertapak lama di Malaysia seperti chicken parmigiana di 10 gram jauh lebih lazat dari secret recipe.
Pizza Ultimate dengan kerak nipis juga setanding franchise pizza yang sedia ada. Walaupun harga sedikit mahal namun rata rata berpuas hati dengan pesanan mereka.
Alamat: A-03-05 Block A, Tamarind Square, 63200 Cyberjaya, Selangor, Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30am-10.30pm)
Memang tak disangkal lagi, Cyberjaya tidak kurang hebatnya bila kita senaraikan tempat makanan yang sedap dan datang dengan keistimewaan mereka yang tersendiri.
Dengan pelbagai aneka juadah yang berteraskan bermacam macam jenis masakan dari pelbagai pelosok benua, kami pasti anda yang berkunjung ke kawasan Cyberjaya pasti tak akan kurang dari segi pilihan tempat makanan yang memuaskan hati dan perut yang kelaparan.
Kami harap perkongsiaan tempat makan menarik di Cyberjaya kami kali ini dapat memberi idea kepada anda untuk bersantap setiap kali ke bandar ini.