Ikuti langkah-langkah untuk memasak sup tulang ni dengan betul untuk menghasilkan sup tulang yang sedap. Tapi jangan takut untuk mencuba bagi sesiapa yang baru nak belajar masak. Kita cuba dulu baru tahu kan.
Course Makan Malam, Makan Tengah Hari, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Berkuah, Makanan Sup
Cuisine Makanan Melayu
Servings 4Orang
Calories 1000kcal
Equipment
Periuk untuk merebus tulang lembu
Senduk
Pisau
Dapur gas
Blender/Pengisar
Ingredients
Bahan-Bahan Utama Sup Tulang
1KgTulang lembu yang di potong kecik
1Senduk Minyak masak
1Batang Kulit kayu manis
3KuntumBunga lawang
5Kuntum Bunga cengkih
3BijiBuah pelaga
1Biji Bawang besar
2Sudu BesarRempah sup
1BatangLobak merahDi potong dadu
2BijiKentangDi potong dadu
1BatangDaun sup
1BatangDaun bawang
4BijiCili api
4SuduBawang goreng
2SuduGaram
½SuduLada sulah
Bahan Yang Perlu Di Kisar
5 BijiBawang merah
3BijiBawang putih
1InciHalia
½BatangLobak Merah
1BatangCelery
1BatangLeek
Sambal Kicap
15BijiCili padi
3BijiBawang putih
½CawanKicap manis
1Sudu besarSos tomato
1Sudu kecilCuka makanan
Instructions
Rebus Tulang Lembu
Masukkan air kedalam periuk sederhana besar dan panaskan di atas dapur gas dengan api yang besar.
Tunggu sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu kedalam periuk.
Rebus tulang lembu selama 2 jam. Jika air kurang tambahkan air kedalam periuk. Tips: Semasa merebus tulang lembu terdapat kekotoran yang keluar daripada tulang lembu berkenaan. Buang kekotorang tersebut daripada dalam periuk.
Selepas 2 jam tutupkan api dan tutup periuk berkenaan sementara kita menyediakan bahan-bahan yang lain.
Bahan Kisar Untuk Sup Tulang
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia ke dalam mesin blender dan kisar bahan-bahan ni. Selesai mengisar masukkan ke dalam 1 mangkuk.
Masukkan lobak merah, batang celery dan leek yang telah dipotong ke dalam mesin blender dan kisah bahan-bahan ni. Selesai mengisar masukkan ke dalam 1 mangkuk.
Mula Memasak Sup Tulang
Letakkan periuk saiz sederhana besar di atas dapur gas, masukkan minyak masak dan panaskan.
Setelah minyak menjadi panas masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dikisar tadi bersama-sama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ke dalam periuk dan timus sehingga berbau wangi.
Masukkan pula lobak merah, batang celery dan leek yang telah dikisar dan tumis lagi sehingga sebati.
Masukkan pula rempah sup dan gaul sehingga sebati. Tips: Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
Setelah bahan-bahan tumis telah garing, masukkan air rebusan tulang dan tulang lembu yang telah di rebus ke dalam periuk. Tips: Jika kelihatan kurang air boleh ditambah lagi degan air.
Biarkan ia merenih seketika dalam 5 minit. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Masukkan lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu.
Setelah kentang menjadi empuk, masukkan daun sup dan batang celery yang telah dipotong, bawang goreng dan cili padi.
Tutup api dapur gas dan siap untuk dihidangkan.
Kuah Sambal Kicap
Kisar dengan mesin blender kesemua bahan-bahan untuk membuat sambal kicap seperti cili padi, bawang putih, kicap manis, sos tomato dan cuka makanan.
Masukkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan bersama dengan sup tulang.
Notes
Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.