Go Back
resepi nasi ayam padu

Nasi Ayam Padu

Nasi ayam ni nak sedap ayam tu kena lembut. Sambal dia pula kena la ada rasa baru berselera nak makan. Semoga dengan resepi ni kenyang la perut korang ye.
Prep Time 1 hour
Cook Time 30 minutes
Perap ayam 1 hour
Total Time 2 hours 30 minutes
Course Main Course, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Tengah Hari
Cuisine Makanan Malaysia
Servings 4
Calories 1000 kcal

Equipment

  • Periuk nasi
  • Kuali
  • Senduk
  • Sudip
  • Periuk Kecil
  • Dapur gas

Ingredients
  

Untuk Rebusan Ayam

  • 1 Ekor Ayam
  • 1 Biji Bawang besar Dipotong kasar
  • 1 Inci Halia Diketuk
  • 2 Batang Serai
  • 3 Ulas Bawang putih

Untuk Masak Nasi

  • 5 Cawan Beras
  • 1 Inci Halia Dipotong nipis
  • 3 Biji Bawang Merah Dipotong halus
  • 4 Ulas Bawang Putih Dipotong halus
  • 1 Batang Kulit kayu manis (kecil)
  • Bunga lawang sedikit
  • Cengkih sedikit
  • Lemak ayam sedikit
  • 1 Sudu Marjerin/Butter
  • 1 Ketul Kiub Ayam
  • Sedikit Kunyit Tak perlu banyak sangat nanti kuning nasi tu.
  • 1 Keping Daun pandan Disimpulkan.
  • ½ Sudu kecil Garam Sikit je nanti masin sangat darah tinggi pulak.

Untuk Perapan Ayam

  • 3 Ulas Bawang putih
  • ½ Inci Halia
  • 2 Sudu Sos tiram
  • 1 Sudu Sos lada hitam
  • 1 Sudu Kicap manis Rasa-rasa dulu. Kalau tak cukup tambah lagi.
  • ½ Sudu Gula merah/ gula kabung
  • ½ Sudu Kecil Garam
  • 1 Sudu Kecil Pati Ayam
  • ½ Sudu Marjerin
  • 3 cawan Minyak masak untuk goreng ayam

Sos atau sambal

  • 5-7 Biji Cili besar Nak pedas boleh tambah cili api.
  • ½ Sudu Gula Secukupnya
  • Sudu Gula merah/gula kabung
  • Sudu Garam
  • 5 Ulas Bwang putih
  • 2 Biji Limau nipis/limau kasturi
  • 4 Sudu Sos cili

Sup Nasi Ayam

  • 1 Set Kaki Ayam lebihan potongan ayam
  • 1 Set Tulang ayam halus lebihan potongan ayam
  • 1 Ketul Leher/tengkuk ayam lebihan potongan ayam
  • 1 Keping Kulit kayu manis Halus
  • Bunga lawang sedikit
  • Cengkih Sedikit
  • 1 Ketul Kiub Ayam Knor recommended
  • 1 Sudu Perencah cukup rasa Maggi recommended
  • ½ Sudu kecil Lada Sulah
  • Sudu kecil Garam
  • 1 Batang Daun sup
  • 1 Batang Daun bawang
  • 1 Sudu Bawang goreng
  • 3 cawan Air masak

Sayur dan Salad

  • 1 Batang Timun Di hiris ikut kesesuaian anda
  • 2 Biji Tomato Di hiris ikut kesesuaian anda
  • 1 Batang Lobak merah Di potong ikut kesesuaian anda
  • 4 Helai Daun salad Sekeping untuk setiap pinggan

Instructions
 

Basuh Dan Potong Ayam

  • Potong ayam mengikut cita rasa anda. Rasa nak potong 8 pun boleh nk potong 16 pun boleh.
  • Lemak ayam jangan di buang kerana anda akan perlukannya sedikit untuk memasak nasi.
  • Basuh ayam sebersih-bersihnya. Jika perlu rendam dengan air limau kasturi untuk menghilangkan bau hanyir ayam tersebut.
    potongan-ayam-untuk-nasi-ayam

Rebus Ayam

  • Rebus ayam yang telah dipotong tadi. Tak perlu lama. 3 minit pun dah cukup untuk mengempukkan ayam tadi sebelum di perap.
  • Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  • Masukkan bahan-bahan untuk rebusan ayam.
  • Padamkan api dan angkat hasil rebusan ayam tadi selepas 3 minit.
  • Jangan buang air rebusan ayam kerana anda perlukannya untuk memasak nasi.

Masak Nasi

  • Masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin.
  • Buka api dapur gas dengan api yang sederhana.
  • Panaskan lemak ayam bersama marjerin tadi sehingga lemak bertukar menjadi minyak.
  • Masukkan kulit kau manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tumis jangan sampai garing. Cukup sekadar bahan-bahan tadi layu sahaja.
  • Kemudian masukkan beras yang sudah di basuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam.
  • Goreng dan gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati. Sekejap je tau.
  • Masukkan air rebusan ayam tadi bersama sedikit kunyit yang dipotong halus.
  • Sukatan air seperti masak nasi biasa.
  • Tanak nasi sehingga masak.
    nasi-ayam-resepi-mudah

Perap Ayam

  • Bawang putih dan halia di tumbuk sehingga lumat. Perah dan ambil jusnya.
  • Gaul bahan-bahan yang lain sehingga sebati bersama-sama dengan ayam.
  • Perap sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama lagi lembut dan sedap ayam tu.
  • Simpan sedikit lebihan kuah perapan ayam ini untuk digunakan membuat kuah kicap nasi ayam.

Goreng Ayam

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam kuali panas.
  • Semasa menggoreng ayam gunakan api yang perlahan.
  • Kerap terbalikkan ayam untuk mengelakkan daripada ayam menjadi hangus.
  • Untuk menjadikan ayam berkilat letakkan sedikit madu ke dalam kuali. Jika adan tiada madu masukkan marjerin sedikit.
  • Goreng ayam selama 5 minit. Angkat dan toss kan ayam.
    ayam-goreng-nasi-ayam-padu

Penyediaan Sos atau sambal

  • Kisar semua bahan-bahan untuk sos atau sambal yang kita da sediakan tadi.
  • Masak di atas api sehingga mendidih.
  • Tutup api dan angkat.
    sambal-nasi-ayam

Kuah Kicap

  • Lebihan kuah perapan ayam tadi ditambah lebihan air rebusan ayam bersama kicap secukupnya.
  • Masak di atas api Selama 3 minit dan siap.

Masak Sup Nasi Ayam

  • Masukkan 3 cawan besar air kedalam periuk kecil.
  • Panaskan di atas api sehingga mendidih.
  • Masukkan kaki ayam, tulang ayam halus, tengkuk/leher ayam dan rebus sehingga mendidih.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih.
  • Masukkan pati ayam, perencah cukup rasa, lada sulah dan garam.
  • Rebus sehingga menggelegak.
  • Biarkan menggelegak selama 5 min dan tutup api.
  • Rasa sup untuk tahap masin dan kesedapannya.
  • Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Penyediaan Sayur dan Salad

  • Potong kesemua bahan seperti timun, tomato, lobak merah dan daun salad ikut kehendak dan kesesuaian anda.
  • Hiaskan di dalam pinggan bersama-sama nasi ayam yang telah siap di masak.

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.
Keyword Nasi Ayam