Apabila kita sebut tentang budaya pemakanan di Malaysia, tentu kita mudah sedar bahawa orang Malaysia cukup beruntung. Hidup dalam masyarakat berbilang kaum membolehkan kita menikmati pelbagai makanan dari pelbagai budaya.
Jadi, makanan barat atau western sudah pun menjadi salah satu jenis makanan yang biasa kita nikmati. Walaupun tidaklah begitu asli kerana makanan barat di Malaysia sudah diubah suai mengikut selera orang kita serta hukum halal haram dalam Islam, makanan western yang kita gemari ini tetap menjadi pujaan hati ramai.
Bercakap tentang makanan barat ini, kami ingin perkenalkan sebuah restoran yang khas untuk makanan barat, di Rawang. Restoran yang dinamakan Westerng Cafe ini menjanjikan makanan yang simple, sedap dan sihat untuk anda seisi keluarga. Mari kenali Westerng Cafe dengan lebih lanjut.
Lokasi Makanan Western
Westerng Cafe ini terletak di Seri Selera MPS, Kampung Melayu Batu 16, Rawang. Jika anda tinggal di sekitar Rawang atau biasa kunjungi Rawang, pasti mudah mencari restoran ini.
Namun, jika anda tidak begitu familiar, bolehlah gunakan aplikasi Waze atau Google maps dan cari sahaja Westerng Cafe.
Restoran ini cute je saiznya. Tetapi, ia pasti menarik perhatian ramai. Benda pertama yang akan menarik perhatian anda ialah papan tandanya yang berwarna kuning dengan tulisan yang berunsur jawi. Unik, kan?
Apabila sampai ke sini, anda boleh memilih untuk duduk di bahagian dalam atau bahagian luar, ala el fresco dining. Hiasan dalam restoran ini cukup manis berlatar belakangkan warna putih. Walaupun saiznya comel sahaja, tetapi cukup selesa dan lengkap until pelanggan.
Menu
Di sini, makanan yang diketengahkan ialah makanan barat atau western. Walaupun begitu, kami pasti semua ahli keluarga anda akan seronok menjamu selera di sini, tak kira dari anak kecil hingga ke orang tua kita. Menu mereka sangat berbagai. Jadi mari kami kongsikan.
Makanan goreng
Dari segi main dish, mereka mempunyai pilihan antara makanan digoreng atau digrill. Untuk makanan goreng, ada 2 pilihan iaitu chicken chop dan fish and chips. Kami cukup suka dengan seleksi simple begini, senang nak buat pilihan.
Portion yang dihidangkan juga cukup besar untuk seorang makan. Chicken chop goreng dihidangkan bersama kentang goreng dan coleslaw serta sos black pepper istimewa mereka. Ramai pelanggan mereka yang berikan feedback memuaskan tentang sos ini.
Bagi fish and chips pula, anda akan menikmati 2 keping ikan bersalut tepung yang digoreng, dinikmati bersama kentang goreng, coleslaw dan sos tartar mereka.
Bagi kami, hidangan sebegini sudah cukup lengkap dan sihat kerana portion karbohidrat yang rendah, berprotein tinggi, dan lengkap dengan sayuran. Harga pon sangat berpatutan.
Makanan grill
Bagi makanan grill, ada 4 pilihan, lebih sikit la. Tetapi, juga tidak terlalu banyak sehingga kita pening nak pilih, kan? Anda boleh pilih antara chicken grill, lamb chop, beef steak atau meatballs. Untuk hidangan grill, ia dihidang atas hotplate. Jadi, makanan anda masih terasa hangat.
Dari 4 pilihan ini juga anda hanya perlu memilih jenis protein yang anda inginkan. Semuanya berbeza-beza. Terpulang selera anda nak makan ayam, daging atau kambing. Kesemuanya dihidang bersama kentang goreng dan sayur campur stim. Sihat, kan?
Anda juga dapat menikmati sos black pepper yang disukai ramai tu. Antara yang istimewa di sini ialah meatballs mereka. Meatballs mereka tidak langsung mencuba untuk mengikuti meatballs IKEA, malah, ia lebih tersendiri.
Dengan saiznya yang besar dan disiram dengan sos black pepper mereka, dihidang pula bersama cheesy wedges, tentu anda tersandar kenyang. Malah, kami jangkakan ia akan menjadi kegemaran si kecil anda.
Pilihan Makanan Pasta
Di sini, mereka turut menyediakan pilihan pasta. Ada 5 pilihan, aglio olio, carbonara, Bolognese, marinara dan chicken creamy mushroom.
Portion hidangan sangat memuaskan untuk seorang makan, jadi kalau nak cuba semua, bolehlah berkongsi.
Bagi kami, hidangan pasta mereka memuaskan hati kerana setiap pasta mempunyai sos dan rasa yang berbeza.
Side Dish & Dessert
Untuk side dish atau hidangan sampingan, mereka sediakan lebih variasi. Jadi, jika anda tidak mahu makan terlalu berat, bolehlah cuba side dish mereka. Ada nugget, onion ring, keropok lekor dan cheesy wedges.
Kentang goreng mereka sahaja ada 2 variasi, yang lurus atau kerinting, ikut cita rasa sendiri. Dessert pula sangat menarik. Ada waffle beraiskrim dan aiskrim sundae. Kalau makan dengan keluarga, waffle beraiskrim tu sangatlah sesuai.
Minuman
Antara yang istimewa di sini ialah minuman yang mereka tawarkan. Selain dari minuman biasa yang menjadi kegemaran ramai seperti teh tarik, milo ais dan lain-lain, mereka turut menyediakan jus buah perahan segar. Namun, 2 jenis minuman istimewa mereka ialah mocktail dan ice blended.
Mocktail mereka memang sering menjadi kesukaan pelanggan. Air buah yang dicampur dengan soda, didatangkan dalam pelbagai warna menarik, memang sedap.
Ice blended mereka yang boleh anda cuba membawa perisa chocolate, cappuccino, latte, matcha dan lain-lain. Memang segar la minum, terutama sekali pada musim panas.
Perkhidmatan Tambahkan
Westerng Cafe ini cukup hebat kerana turut menawarkan perkhidmatan tambahan. Jika anda nak tahu mereka ada perkhidmatan penghantaran makanan dan mini katering. Jadi, jika anda malas nak keluar rumah tetapi teringin nak makan western, hubungi sahaja mereka.
Jika anda akan mengadakan majlis kecil-kecilan, bolehlah dapatkan perkhidmatan katering bersalah kecil dari mereka. Hubungi sahaja mereka untuk dapatkan sebutharga dan bincangkan bajet anda.
Waktu Operasi
Mesti anda sudah tak sabar-sabar nak cuba makanan di Westerng Cafe ini kan? Sebelum pergi, mari kami kongsikan waktu operasi mereka. Takut tersilap hari, tutup pula. Westerng Cafe beroperasi setiap hari dari jam 6pm sehingga 12am. Mereka tutup setiap Isnin.
Bagaimana? Menarik, kan? Jadi, jangan lupa untuk pergi sendiri ke Westerng Cafe dan cuba rasai sendiri kelainan dan keunikan restoran ini. Selain itu, jangan lupa ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Kami pasti, anda tentu berpuas hati. Selamat menjamu selera!
Media Sosial: Facebook | Instagram | Tiktok
Alamat: No. 6, Blok A, Seri Selera MPS, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang, Selangor
No. Telefon: 013-216 2556
Waktu Operasi: 6pm – 12am (setiap hari, tutup pada hari Isnin)