Teringin makan masakan western? Apa kata kalau singgah ke Texas BBQ Barn? Ya, tak perlu ke Texas yang terletak jauh di Amerika untuk menikmati hidangan negeri ‘cowboy’ ni. Bertempat di Cyberjaya, kalau anda kempunan nak makan masakan mat salleh, inilah salah satu restoran yang wajib anda tuju!
Restoran Masakan Texas Yang Berkonsep Santai
Texas BBQ Barn menyediakan ruang makan berkonsepkan minimalis yang luas untuk keluarga.
Atmosferanya cukup menarik untuk dijadikan lokasi sambutan majlis hari jadi atau sebagainya. Bukan sekadar selesa, layanan juga sangat memuaskan hati.
Suasana dan layanan dah ok, macam mana pula dengan makanannya?
Ini dia kisah menunya…
Restoran BBQ Halal Yang Menggunakan Teknik Masakan Texas
Inilah yang ditawarkan restoran Texas BBQ Barn, seperti namanya, mereka menyediakan hidangan bbq yang dihasilkan menggunakan teknik masakan Texas, yang penting, 100% halal.
Dengan teknik ‘smoked’ atau salai ini, daging-daging dimasak pada suhu rendah dalam masa yang lama sehingga 18 jam di dalam asap kayu yang terpilih. Yang menariknya, sesetengah hidangan di sini diberikan sentuhan lokal. Harga? Jangan risau, harga yang ditawarkan untuk hidangan western di sini murah daripada yang anda sangkakan!
Menu
Texas BBQ Barn menyediakan pelbagai menu menarik untuk memuaskan keinginan sesiapa yang mengidam makan daging yang dimasak sempurna dan juicy.
Daging-daging yang dimasak menggunakan teknik istimewa ini boleh digabungkan untuk dimakan bersama menu lain seperti Pasta, Noodle, Rice, Sandwich, Burrito, Burger dan sebagainya.
Soalan yang selalu ditanya bila datang kedai makan buat pertama kali adalah “Apa menu signature kedai ni?” Kalau di Texas BBQ Barn masakan istimewa mereka sudah semestinya seperti yang dikatakan tadi, daging-daging yang disediakan menggunakan cara masakan khas untuk mendapatkan rasa yang sempurna.
Jenis-jenis daging salai yang dimaksudkan ialah Smoked Chicken, Lamb, Beef Ribs, Sausage dan sebagainya. Kalau ada yang tertanya-tanya, daging-daging ini diambil daripada sumber yang halal. Jadi, makanlah dengan tenang.
Untuk menu menarik lain atau gabungan spesifik yang boleh anda cuba ialah Cheesy Loaded Fries, BBQ Set Brisket (untuk seorang, kalau ramai, boleh ambil Sharing Platter), Spaghetti Creamy with Smoked Brisket, Smoked Beef Toast with Fries dan juga Pilaf Rice with Air Asam & Smoked Meat.
Jika ingin mencuba menu yang menjadi pilihan ramai yang selalu datang ke sini, anda boleh order Cheesy Loaded Fries, Couple Platter, Spaghetti Creamy with Smoked Briske, Smoked Beef Burritos with Fries dan Butter Rice with Smoked Lamb Chop.
Untuk minumannya, antara yang ditawarkan ialah Hot Chocolate, Texas Sweet Tea, Hot Coffee dan banyak lagi.
Harga
Untuk menu starter, terdapat 9 jenis hidangan yang ditawarkan dengan harga bermula daripada RM 5.80 untuk Egg and Potato Skillet hingga RM 19.00 bagi Pulled Chick-Beef Salad.
Bagi menu BBQ Ala Carte, pelbagai jenis daging BBQ yang ditawarkan dengan harga yang bermula daripada RM 5.80 untuk Smoked Pulled Chicken 100 gram hinggalah kepada RM 107.00 untuk Smoked Beef Back Ribs 1 Slab (7 Bones).
Untuk hidangan sampingan, bermula daripada harga RM 2.50 untuk pelbagai jenis sos hinggalah kepada RM 5.00 untuk Fries, Mashed Potatoes dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, setiap dulang Texas BBQ hadir dengan jeruk, sos BBQ dan roti secara percuma.
BBQ Set pula ditawarkan bermula daripada RM 27.60 untuk Solo Smoke Chicken Plate Prime sehingga RM 32.60 untuk menu Solo Smoked Lamb Plate Prime dan Solo Smoked Brisket Plate Prime.
Bagi yang datang beramai-ramai dan ingin mencuba bermacam hidangan dalam satu harga pakej, anda boleh memilih Sharing Platter sama ada untuk Couple (2 pax), Family (4 pax), Party (6 pax) yang ditawarkan bermula daripada RM 67.20 hingga RM 105.60.
Platter ini terdiri daripada gabungan beberapa menu iaitu Lamb, Brisket, Chicken Whole Leg, Pulled Beef, hidangan sampingan, Jr Nachos, roti, sos BBQ dan jeruk. Kuantiti bergantung kepada jenis set yang dipilih.
Terdapat juga Ribs Platter Prime hidangan untuk 3 orang berharga RM 105.90 yang terdiri daripada satu keping Beef Back Ribs (7 Bones), 3 hidangan sampingan, 2 Jr Nachos, sos BBQ dan jeruk.
Selain BBQ, turut ditawarkan dalam menu ialah hidangan lain seperti Pasta, Noodle dan Rice. Pasta bermula daripada RM 14.00 untuk Spaghetti Olio hinggalah RM 19.30 untuk Spaghetti Creamy.
Noodle seperti Indomie (bersama Egg Omellete) berharga RM 7.00 dan Maggie (dengan Poach Egg & Cheese) berharga RM 9.20. Menu untuk Rice bermula daripada RM 7.20 untuk Fried Rice hingga RM 11.00 untuk Butter Rice.
Bersama-sama dengan tempahan Pasta, Noodle dan Rice, anda boleh melengkapkan hidangan dengan mana-mana jenis Smoked Meat. Harga yang ditawarkan untuk tambahan ini ialah daripada RM 5.20 untuk Smoked Pulled Chicken hinggalah kepada RM 35.20 untuk Smoked Beef Ribs.
Ada peminat sandwich atau burger? Harga untuk menu ini bermula daripada RM 18.90 untuk Maxican Smoked Beef Burritos with Fries hinggalah kepada RM 44.10 untuk MacRibs Burger.
Bagi minumannya pula, ditawarkan daripada lingkungan harga RM 2.00 hingga RM 3.20.
Senarai Harga Makanan
A) Starter
- Egg and Potato Skillet: RM 5.80
- Mushroom Soup with Garlic Bread RM 9.00
- Potato Soup with Garlic Bread: RM 9.00
- Supreme Nachos: RM 8.40
- Pulled Chicken Salad: RM 10.70
- Pulled Beef Salad: RM 13.30
- Pulled Chick-Beef Salad: RM 19.00
- Cheesy Loaded Fries (Beef): RM 12.60
- Cheesy Loaded Fries (Chicken): RM 12.60
B) BBQ Set
- Solo Smoked Brisket Plate Prime: RM 32.60
- Solo Smoked Lamb Plate Prime: RM 32.60
- Solo Smoke Chicken Plate Prime: RM 27.60
C) Sharing Platter
- Couple Platter Prime (For 2): RM 67.20
- Family Platter Prime (For 4): RM 117.50
- Party Platter Prime (Up to 6 pax): RM 115.40
- Ribs Platter Prime (Up to 3 pax): RM 105.90
D) BBQ Ala Carte
Beef:
- Smoked Beef Back Ribs 1 Slab (7 bone): RM 107.00
- Smoked Brisket 100 gram: RM 17.40
- Smoked Lamb Chop 1 pc: RM 17.00
- Smoked Half Chicken 1 pc: RM 22.40
- Smoked Beef Sausage 1 pc: RM 6.00
- Smoked Chicken Sausage 1 pc: RM 6.00
- Smoked Pulled Beef 100 gram: RM 8.40
- Smoked Pulled Chicken 100 gram: RM 5.80
- Smoked Pulled Lamb 100 gram: RM 20.70
Sides
- Fries: RM 5.00
- Mashed Potatoes: RM 5.00
- Corn Cab 2 pcs: RM 5.00
- Pilaf Rice: RM 4.00
- Tortillas 2 pcs: RM 4.00
- White Bread 5 pcs: RM 3.00
- Red Onion Pickles 5 oz: RM 2.50
- Cucumber Pickles 5 oz: RM 2.50
- Percik Sauce 5 oz: RM 2.50
- Air Assam 5 oz: RM 2.50
- BBQ Sauce 5 oz: RM 3.00
- Brown Sauce 5 oz: RM 3.00
- Thai Sauce 5 oz: RM 3.00
E) Sandwiches
- Mexican Smoked Beef Burritos with Fries: RM 18.90
- Mexican Smoked Chicken Burritos with Fries: RM 16.40
- Mexican Smoked Lamb Burritos with Fries: RM 31.30
- Deli Smoked Beef Toast with Fries: RM 14.80
- Deli Smoked Chicken Toast with Fries: RM 12.20
- Deli Smoked Lamb Toast with Fries: RM 27.10
- MacRibs Burger: RM 44.10
- Dallas Grill Chicken Burger with Fries: RM 19.50
F) Pasta
- Spaghetti Bolognese: RM 16.00
- Spaghetti Creamy: RM 19.30
- Spaghetti Olio: RM 14.00
G) Noodle
- Indomie (with Egg Omellete): RM 7.00
- Maggie (with Poach Egg & Cheese): RM 9.20
H) Rice
- Butter Rice: RM 11.00
- Pilaf Rice with Air Asam: RM 7.30
- Fried Rice: RM 7.20
Pilihan Daging Untuk Tambahan Kepada Pasta/Noodle/Rice:
- Smoked Pulled Chicken: +RM 5.20
- Smoked Pulled Beef: +RM 7.60
- Smoked Pulled Lamb: +RM 18.60
- Smoked Brisket: +RM 15.70
- Smoked Chicken Chop: +RM 8.10
- Smoked Lamb Chop: +RM 15.30
- Smoked Beef Ribs: +RM 35.20
- Smoked Beef Sausage: +RM 5.40
- Smoked Chicken Sausage: +RM 5.40
I) Kids Menu
- Smoked Pulled Beef Toast (White Bread): RM 10.00
- Smoked Pulled Chicken Toast (White Bread): RM 10.00
- Smoked Sausage, Mashed Potato & Fries: RM 10.00
- Jr Grill Chicken Burger: RM 10.00
J) Minuman
- Ginger Ale: RM 3.20
- Soda Water Can: RM 3.20
- Sprite Can: RM 3.20
- Coca Cola Classic Can: RM 3.20
- A&W Root Beer Can: RM 3.20
- Zapple Can: RM 3.20
- Mineral Water: RM 2.00
- F&N Winter Melon: RM 2.00
- F&N Apple: RM 2.00
- Milo: RM 2.00
- Texas Sweet Tea: RM 2.00
- Hot Tea without Sugar & Milk: RM 2.00
- Hot Milk Tea: RM 3.00
- Hot Black Coffee without Sugar: RM 2.00
- Hot Coffee: RM 3.00
- Hot Chocolate: RM 3.00
Untuk penjelasan lebih terperinci bagi setiap menu boleh klik pada pautan menu ini.
Fasiliti
BBQ sememangnya terkenal sebagai hidangan yang dinikmati beramai-ramai, oleh itu banyak tempat duduk disediakan iaitu di luar dan di dalam kedai. Tempat letak kereta juga mudah untuk dijumpai di sekitar restoran.
Anda boleh memilih sama ada ingin makan di restoran, bawa pulang makanan atau mendapatkan khidmat penghantaran melalui sistem yang telah disediakan pada pautan place order ini.
Nak makan daging ni bila-bila je rasa teringin tanpa perlu menunggu? Texas BBQ Barn turut menawarkan daging salai beku.
Pihak restoran juga ada menyediakan katering untuk pelbagai sambutan yang ingin diraikan sama ada di restoran atau di lokasi-lokasi yang dipilih. Anda boleh menghubungi pihak restoran untuk lebih info.
Selain ini semua, pihak restoran juga menawarkan latihan BBQ percuma kepada semua pelanggan. Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info berkenaan sesi Promo & Event restoran dengan melanggan newsletter restoran.
Media Sosial
Instagram | Facebook | Twitter | Website
Lokasi
F-LG-3A, CBD Perdana 3, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya & same building as Malakat Mall. Our Barn is facing of the back road of Malakat Mall & opposite Hotel Hilal. The easiest way to find us is via Waze and look up for “Texas BBQ Barn”.
Alamat: F-LG-3A, CBD Perdana 3, Jalan Perdana, 63000 Cyberjaya (Satu bangunan dgn Malakat Mall)
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi – 11.00 malam)