Assalam peminat FS.. Disini saya ad satu crita yg x seram tapi bagi saya, saya tak akan melupakan kisah ini….
Saya seorang anak tunggal berumur 19 tahun… Saya orang yg tak mempercayai kewujudan ‘makhluk’ itu.. Saya berkolej di Perlis.. So, saya tinggal di rumah sewa la.. Pada tahun 2012, rakan2 banyak bercerita tentang permainan memanggil roh, Spirit Of The Coin.. Berdasarkan video yg saya tonton di Youtube, permainan ini dimainkan untuk berbual dengan roh.. Kalau dah remaja, memang nak cuba perkara yg baru..
So saya nak try main game ni.. Satu malam saya ajak housemate saya ni, Atan dan Bob (bukan nama sebenar) untuk teman saya main sekali.. Sebenarnya, housemate saya ramai.. Ada 5 orang serumah.. 2 dah balik kampung.. Sorang lagi masuk hospital sebab demam denggi.. So tinggal Atan dan Bob jelah dapat teman saya..Walaupun saya tak percaya ada hantu, tapi saya ni memang agak penakut..
Malam tu saya dah buat preparation untuk game tu.. Saya dh sediakan kertas keras yg serupa macam papan Ouija yg mereka guna untuk main game ni.. Ada huruf A-Z, nombor 1-9, Yes dan No dan last sekali Goodbye.. Saya sediakan juga duit syiling 50 sen, dan 4 batang lilin..
Sedang ralit buat persediaan, tetiba Bob lintas depan saya dengan pantas.. Lagaknya macam nak ke tandas.. Saya abaikan.. Dah siap semua, saya pun panggil, ” Hoi Tan, Bob ! Jom main ! Aku dah ready ni ! ” tetapi hanya Atan je yg keluar. Saya tanya Atan mana Bob ? Atan jawab, ” Dia tak de…” bersuara mendatar demgan reaksi mukanya macam menyampah.. “Aik, tadi yg melintas depan aku tadi sapa ? Dia keluar beli makanan kot..” saya menenangkan hati yg mulai gusar.. “Ok jom main..” Hanya aku dan Atan jelah yg main sekarang ni..
Atan duduk berhadapan aku .. Sebelum mulakan, kami memastikan keaadan gelap gelita kecuali cahaya dari lilin yg dinyalakan di setiap bucu ‘papan Ouija’ buatan saya untuk mengesani kehadiran roh.. Dua jari telunjuk kami diletakkan atas syiling 50 sen dia atas petak ‘START’.. Aku mula menyeru, ” Spirit, Spirit Of The Coin, dari kegelapan malam kau ku seru” sehingga 3 batang lilin terpadam.. Tak lama aku menyeru terus lilin dihadapan Atan dulu terpadam dan sebatang di bucu kanan aku terpadam..
Aku menarik nafas dalam2 sebelum memulakan perbualan.. Atan hanya selamba dan tak bercakap apa2 sejak permainan bermula.. “Ada sesiapa disini ? ” Tetiba syiling yg kami letakan jari bergerak sendiri ke arah ‘Yes’.. Aku teruja.. Atan masih lagi tiada reaksi.. Ahh pedulikann.. Kata aku.. “Lelaki ke perempuan ?” Syiling tu bergerak ke huruf satu persatu.. L-E-L-A-K-I. Aku semakin teruja.. “Siapa nama awak?” tanya ku lagi. “M-A-N.. “Berapa umur awak ??” jawab Man, “1-8” . Ooo muda lagi.. Aku teruskan permainan.
Tetiba ada angin sejuk menampar lembut wajahku.. Atan semakin pelik, dia asyik renungku dengan pandangan seram dan senyum sinis.. Saya pun dah mula naik seram.. So, saya nak berhenti main.. Perlahan-lahan saya bergerak ke ‘Goodbye’ dan berkata, “Spirit, Spirit Of The Coin, kembali lah kau ketempat asal mu..” Baru mahu menarik nafas lega, syling tu dengan kasar bergerak semula ke petak ‘NO’..
Saya dah ketar satu badan campur Atan yg sengihnya makin menjadi-jadi.. Aku ulang semula ayat tu.. tetap syling tu ‘NO’.. Tetiba loceng rumah saya berbunyi menyelamatkan keadaan.. Terus saya lepaskan jari dari syling tu meninggalkan Atan.. Sebaik saya buka pintu, Bob berada di depan saya ! ” Wei, sorryla lambat datang .. Kau dah mula ke ? ” Saya keliru.. Tadi Bob melintas saya macam ke tandas.. Tapi rupanya dia memang keluar sebelum saya buat persediaan.. Siapa yg melintas tadi ?? Apa yg lebih mengejutkan kata Bob, Atan sebenarnya sudah masuk ke hospital sebab kemalangan dan dia cedera parah 2 hari yg lalu..” Siapa yg main dengan aku tadi ?” saya makin gelabah.. Lalu saya toleh melihat semula tempat saya bermain dan ‘Atan’ sudah hilang ! Meremang saya dibuatnya tapi tak diceritakan kepada Bob.. Saya mengelamun.. Esoknya, saya tak ke kelas sebab badan menggigil sejuk dek kejadian semalam..
Mengapa permainan Spirit Of The Coin ni menemukan saya dengan ‘Atan’ ?? Bukankah permainan ini hanya membolehkan manusia berhubung dengan roh orang yg m**i ?? Atan yg sebenar ada di hospital.. Apakah kaitan ‘Atan’ yg saya jumpa dengan Atan yg di hospital ?? Rupa-rupanya saya yg main permainan ni seorang diri.. Dan Atan itulah ‘spirit’ nya.. ‘Papan Ouija’ yg saya buat saya buang.. Seram jika difikirkan semula..
Walaupun kisah saya ni pernah ‘divideokan’ tapi ini memang kisah benar..Mujur ‘Atan’ tak menggamggu saya selepas itu.. Tapi saya nekad nak pindah rumah sewa.. Pengajaranya, jangan sesuka hati memanggil ‘hantu’.. Akibatnya diri yg tanggung.. Apa yg saya jumpa itu mungkin iblis yg main-main kan saya.. Entahla .. Saya serik selepas itu dan mulai percaya ada makhluk lain selain manusia di dunia ni.. Wallah hu alam.