Spesifikasi laptop murah adalah berdasarkan komponen yang disediakan untuk sebuah laptop tersebut. Murah tidak semestinya tidak bagus. Kadang-kala laptop yang murah ini lah yang tahan lama berbanding laptop yang mahal di luar sana. Untuk kegunaan pelajar bersekolah, cukup sekadar ambik yang basic laptop dan yang murah sudah mencukupi. So di sini aku akan kongsikan beberapa tips dan komponen laptop untuk di pilih sebelum membuat keputusan untuk membeli laptop murah.
Minimum Spesifikasi Laptop Murah Untuk Kelas Online
Keperluan minimum untuk sesebuah laptop murah untuk kegunaan pelajar kelas online adalah seperti berikut:-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semenjak Covid-19 melanda seluruh dunia ni, segala-galanya berubah. Segala rutin harian juga berubah. Termasuklah sistem pembelajaran di Malaysia ni. Kalau dahulunya anak-anak kita perlu ke sekolah untuk menuntut ilmu. Tapi sekarang ni semua sesi pembelajaran berlaku hanya dari rumah.
Bukan hanya pelajar yang terkesan dengan Covid-19 ni. Kita yang bekerja ini juga terkesan dengan perubahan ni. Kebanyakan pekerja sekarang di suruh duduk di rumah dan bekerja dari rumah. Dengarnya mudah tapi sebenarnya lebih sukar bekerja dari rumah. almaklumla rutin harian bekerja di ofis tiba-tiba disuruhnya pula kerja dari rumah. Memang lain rasanya.
So entri pada kali ni aku nak share laptop murah yang sesuai untuk kelas online dari rumah. Di atas merupakan minimum spesifikasi untuk laptop murah yang bersesuaian dengan pelajar untuk menjalani proses P&P dari rumah. Spesifikasi yang aku sarankan ini tidaklah laju tapi bersesuaian untuk melakukan basic kerja sekolah dan kelas online di rumah.
1. Webcam
Wajib ada sebab nanti cikgu tak nampak pulak anak murid dan sebaliknya. Basic webcam laptop pun da cun dah. Tak perlu la beriye nak webcam yang mahal-mahal kan. Yang Penting ilmunya sampai.
2. Processor Intel i5 4th Generation
Intel i5 4th gen pun da cukup laju da. Aku katakan cukup ni sebab aku sendiri guna untuk buat basic system programming untuk bangunan guna processor ni.
3. Graphic Card Intel HD Graphic
Kebiasaannya laptop yang menggunakan processor i5 4th gen ni da datang sekali dengan intel HD graphic. Tapi better check dulu dengan seller sebelum beli. Tapi kalau tak ada graphic card macam mana laptop nak keluar gambar? So test dulu laptop, kalau boleh ON tu kira ok lah.
4. RAM 4GB DDR3L
4Gb dah cukup da. Dia tak laju tapi cukup untuk run apps dalam laptop. Setakat nk join kelas online aku rasa tak ada masalah. Tapi kalau dapat 8Gb lagi mantap la kan.
5. Storage
Make sure storage laptop tu adalah SSD (Solid State Drive). Kalau NVME M.2 lagi baik la. Tapi kalau seller cakap HDD better jangan beli sebab laptop akan jadi lembab sangat-sangat kalau guna HDD dengan spesifikasi yang aku nyatakan di atas. SSD pulak atleast 128GB. Kalau 120GB pun ok juga cuma kurang sikit la storage korang.
6. Operating System (OS) Windows 10
Kebiasaannya korang akan dapat Windows 10. Just confirm balik dengan seller. Windows 7 pun ok cuma da tak ada update support daripada Windows la.
7. Speaker
Wajib ada. Kalau tak ada macam mana nak dengar cikgu bercakap? Tak kan nak agak cikgu tu bercakap dengan pergerakan bibir dia kan.
8. Wifi
Make sure wifi adapter pada laptop itu berfungsi dengan baik. Test dulu sebelum beli. Kalau rosak jangan beli. Tak ada wifi macam mana nak kelas online kan.
9. Screen 12.5 Inch
Screen ni yang paling minimum untuk kelas online di rumah. Screen sebesar 12.5 inch sudah memadai. Kalau nak lebih selesa boleh la pilih yang 14 inch.
Spesifikasi Laptop Murah Refurbished Untuk Kelas Online Di Rumah
Semua spesifikasi laptop di atas adalah untuk laptop murah yang refurbished. Aku tak rasa ada laptop baru dengan harga murah boleh dapat dengan spesifikasi yang aku nyatakan di atas. Sebab tu aku suruh test betul-betul dengan seller sebelum beli. Kalau nak beli online boleh tapi sebelum received order test betul-betul semua item yang aku nyatakan tu. Kalau ada yang rosak boleh pulangkan balik.
Dah nama pun refurbished laptop, harganya sudah tentu harga marhaen tuan puan. Untuk spesifikasi yang aku nyatakan di atas, harganya tidak mencecah RM1,500 pun. Kalau tak percaya korang boleh survey kat Shopee or Lazada. Kalau nak spec yang sedap sikit boleh la cecah RM1,500. Keyword untuk mencarinya ialah “refurbished ssd laptop”.
Segala apa yang aku share kat sini adalah berdasarkan pengalaman dan pengunaan. Baru-baru ni aku ada beli laptop. Kawan mintak tolong anak nak sekolah dah, cikgu nak buat kelas online. Telefon nak pakai untuk kerja. So nak tak nak kene beli laptop 1 printer 1 untuk print kerja sekolah.
Belanja untuk anak bersekolah sekarang semakin la mahal. Yela nak beli laptop/ telefon dengan printer nak print keje sekolah. Tak tahu lah bila wabak Covid-19 ni nak berakhir. Kesian pada mereka yang kurang berkemampuan.
Pada korang yang membaca ni, kita berdoa pada Tuhan semoga wabak penyakit ini diangkat dari muka Bumi ni. Sekian, Terima kasih.