Seorang selebriti jelita dikatakan berada dalam dilema dengan ikatan perkahwinan toksik apabila ‘diintai’ seorang ahli perniagaan bergelar jutawan berstatus duda.
Memetik Kosmo, meskipun di hadapan umum selebriti itu dan pasangan itu dilihat seperti pasangan suami isteri lain dan mendakwa masih bahagia namun ikatan perkahwinan mereka seolah tidak mempunyai persefahaman.
Malah, sumber mendedahkan selebriti wanita itu sudah tidak mampu menipu diri sendiri.
Difahamkan, keikhlasan hati lelaki berstatus duda itu yang membuatkan artis wanita itu nekad untuk menamatkan ikatan perkahwinannya bukan kerana lelaki itu kaya raya.
Dalam pada itu, selebriti tersebut pandai menjaga diri dan tidak pernah keluar bersama duda tersebut kerana sedar diri status sebagai isteri orang.