Dalam banyak-banyak asam pedas, aku paling suka asam pedas ikan merah. Sebab isi ikan tu sendiri memang dah sedap. So kat sini aku nak kongsi dengan korang resepi asam pedas ikan merah yang simple jer mudah dimasak tapi sedap.
Bahan-bahan memasak juga boleh didapatkan di pasaraya-pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang. Nak masak dia pun cepat dengan resepi mudah ni orang tak pandai masak pun boleh masak jadi sedap.
Bercakap pasal asam pedas, makanan ni terkenal di kawasan Melaka. Kalau pergi ke Melaka tak sah kalau tak cuba makanan asam pedas kan. Tak kisah la asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembong, dan juga asam pedas daging.
Banyak kedai-kedai makanan asam pedas kat Melaka yang terkenal seperti asam pedas Pak Man. Kedai dia ni dekat dengan rumah aku so aku tengok memang ramai orang datang sini. Makanan dia pun memang sedap sebab aku da penah cuba cuma harga dia mahal sikit lah.
So kalau korang nak murah korang kena cuba masak asam pedas ni sendiri. Resepi pun dah ada tinggal korang beli bahan masak dan masak lah sendiri. Jom kita memasak.
Resepi Asam Pedas Ikan Merah
Equipment
- Kuali sederhana besar
- Pisau
- Sudip/Senduk
Ingredients
Bahan Kisar/Bahan Tumis
- 1 Biji Bawang besar Saiz besar
- 2 Biji Bawang Merah Saiz sederhana
- 3 Biji Bawang putih Saiz sederhana
- 4 Hirisan Lengkuas
- ½ Inci Halia
- ½ Inci Kunyit Hidup
Bahan Masak Utama Asam Pedas Ikan Merah
- 2 Batang Serai Di ketuk bontotnya
- 1 Sudu Besar Asam jawa Di bancuh dengan 1 mangkuk air
- 1 Kuntum Bunga kantan Belah 2
- 8 Sudu Besar Cili kisar lebih kurang ½ mangkuk kecil
- 2 Sudu kecil Maggi cukup rasa Brand lain pun ok je
- ⅓ Sudu Garam
- 500 ml Air
- 1 Cawan Minyak masak
Instructions
Bahan Kisar
- Masukkan kesemua bahan-bahan yang hendak di kisar seperti bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup ke dalam blender dan kisar.
- Setelah selesai di blender masukkan ke dalam mangkuk.
Masak asam pedas ikan merah
- Letakkan kuali/periuk di atas dapur gas dan nyalakan api. Selepas itu masukkan minyak masak.
- Sesudah minyak panas, masukkan bahan-bahan kisar bersama serai yang telah di ketuk ke dalam kuali untuk di tumis.
- Setelah bahan tumis menjadi harum, masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan tambah air jika mahu kuah yang banyak dan di masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
- Setelah mendidih masukkan ikan merah dan bunga kantan.
- Jika mahu ada sayur korang boleh la tambah sayur seperti tomato dan bendi.
- Perlahankan api dan masak sehingga bunga kantan kelihatan layu.
- Masukkan maggi cukup rasa dan kacau sehingga masakan sebati.
- Matikan api dan boleh di hidangkan ke dalam mangkuk.
Notes
Tips Memasak Asam Pedas Ikan Merah
Nak masak asam pedas ni memerlukan sedikit kesabaran. Untuk kisar bahan-bahan masak. Nak menumis dia punya cili kisar sampai pecah minyak. Dah pecah minyak baru sedap makanan tu.
Selain pada tu, asam pedas ni boleh tahan 2 3 hari kalau di panaskan kuahnya. Tapi lauk seperti ikan kena di asingkan takut kalau panas-panaskan nanti isi ikan tu sendiri akan hancur. Kalau tak nak asingkan pun boleh tapi tak boleh panaskan lama-lama la.
Setakat ni dulu perkongsian resepi asam pedas ikan merah ni dulu. Semoga kita bertemu lagi di resepi-resepi yang akan datang. Kalau korang ada resepi yang best-best korang boleh share dengan aku di ruangan Hubungi dan aku akan post resepi korang dalam blog ni, In Shaa Allah.