Twitter antara platform sosial media yang popular dan terbesar masa kini. Trend jumlah pengguna mereka juga semakin meningkat, lebih-lebih lagi di kalangan generasi baru.
Selain itu Twitter juga menjadi platform buat generasi kini meluahkan perasaan mereka. Ada yang tweet rutin harian mereka di situ. Dah menjadi seperti jurnal peribadi. Namun, ada sisi gelap Twitter yang perlu di ambil perhatian.
Ada satu golongan yang diberi nama Darkside atau singkatannya DS. Dengan membuat satu akaun DS, seorang pengguna itu boleh tweet apa-apa sahaja termasuk berunsur seksual. Lebih mengejutkan, ramai bangsa melayu yang bergelumang dalam sisi gelap ini.
Tanpa perlu mendedahkan identiti mereka, mereka boleh menjual gambar bogel, servis video call lucah dan mengghairahkkan, teks lucah, bahkan ramai juga check in dan ada yang berakhir di ranjang.
Ada yang tak jual tubuh, tapi suka sama suka. Kenal sejam kat Twitter, terus ajak check in hotel. Esoknya ulang lagi dengan orang lain pula. Mereka tak nak ada komitmen hubungan. Hubungan suami isteri jauh sekali. Mereka hanya nakkan kepuasan.
Seramnya dak-dak Twitter zaman sekarang. Ada isteri orang pun jadi DS juga. Contact balik ex untuk berasmara dan, buat video lucah dan sebagainya.
Sampai tahap ni dah ke teruk generasi kita? Dah macam tak ada agama. Dan macam kat Amerika. Open sungguh cakap bab seks, bahkan remaja baru usia 13-14 tahun pun galak nak jadi DS. Mereka bangga tunjukkan dark side mereka. Bangga bertukar pasangan, amal seks bebas dan songsang.
Sumber dan Kredit: Cikgu Fadli Salleh (Facebook)