ATV kab Tanjung Karang merupakan daya tarikan terbaru di Selangor. Jarang nak dengar orang pergi bercuti ke Tanjung Karang. Selalunya orang akan pergi ke Sekinchan je nak menikmati pemandangan padi kan. Tanjung Karang ni terletak di sebelah Kuala Selangor. Ni kira memang kampung aku lah.
Menjelang cuti hujung minggu ni, mesti ramai yang sibuk memikir aktiviti apa yang best dan menarik untuk dilakukan. Nak keluar bercuti, modal kena ada lebih, sesak dengan pengunjung pulak tu. Apa kata korang yang tinggal di kawasan bandar lembah Klang ni, keluar berjalan ke Kuala Selangor!
Di Kuala Selangor, atau lebih tepat lagi di Tanjung Karang, ada aktiviti menarik menanti korang! Di ATV Kunci Air Buang, korang boleh mencuba aktiviti sukan lasak iaitu bermain ATV kab! Uniknya di sini, litar telah dibuat khas ditengah sawah!
@pedzulkefliMain ATV kab tengah sawah KAT SELANGOR je! Pakej drone RM50 & atv kids pun ada.♬ … is sweaty – Kellan
Aktiviti bermain ATV kab di sini amat sesuai untuk keluarga mahupun dengan kawan-kawan. ATV untuk kanak-kanak pun ada tau. Faktor keselamatan, jangan risau kerana anda bakal diselia oleh pakar yang bertauliah! Lagi best kalau anda ambil sekali pakej drone, boleh simpan video rakaman segala aksi anda di litar sebagai kenangan!
ATV kab Tanjung Karang ini sudah menjadi salah satu tarikan tempat menarik di Selangor. Kalau korang tak percaya korang boleh pergi sendiri ke sana dan merasainya. Punya ramai orang berenti tepi-tepi jalan je. Tu last time aku sampai sana la. Mungkin lepas artikel ni ditulis lagi ramai orang yang akan berkunjung ke sana. Kedai makan pun banyak di kawasan Tanjung Karang tu.
*Harga dikenakan pula amat berpatutan, iaitu RM50 untuk 30 minit & RM80 untuk satu jam
Lokasi: ATV Kunci Air Buang
Alamat: LOT 4004,BLOCK L SAWAH SEMPADAN 45500 TANJONG KARANG.
No Telefon: 017 – 2242590
Waktu Operasi: 9am – 6pm
Sumber dan Kredit: @pedzulkefli (TikTok)
Selesai main ATV kab, korang mesti dah lapar kan. Korang boleh la pergi cuba kedai makanan kat sana. Salah satu tempatnya adalah tempat makan menarik di Sekinchan.