Keluarga Lee telah menceburi bidang bakeri dan pembuatan pastri sejak tahun 1957 lagi. Sehingga kini, mereka tetap dengan bidang ini, menawarkan pastri-pastri istimewa kepada semua.
Setelah 4 generasi bermastautin di Kuala Lumpur, mereka ingin memberikan suatu kelainan buat Kota tercinta mereka. Lantas, KLCG Bakery di hadapan tapak bersejarah, Dataran Merdeka.
Walaupun telah lama menceburi bidang ini, mereka tidak hanya membuat pastri dan dessert tradisional, malah terus memajukan diri dan berkembang. Kini, mereka menyediakan pelbagai pastri dan kuih yang masyhur dari seantero dunia.
Kafe mereka yang terletak dalam bangunan lama dari zaman kolonial lagi, menggabungkan dunia lama dan terkini. Dengan hiasan dalaman yang modern dan fresh, beserta tingkap-tingkap yang berwarna-warni memberikan tenaga baru kepada bangunan lama ini. Dengan konsep open space dan studio baking bercermin 360°, anda boleh melihat sendiri process pembuatan pastri-pastri mereka.
Antara pastri signature mereka ialah roti croissant dari Perancis. Menggunakan butter Perancis tradisional, Charentes-Poitou, roti croissant mereka terkenal dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam.
Mereka juga menyediakan strudels, kek dan tart dari butter yang sama. Jika anda Inginkan sesuatu yang lebih berat, boleh cuba burger bagel mereka ataupun pasta. Namun, ternyata yang paling digemari dan istimewa di sini ialah cronuts.
Cronuts merupakan sejenis pastri gabungan antara roti croissant dan donut. Didatangkan dalam pelbagai perisa seperti Melted Caramel dan Lotus Biscoff, cronuts mereka juga datang dalam perasa buahan seperti peach, mangga dan durian.
Pastikan anda rasai keistimewaan yang mereka tawarkan bila-bila anda berkunjung ke kotaraya Kuala Lumpur. Ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk melihat sendiri gambar-gambar meliurkan dan juga maklumat terkini.
Laman Web: https://www.klcg.online/
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: 27, Jalan Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: 9am-6pm (setiap hari, tutup pada hari Selasa)[/su_tab][/su_tabs]