Kisah seram yang aku ceritakan ni merupakan cerita seram Sunway Pyramid yang pernah di lalui oleh aku sendiri beberapa tahun yang lalu. Kejadian misteri yang berlaku ini telah terjadi di salah sebuah shopping mall yang terbesar di Banday Sunway, Subang Jaya, Selangor.
Bangunan Sunway Pyramid ini telah beroperasi sejak Tahun 1997. Ia adalah sebuah shoping mall yang telah lama beroperasi di Malaysia. Walaupun ia masih aktif beroperasi sehingga kini tetapi masih terdapat kisah-kisah seram yang berlaku di dalam bangunan yang tersergam indah di Bandar Sunway ini.
Bagi sesiapa yang telah lama bekerja di sini mungkin tahu lah cerita-cerita hantu yang melibatkan laluan atau lorong pekerja di dalam bagunan Sunway Pyramid ni.
Kisah Seram Laluan Tangga Belakang Sunway Pyramid
Aku bekerja sebagai contractor untuk melakukan kerja-kerja upgrading di bangunan Sunway Pyramid ini. Oleh itu aku ditugaskan untuk berkerja daripada pukul 10 malam sehingga 10 pagi. Ini bagi mengelakkan gagguan kepada para pelanggan di shopping mall ini.
Kejadian misteri di tangga belakang ni aku alami setelah 4 bulan aku melakukan kerja-kerja dia bangunan ni. Yang peliknya sebelum-sebelum ni tak ada pulak aku kena kacau.
Staff dalam bangunan ni pun tak pernah cerita kalau bangunan Sunway pyramid ni ada cerita hantu tersendiri.
Kisah seram yang aku alami ni terjadi dalam pukul 11 malam. Aku sampai je site biasanya dalam pukul 9.30 malam dan akan buat job planning untuk hari tersebut.
11 malam aku mulakan dengan buat round check kerja-kerja yang telah dilakukan semalam untuk memastikan tak ada kecacatan di dalam pemasangan barang-barang yang telah di upgrade.
Bila malam lift smua tak beroperasi di dalam mall Sunway Pyramid ni. So nak naik tingkat atas aku akan menggunakan tangga belakang.
Dalam perjalanan aku nak naik tu di pertengahan tangga tetiba aku tenampak ade satu benda warna hitam. Aku tak tahu la hantu ke apa sebab dia warna hitam yang besar dan berbulu penuh di seluruh badannya block terus tangga aku nak naik ke atas tu.
Aku macam tergamam sekejap kat situ tak tahu nak buat apa. Nak terus berjalan ke depan dia da duduk tengah-tengah alam macam tu.
Makhluk misteri ni nak kata menakutkan tak jugak tapi memang aneh la bentuk dia. Nak kata bulat dia tak bulat. Tapi dia hitam berbulu lebat.
Aku tak fikir panjang da aku patah balik ke Main Control Room. Staff Sunway macam pelik da apehal kejap sangat round check kan. Tapi diorang buat tak tau jela.
Tak lama lepas tu kawan aku pulak nak naik atas nak start buat keje dia. Aku tak cakap apa-apa pasal kisah misteri yang aku lalui tu.
Dia pun naik la ikut tangga yang aku jumpa lembaga hitam berbulu tadi tu dengan sorang lagi kawan dia. Tak lama lepas tu dia dengan kawan dia pun turun balik.
Aku pun mula la bertanya, “ha apehal? Ade barang tertinggal ke?” Dia pun cakap, “apa bende ekk yang berbulu kat tangga tu? Sebelum ni tak pernah ada pulak dia duduk situ.”
Aku pun tak tahu dan try tanya staff situ diorg pun tak tahu. So bukan aku sorang jela nampak makhluk berbulu tu.
Tapi lepas kejadian tu kitorg masih still lalu tangga tu sebab da tak ada tangga lain da nak lalu tapi dah tak jumpa lembaga hitam misteri tu.
Kisah seram ni terus menjadi misteri sehingga ke hari ni.
Cerita Hantu di Laluan Belakang Bowling Sunway Pyramid
Selama aku bekerja di bangunan Sunway Pyramid ni, tak pernah aku dengar sebarang cerita hantu atau kisah-kisah hantu di dalam shoping mall ni.
Tapi yang peliknya kenapa aku yang selalu jumpa makhluk misteri ni. Adakah dia saja nak menakutkan aku? Saja nak menyakat aku buat kerja? Aku sendiri tak pasti kebenarannya sebab tak kan aku nak pergi tanya hantu tu kan.
Kejadian misteri kali ni aku lalui bukan pada waktu malam. Ia berlaku tengah hari kerana pada hari kejadian tu aku ada meeting dengan Sunway Pyramid waktu pagi dan buat sport check kerja-kerja pada tengah hari tu.
Kisah seram kali ni aku jumpa cik pontianak di belakang tempat susunan pin bowling tu. Korang tau kan setiap pin yang jatuh masa main bowling tu ade mesin yang susun kat balakang tu.
Dekat lorong belakang tu la aku jumpa cik pontianak. Ini semua mainan iblis menyerupai hantu untuk menakukatkan kita.
Walaupun mainan iblis tapi gerun jugak la sebab benda kita jarang nampak tetiba muncul depan mata kan mana ada yang tak goyang.
Hantu pontianak ni tak buat apa pun. Aku pun nampak dalam jarak 20 ke 30 meter macam tu. Berpakaian serba putih, rambut panjang ke lantai tapi membelakangi aku.
So memang aku tak nampak muka dia la kan. Tapi aku sure tu bukan staff bowling dan bukan manusia. Mana ada staff bowling rambut panjang sampai ke lantai kan.
End of the story aku patah balik dan tak jadi nak teruskan perjalanan ke depan lagi sebab cik pontianak tu dah duduk kat situ.
Aku pun tak ada cerita kat staff Sunway pasal benda ni. Mana ada orang nak percaya cerita hantu macam ni kan.
Kisah Seram Sunway Pyramid Cik Ponti Lalu Depan Muka Atas Tangga
Kisah seram yang seterusnya ni masih di dalam Sunway Pyramid. Kisah misteri ni berlaku beberapa minggu sebelum semua kerja-kerjad upgrading di Sunway Pyramid ni selesai.
Kali ni hantu pontianak ni dia da tak duduk saja dah. Dia main terbang-terbang pulak. Tapi bukan aku yang kena. Member aku yang tengah buat kerja atas tangga pulak yang kena.
Aku pun tak pasti gangguan kali ni berkesinambungan dengan kejadian misteri sebelum ni yang aku jumpa cik pontianak dekat balakang tempat susun pin bowling tu.
Adakah hantu pontianak yang sama mengganggu aku masa dekat belakang hari tu ataupun ni kawan pada cik pontianak tu.
Cerita hantu pontianak ni terjadi pada sebelah malam ketika aku dan kawan aku nak pasang satu device kat tempat tinggi. Dengan menggunakan tangga 14 step kawan aku ni pun panjat la kat atas dan aku standby kat bawah.
Tengah sedap-sedap layan perasaan malam-malam buat kerja kat Sunway Pyramid ni tiba-tiba kawan aku ni macam tak bergerak kat atas. Dia jadi kaku. Aku pun pelik, apehal dengan mamat ni kan.
Aku pun panggil la nama dia banyak kali tapi dia masih membisu kat atas tangga tu. Aku pun dah mula menggelabah la. Terus aku naik tangga tu dan sapa dia. Menggigil aku rasa badan dia masa tu.
Terus aku bawak dia turun bawah. Biru beb muka dia. Pucat tak berkata seribu bahasa.
Lepas beberapa ketika, aku bagi dia air dan suruh dia minum. Lepas tu baru dia macam ok sikit. Aku pun mula la menyoal siasat dia.
“Ko dah kenapa tetiba pucat kat atas tu?” Dia pun cakap yang dia nampak hantu pontianak terbang depan muka dia kat atas tu. Hantu tu terbang dari dinding sebelah kiri ke dinding sebelah kanan.
Aku tak ada pulak nampak makhluk hantu tu terbang. Mula-mula aku pun tak percaya sebab aku pun tak nampak. Tapi dengan keadaan dia macam tu nak tak nak aku pun kena lah percaya cakap dia.
So malam tu kitorang stop kerja dulu dan sambung pada malam esoknya. Alhamdulillah itulah kali terakhir kitorang kena kacau dengan cik pontianak tu.
Aku ada jugak la bagitau dia cerita seram yang aku jumpa cik pontianak jugak masa buat kerja kat laluan belakang bowling tu. Dia pun buat anggapan yang cik ponti yang dia nampak tu adalah yang dari belakang tempat bowling tu.
Sehinggalah selesai project untuk upgrading Sunway Pyramid dah tak ada kena kacau lagi dengan pelbagai jenis hantu kat shoping mall tu.
Begitulah pengalaman kisah seram aku sepanjang bekerja di dalam mall Sunway Pyramid tu. Alhamdulillah sepanjang kena kacau tu aku tak ada pulak demam kan. Rasa takut tu ada tapi benda tu tak boleh nak apa-apakan kita pun sebenarnya.
Banyak lagi cerita hantu yang aku akan ceritakan dalam blog ni. Kalau korang tak nak terlepas kisah-kisah seram ni korang boleh subscribe news letter daripada blog aku ni. Isikan nama dan email address di sebelah sidebar kanan korang ni dan korang akan menerima update terkini daripada blog aku ni.
Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.
Leave a Reply