Sebelum ini netizen dikejutkan dengan berita instafamous, Elcah Hasha yang mendakwa dirinya telah diceraikan selepas lapan hari mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Menerusi perkongsian di TikTok, dia memuat naik ‘voice note’ bekas suaminya melafazkan talak melalui aplikasi WhatsApp. Selain itu Elcah juga membidas kenyataan mantan suami dengan satu posting di instagram.
@elcah.hasha Bagi menjawap pertanyaan yang terbuku dihati semua, ini adalah jawapan…
Baru-baru ini, Elcah mendedahkan punca perceraiannya kepada usahawan kosmetik, Anas Zahrin yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.
@anaszahrin Ya Allah @Elcah ♬ Yasirlana Suling Merdu – IFTAH QULUBANA
Dakwa Elcah, bekas suaminya mengajak untuk berpoligami selepas dikatakan telah terlanjur dengan seseorang dan wanita tersebut sedang mengandungkan anaknya. Sementara itu, dia memberitahu tidak pernah mengetahui tentang hubungan sulit bekas suaminya dengan wanita tersebut.
Tidak cukup dengan itu, seorang pengguna twitter yang juga kawan baik kepada Elcah tampil dengan kenyataan mempertahankan Elcah.
Dah lama diam sebab malas nak bising on social media, tapi Elcah tak ada twitter, so korang2 yang main cakap ni sabar jap. Esok Bubu spill tea behalf on Elcah.. tunggu jap 😁
— BUGATTI (@wnhsevond) April 24, 2023
Menampilkan beberapa screenshot perbualannya bersama dengan mantan suami Elcah, jelas terdapat beberapa kenytaan bercanggah yang keluar dari lelaki tersebut.