Selepas menerima kritikan ketika konsert pertama, pengacara All Stars Gegar Vaganza, Elly Mazlein cuba menampilkan ‘Elly M’ pada konsert kedua untuk memuaskan semua pihak.
Namun, katanya selepas cuba menjadi ‘orang lain’ buat seketika, ramai penonton yang mahukan pengacara itu menjadi Kak Lina Pom Pom.
Akui Elly, dia sudah mencuba memuaskan hati semua orang dan menampilkan diri dengan dua versi (Kak Lina Pom Pom dan Elly M) namun akui tiada energi ketika ‘menjelmakan’ diri sebagai Elly M.
Orang nampak bila saya jadi Elly M, suasana jadi suram. Kita sebagai pengacara kena ada energi.
Ujarnya lagi, dia ambil maklum dengan semua kritikan dan akan memperbaiki apa yang perlu namun katanya, Elly tidak pernah melanggar batas ketika mengacarakan program.
Tambah Elly, dia hormati semua pendapat diberikan namun memohon maaf kerana tidak boleh menjadi Elly M sebaliknya akan meneruskan pengacaraannya sebagai Kepom.
Setakat ni saya tak pernah langgar batas. Saya tidak pernah pegang lelaki. Memang saya ‘menggelitat’ dan gatal tetapi itu hanya watak saja.