Cerita hantu hospital yang bakal aku kongsikan ini telah dikongsikan oleh seorang doktor yang mana pada waktu beliau melalui kejadian seram ini beliau merupakan salah seorang doktor pelatih di salah sebuah hospital di ibu kota. Memang telah kita ketahui hospital ni paling banyak kejadian-kejadian msiteri dan aneh. Cerita hantu hospital ini adalah salah satu daripadanya. Ikuti perjalanan cerita hantu hospital ini sekarang….
Cerita Hantu Hospital Bermula
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelawat blog dan terima kasih kepada admin DuitCoin kerana menyiarkan cerita ini. Sebelum aku memulakan cerita ini lebih baik aku perkenalkan diri aku dahulu, nama aku Zaf (bukan nama sebenar) aku seorang doktor pelatih (housemanship) di sebuah hospital di ibu kota. Jadi cerita seram ini berlaku di hospital tempat aku berkerja yg sebaiknya dirahsiakan.
Ia bermula pada hari isnin yg biasa di mana aku mulakan rutin kerja seperti biasa pada siang hari. Pada waktu itu aku ditempatkan di wad obstetrics di mana pesakitnya adalah semua ibu yang lagi sarat mengandung atau yang lagi menunggu waktu bersalin. Hari berlalu dengan cepat mungkin kerana dek kesibukan merawat dan melayan kerenah pesakit tanpa aku sedari waktu sudah hampir masuk pukul 5 petang. Sesudah selesai mengerjakan beberapa report dan konsulan aku bersiap untuk pulang.
Tanpa aku sedari ada yang memegang bahu ku dari belakang dan aku terus menoleh “eh kau rupenyer Ejal asal?” Ejal (bukan nama sebenar) adalah kawan aku yang juga seorang doktor pelatih disitu. ” Zaf tolong aku boleh tak, supposedly aku oncall malam ni. Kau gantikan aku malam ni boleh, aku ade emergency la my mom sakit masuk hospital kat ampang” kata Ejal dengan muka yang gelisah. “Ok la aku ok je gantikan kau pergi la gerak sekarang before jem” walaupun hatiku berat untuk oncall malam ni tapi kerana kesian dan mengenangkan Ejal ni yang sudah banyak membantu dan back up aku jadi aku terima dengan hati yg terbuka. “Thanks Mal I owe you one” sekelip mata Ejal hilang mungkin dia nak cepat.
Disebabkan aku harus oncall malam ni, aku batalkan niat aku untuk pulang. “Hmmm baru nak balik landing atas katil melepas la nak rehat” kataku sendirian. Aku lanjutkan kerja ku seperti biasa, tiba-tiba aku disapa lagi “doktor tak solat maghrib ke? da pukul 8 da ni”. Aku pun melihat ke arah suara tadi rupa-rupanya kak Nor seorang nurse di wad tersebut “eh da pukul 8 tak sedar pulak saya, ok kak saya solat dulu pastu nak mandi pulak kalau ade pape call saye tau nanti jadi pape kat patient mati lah saya nak menjawap kat Dr Syukri esok”.
Aku pun bangun dan berangkat ke bilik doktor. Ketika aku berjalan ke bilik doktor aku berkhayal ” ya Allah, tolong la amankan oncall malam ni jangan la ade apa-apa complicated cases or apa-apa yang tak di inginkan terjadi pada pesakit aku” doa aku dalam hati. Aku sebenarnya bukan apa. Aku cuma takut kalau aku kene marah dengan Dr Syukri seorang specialist O&G di hospital itu kalau Dr Syukri dah marah bukan aku je yang takut hantu atau setan pun boleh jadi terberak terkucil kene marah dengan beliau.
Sesampai je aku di bilik doktor, tanpa membuang masa aku terus ambil wudhu dan solat maghrib. Sebelum aku solat aku da siap silent kan handphone supaya tak menganggu kekhusyukan aku nak solat so memang tak dengar la kalau ada incoming call atau mesej. Selesai solat aku terus mencapai handphone ku. Aku lihat ada 3 miss call dari kak Nor nurse wad tadi. Hatiku mula berasa aneh mungkin ada apa-apa ke ni. Lebih baik aku balik wad. Aku berjalan menuju ke wad sesampai aku di depan pintu wad aku terkejut wad gelap tidak ada sedikit pun bunyi atau suara seingat ku ini waktu melawat takkan wad gelap dan sunyi macam ni.
Tanpa berfikir panjang aku menolak pintu lalu masuk ke dalam dan aku terkejut sebab wad yg aku masuk tu memang lain dari sebelum ini. Dalam fikiran aku, ini wad yang lain bukan wad yang sama, tapi tak mungkin aku salah wad. Di dalam wad kosong tidak ada satu orang pesakit atau pun nurse dan gelap satu lampu pun tidak menyala. Aku perhatikan betul-betul kelihatan seperti wad ini usang dan sudah lama ditinggalkan.
Katil tidak bertilam dan yg paling pelik ada bau busuk yang amat sangat mencucuk hidung aku. Aku mengambil keputusan untuk keluar. Kemungkinan aku da salah tempat la ni. Aku mula bergerak ke pintu keluar tetapi sesampai saja aku di pintu, aku terdengar satu bunyi tangisan. Perasaan ku berderau seperti nak tercabut jantung ku “siapa pulak yang menangis ni” kataku sendiri. Walaupun sebenarnya aku takut tapi aku cuba memberanikan diri mungkin tangisan ni dari pesakit yang ada dalam wad ni. Mana la tahu wad ni blackout ke apa kesian kalau ditinggalkan sendirian pesakit dalam gelap.
Aku melangkah ke arah katil-katil dan satu persatu aku lihat semuanya kosong. Aku tidak berputus asa lantas aku jalan ke arah katil yang paling hujung sekali. Dari jauh ada seorang pesakit wanita sedang berbaring dan sedang menangis teresak-esak. Aku mendekatinya aku melihat dia menutup mukanya dengan tangan dan masih menangis. Aku lihat pada kain yang dipakai wanita tersebut kelihatan seperti basah. Oleh kerana keadaan gelap maka aku tidak memastikan apakah ia air atau pun darah.
Aku pun menegur wanita tersebut “puan kenapa menangis?”. Dia tidak menjawap. Aku pun cuba menyentuh kain yg basah tadi lalu aku cuba membau tangan ku yg menyentuhi kain tadi sah ini bau darah! Perasaan aku yang tadinya takut bertukar menjadi risau terhadap keadaan pesakit. Mungkin pesakit bleeding aku harus melakukan sesuatu. Aku tanyakan lagi “puan kenapa menangis dalam gelap ni?” aku tinggikan nada suaraku sedikit berharap dia menjawap. Wanita tersebut mula membuka telapak tanganya yang menutupi mukanya. Aku lihat mukanya pucat, matanya merah menyala dan mukanya sangat menakutkan seperti nenek tua yang sudah berumur 100 tahun. Aku terus kaku dan tak terkata. Fikiran aku dah bercelaru, jantung berdegup laju seperti enjin Ferrari. Peluh menitis dan rasa sejuk menyelubungi diriku.
Tiba-tiba wanita tersebut bersuara “anak aku mi, anak aku mi, anak aku mati! HAHAHAHAHA!” Suara wanita tersebut seperti suara yang sangat kasar macam suara Mufasa ayah kepada simba. Tanpa berfikir aku mengorak seribu langkah dan berlari ke arah pintu keluar. Sesampai saja di pintu keluar, aku cuba membuka pintu tapi tidak berjaya kerana pintu tersebut terkunci. Ketawa wanita tadi masih sangat jelas didengari oleh aku. Aku masih berusaha membuka pintu yang ketat bagaikan di gam dengan gam gajah. Tiba-tiba bunyi ketawa wanita tersebut berhenti dan keadaan kembali sunyi.
Aku menjadi sedikit berani dan menoleh kebelakang dari jauh dan aku melihat ada sesuatu berwarna putih seperti sedang berbaring di atas lantai tetapi ia bergerak menuju ke arah aku. Aku hanya kaku, mulutku mula membaca ayat suci AL-Quran yang aku ingat. Aku menoleh lagi kebelakang dengan jelas kelihatan wanita tadi sedang merangkak seperti hantu Ju-On dengan rambutnya yang mengerbang. Kepala ku berasa ringan. Kaki aku tidak kuat untuk berdiri lalu aku rebah pengsan.
Setelah aku sedar dari pengsan, orang pertama yang aku lihat kak Nor dan beberapa orang pak guard hospital. Kepala aku sangat sakit berdenyut-denyut dan badan aku sakit seperti baru selesai marathon. Aku lihat sekeliling. Kini baru aku sedar yang aku di bilik doktor. Aku tanya kak Nor apa yang terjadi. Menurut kak Nor, dia menelefon aku beberapa kali kerana ada pesakit yang mahu bersalin tapi tidak diangkat lalu kak Nor terus ke bilik doktor untuk memangil aku. Dia mengetuk pintu bilik tapi tidak ada yang membuka kerana ingin cepat, kak Nor membuka pintu di dalam bilik tersebut dan kak Nor menjumpai aku sedang duduk bersila sambil menutup mata seperti orang yang sedang bertapa.
Kak Nor terus memanggil nama aku tapi aku tidak menyahut. Kerana hairan dengan sikap aneh aku itu, kak Nor pun mendekati aku dan menepuk bahu aku dan tiba-tiba aku ketawa dan meracau seperti orang kerasukan. Kak Nor pun apa lagi terus cabut lari. Kak Nor pun panggil pak guard hospital untuk membantu aku. Untung salah sorang dari pak guard bernama pak Man pandai menangani masalah kerasukan ni. Mereka terus ke bilik tadi dan memegang aku dan pak Man membacakan ayat-ayat ruqyah. Tidak lama kemudian aku mulai sedar. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku. Sekarang aku dah berpindah department dan peristiwa itu masih dalam ingatan dan tidak akan aku lupakan.
Terima kasih kepada yg sudi membaca sampai habis maaf jika cerita ini tidak terlalu seram atau penulisannya bercelaru.
Cerita Hantu Seram Di Hospital Ibu Kota
Terima kasih doktor Zaf kerana sudi berkongsi kisah pengalaman seram ketika bertugas di hospital. Bukan mudah ye untuk melalui saat-saat kerasukan. Nasib baik ada staff nurse yang jumpa beliau di dalam bilik. Kalau di biarkan tu tak tau lah apa akan jadi. Tapi apa yang aku perasan, doktor Zaf sebenarnya belum keluar pun dari bilik beliau. Sedangkan dia cerita beliau telah sampai ke wad tempat dia bertugas. Pada waktu bilakah doktor Zaf di rasuk??
Begitulah slot cerita hantu hospital yang dikongsikan oleh pembaca blog ini. Jika korang berminat nak berkongsi cerita, korang boleh kongsikan di ruangan Perkongsian Cerita. Sekian….