Kalau korang boleh sampai ke blog penulisan aku ni memang korang tengah mencari-cari cara nak buat duit online kan.
Ok kat sini aku nak kongsi sikit je cara nak tambah pendapatan melalui internet ni. Zaman maju ni semua dah pandai guna handphone kan. Kalau korang da boleh sampai ke blog aku ni kompom la korang pandai guna phone.
Salah satu platform yang terbaik untuk korang nak start menjana pendapatan online ni adalah Shopee. Korang kenal tak dengan laman membeli belah Shopee ni?
Apa itu Shopee
Shopee diasaskan pada Januari 2014 di Singapura dan dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun 2015 diikuti oleh semua negara-negara Asean.
Jumlah pengunjung di Shopee sehingga Disember 2017 ialah sebanyak 13.45 juta pengunjung. Jualan di Shopee mencecah ratusan juta USD setahun.
Shopee baru sahaja diperkenalkan dan masih belum cukup matang, korang perlu merebut peluang menjadi antara yang pertama mencipta nama di Shopee.
Buat Duit Online : Shopee Boleh Buat Duit Ke?
Jawapannya YES dan sangat menguntungkan. Meh aku cerita sikit macam mana rupa Shopee ni yang sebenarnya.
Shopee ni lebih kurang sama je macam ebay, lelong dan juga lazada. Ianya sebuah website marketplace. Iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang.
Bahasa mudahnya Shopee ini adalah sebuah PASAR! Tetapi secara online. Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya.
Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, korang pernah menjual di FB atau Instagram serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale. Memang leceh sikit kalau guna cara tu. Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale.
Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah. Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer. Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga. Done!
Kalau ada orang beli nanti akan dapat notification dari pihak Shopee. Tak perlu dah 24 jam menghadap handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab dok layan customer yang belum tentu pun nak beli.
Buat Duit Online: Apa Yang Menarik di Shopee
Di Shopee ni, pelawatnya ramai. Ramai giler! Secara kasar, bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan. Lebih kurang 700,000 orang sehari. WOW!
Ramai giler kan? Kalau korang buka kedai kat KLCC pun belum tentu boleh dapat pengunjung/pelawat seramai itu.
Apa yang lagi best pasal shopee ni yang boleh buat duit online
Pelawat atau pengunjung kat website/apps Shopee ini, mereka adalah golongan yang mempunyai keinginan membeli yang tinggi. Sebab itulah dorang masuk Shopee. Sebab dorang nak beli barang.
Bukan macam kat Facebook dengan Instagram tu. Kat Facebook & Instagram tu kebanyakannya masuk sana adalah untuk bersosial sahaja.
Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & Instagram untuk cari dan beli barang. Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & Insta payah sikit. Nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp kemudian barulah dorang akan beli.
Kalau korang nak tau lagi kenapa korang kena berniaga kat Shopee untuk buat duit online korang boleh baca 16 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee.
Tapi kalau korang tak pandai nak mulakan perniagaan di Shopee ni aku ada satu buku panduan ni untuk korang.
Buku ni direka khas untuk mengajar korang macam mana nak berniaga di Shopee secara detail dengan keterangan yang sangat padu.
Korang yang tak pernah berniaga pun akan boleh berniaga lepas dapatkan buku ni. Korang boleh dapatkan buku tu di Buku Panduan Buat Duit Di Shopee.
Apa yang ada dalam buku tu?
1.Cara mendaftar dan set kedai di Shopee sama ada menggunakan apps di talifon atau browser di komputer. Kedua-dua cara ada.
2.Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee korang. Dalam bab ini, banyak tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh korang gunakan.
3.Cara nak menguruskan order. Ini pun penting juga, bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print? Macam mana kalau tetiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya ada di dalam bab mengurus order.
4.Enam Langkah Menyelesaikan Masalah Barang Tak Sampai/ Rosak. Dari beratus-ratus barang yang kita hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan. Jadi disini ada diterangkan langkah-langkah yang boleh korang lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai korang.
5.Empat Teknik Promosi yang boleh korang gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai korang ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk korang.
6.Korang masih tak tahu produk untuk dijual? Dalam Buku ni juga ada dikongsikan 5 pihak yang boleh korang “usha” untuk mendapatkan bekalan produk jualan korang di Shopee.
7.Korang tak ada modal untuk beli & simpan stok produk? Dalam buku ni ada 3 kaedah berniaga yang dikongsikan yang mana, ianya tidak memerlukan korang untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee.
8.Dalam buku ni juga ada kongsikan pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai. Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh korang jual. Jadi, tiada lagi alasan untuk korang mula berniaga di Shopee dan buat duit online dengan mudah.
9.Teknik 1000 follower seminggu. Ini teknik RAHSIA yang ada dalam buku ni untuk mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee korang dalam masa yang singkat. Teknik ni advance sikit. Korang takkan jumpa teknik ini di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain.
Apa lagi, dapatkan la buku ni sekarang. Dengar cerita, buku ni tengah ada Sale. Jom start buat duit online. Dapatkan Buku Panduan Buat Duit Di Shopee.
Leave a Reply