Siapa tak kenal Singapura, salah satu negara yang terbersih dan paling selamat di dunia ini. Dulunya hanyalah sebuah perkampungan nelayan tapi sekarang bangunan-bangunan pencakar langit boleh dilihat di mana saja anda pandang.
Jangan tak tahu, kini Singapura sudah dianggap sebagai negara dunia pertama yang cukup moden mengujakan sesiapa sahaja yang datang.
Walaupun ia hanyalah sebuah negara yang sangat kecil, keseronokan yang ditawarkan oleh Kota Singa ini begitu banyak sekali dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur, di samping lengkap dengan teknologi canggih seperti teknologi 4 Dimensi, teater mekanikal, pameran interaktif dan banyak lagi yang mustahil dilupakan kalau dah dirasai.
Tapi, jangan ingat semuanya mahal dan berbayar di sini, tarikan yang percuma juga banyak ditawarkan di negara maju ini.
Tak kisahlah mahal, murah ataupun percuma, semuanya memang wow di Singapura! Nak tahu ke mana anda mesti pergi kalau dah sampai ke Singapura? Teruskan membaca senarai tempat menarik di Singapore ini.
Anda Mungkin Suka:
01. Orchard Road
Orchard Road telah menjadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi, tapi pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam.
Namun setelah lebih dari seabad berlalu Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong.
Nak makan di sini anda tak perlu susah-susah nak cari, memang banyak restoran yang ada di sini, nak makan apa? Western? Tempatan? Semuanya ada. Nak yang mewah? Simple? Tanya selera.
Kalau tak nak keluarkan duit, anda nak berjalan-jalan melihat kawasan sekitar je pun boleh, sebab ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung dari panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.
Alamat: 437 Orchard Road, Singapore
Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm
02. The Merlion Tower
Menara Merlion yang berketinggian 37 meter ini adalah sebuah lokasi yang patut anda lawati untuk menikmati pemandangan yang pasti mengujakan. Bukan dari depan menara ini tapi dari MULUT MERLION ini!
Anda boleh naik ke bahagian ini menggunakan lif yang disediakan. Dari sini, anda akan disajikan dengan pemandangan Pulau Sentosa dalam 360 darjah.
Dah puas bergambar di sini jangan lupa masukkan tiket masuk anda ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dihasilkan secara yang ekslusif! Tak sia-sia bayar tiket mahal.
Alamat: 30 Imbiah Rd, Singapore 099705
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
03. Chinatown Singapore
Chinatown Singapura bukanlah sebuah bandar yang kecil, terbahagi kepada 5 bahagian sebenarnya. Yang pertama adalah Teluk Ayer yang menempatkan tokong ibadah yang direka dengan indah, Tanjung Pagar pula merupakan kawasan komersial, kemudian, Bukit Pasoh adalah sebuah kawasan bersejarah.
Seterusnya, Krea Ayer adalah tempat penjualan barangan tradisional Singapura dan akhir sekali adalah Ann Siang Hill yang agak moden dan meriah dengan bermacam jenis perniagaan yang dijalankan oleh anak-anak muda Singapura. Dari kawasan yang tradisional hinggalah yang moden, inilah Chinatown di Singapura. Semuanya dapat anda sekeluarga alami.
Alamat: 151 New Bridge Road 91 Upper Cross Street Singapore 059443/058362
Waktu Operasi: 10.00am – 10.00pm
04. Madame Tussauds Singapore
Nak jumpa sendiri orang-orang terkenal dan terhormat ini bukanlah satu perkara yang senang, dalam mimpi jelah kan. Tapi di Madame Tussauds impian anda untuk bertemu dengan mereka dapat menjadi realiti. Siapa mereka tu? Antara yang boleh anda temui di sini adalah Madonna, Michael Jackson, Taylor Swift, Angelina Jolie, Leonardo Dicaprio dan ramai lagilah.
Di sini anda berpeluang bergambar dengan mereka dengan pelbagai pose menarik yang anda boleh fikirkan untuk show off dengan kawan-kawan walaupun sebenarnya mereka ini semua dibuat daripada lilin. Jangan sedih, ini je yang mampu kan, bukan orang lain tahu pun kalau anda tak cakap tulen atau lilin, shhhh…
Alamat: 40 Imbiah Rd, Singapore 099700
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 7.30pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (10.00am – 9.00pm)
05. Little India
Pada sekitar tahun 1840-an kawasan Little India ini merupakan tempat aktiviti lumba kuda bagi orang-orang Eropah yang datang. Namun setelah masa berlalu, Little India telah berubah rupa sebagai sebuah destinasi yang meriah 24 jam setiap hari dengan kewujudan pusat-pusat membeli-belah Mustafa Centre dan Tekka Centre.
LIHAT TAWARAN TERKINI HOTEL TERBAIK DI SINGAPORE
Bermacam barangan boleh anda jumpa di Little India ini dari barangan kemas hinggalah ke barangan elektronik, semuanya ada di sini. Nak makan tandoori? Minum teh tarik yang kaw-kaw punya? Di sinilah tempatnya.
Alamat: 60 Bukit Timah Road
Waktu Operasi: 24 Jam
06. National Museum of Singapore
Dibuka sejak tahun 1849 lagi, National Museum of Singapore merupakan muzium yang tertua di negara tersebut. Kalau anda lihat rekaan bangunan ini pun sudah terserlah betapa bangunan ini telah wujud berzaman lamanya dengan gabungan Renaissance dan Neo-Palladian dalam seni binanya.
Walaupun ianya sebuah muzium yang lama, tapi pameran di dalam muzium ini agak meyeronokkan untuk dilihat dan dialami, dialami?
Ya, terdapat ruangan untuk anda merasakan ‘immersive experience’ yang mana anda berada di dalam satu bilik yang gelap dan dikelilingi dengan video yang menunjukkan kehidupan seharian di Singapura dengan muzik latar belakang yang membuatkan pengalaman anda terasa lebih mengujakan. Ini baru salah satu, nak tahu apa lagi yang best? Jom beramai-ramai ke National Museum of Singapore.
Alamat: 93 Stamford Road
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)
07. Henderson Wave Bridge
Handerson Wave Bridge mendapat namanya dari bentuk jambatannya yang seperti ombak, sangat lain daripada yang lain, dari jauh lagi Wave Bridge ini sudah menarik perhatian pandangan mata kerana keunikan rekaannya.
Kalau anda nak tahu, jambatan ini juga merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian 36 meter dari darat.
Dengan menaiki jambatan yang berkepanjangan 274 meter ini, anda bukan sahaja dapat melihat pemandangan indah kawasan pulau serta flora dan fauna, anda juga akan dapat melawat 3 buah taman yang indah yang terdapat di Singapura iaitu Bukit Teluk Blangah, Kent Ridge Park dan Mount Faber.
Nak suasana lagi romantik kalau berjalan di sini? Datang pada waktu malam, kerana pada waktu itu akan dipasang lampu LED dengan pencahayaan yang sangat mempesonakan.
Alamat: Henderson Road, Southern Ridges, Bukit Merah, Singapore 159557
Waktu Operasi: 24 Jam
08. Gardens by the Bay
Berkeluasan 101 hektar, destinasi percutian menarik Gardens by the Bay ini merupakan satu lagi tarikan alam flora yang terdapat di Singapura. Gardens by the Bay ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden.
Di sinilah juga terletaknya air terjun indoor yang tertinggi di dunia. Rasanya, kalau sekali dah masuk ke taman ini, macam tak nak keluar, memang indah, lagi-lagi sekiranya anda datang pada waktu malam sekitar 7.00pm – 9.00pm kerana pada waktu ini cahaya lampu neon akan dibuka dan mencahayai pokok-pokok yang terdapat di taman ini. Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata keindahannya.
Alamat: 18 Marina Gardens Drive, Singapore 018953
Waktu Operasi: Outdoor Gardens (Setiap Hari 5.00am – 2.00am) | Tarikan Lain (Berbeza-beza Mengikut Jenis Tarikan)
09. Singapore Flight Experience
Teringin menjadi juruterbang dan geram nak tahu macam mana rasanya dapat duduk di ruang pilot ni? Kalau macam tu jom ke Singapore Flight Experience! Di sini anda dapat duduk di kerusi pilot di Flight Simulator Boeing 737.
Yang syoknya, anda boleh bawa seorang atau dua lagi orang lain untuk ke kabin, bukan murah tau, tapi memang terbawa ke mimpi seronoknya dapat ke sini. Dah masuk ke dalam ni, anda pilih sahaja di mana anda nak landing. Agak realistik! Sesuailah dengan harga yang dibayar kan?
Alamat: Singapore Flyer, 30 Raffles Ave No. 02-06 Singapore 039803
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)
10. Singapore Science Centre
Singapore Science Centre adalah sebuah pusat sains yang memang luar biasa. Di sini terdapat 14 jenis pameran yang interaktif dan menyeronokkan untuk dilihat bersama keluarga.
Antara pameran yang terdapat di sini adalah Climate Change, Genome, Living With Viruses, Magic Swing, Uniquely You, Oyr Solar System, Sound Exhibition dan banyak lagi! Tapi yang membuatkan Singapore Science Centre ni mesti dilawati adalah kerana ia memiliki IMAX teater 5 tingkat yang membolehkan anda merasakan pengalaman seperti berada di dalam video yang dipaparkan.
Selain itu, dah puas ke semua pameran yang terdapat di sini, jangan lupa untuk berseronok bersama keluarga bermain salji di Snow City, tak perlu ke luar negara, tak perlu tunggu hujung tahun, bila-bila je anda nak merasa salji, datang sahaja ke sini! Macam mana? Cool kan pusat sains Singapura ni?
Alamat: 15 Science Centre Road, Singapore 609081
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
11. Universal Studios Singapore
Peminat filem Hollywood mesti jadi hyper punya kalau datang ke Universal Studios Singapore, tak minat Hollywood? Sama naik juga hypernya nanti, sebab tarikan-tarikan yang ada dekat sini bukan main gempak lagi.
Antara yang best dekat sini adalah roller coaster Revenge of the Mummy (serius seram), Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan banyak lagilah!
Untuk pengetahuan anda juga, roller coaster Battle Star Galactica yang terdapat di Universal Studios Singapore ini merupakan roller coaster yang tertinggi di dunia, jadi, untuk anda yang suka main sesuatu yang ekstrem, jangan lepaskan peluang untuk bermain roller coaster yang ini okay?
Alamat: 8 Sentosa Gateway, Singapore 098269
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
12. Pulau Ubin
Kalau anda tertanya-tanya di mana nak lari dari kesibukan kota, Pulau Ubinlah jawapannya. Memang kontra sekali kalau dibezakan kehidupan di Pulau Ubin ini dan kawasan bandar Singapura yang meriah dengan bermacam tarikan.
Di Pulau Ubin anda dapat melihat bagaimana keadaan Singapura secara keseluruhannya pada tahun 1960-an, memang klasik dan penuh ketenangan, mana tak nya, penduduk di sini pun kurang daripada 100 orang.
Di sini anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan seperti di zaman klasik yang tak terganggu oleh kemodenan dan pembangunan, di mana flora dan fauna serta manusia hidup dalam keharmonian. Di sini anda dapat melihat pebagai jenis burung terbang dengan bebas termasuklah spesies burung yang terancam.
Sudah puas memerhati burung di pulau ni, jangan lupa singgah ke Chek Jawa Wetlands yang kaya dengan hidupan laut di dasarnya seperti sotong, tapak sulaiman dan lain-lain lagi. Pengalaman di Pulau Ubin pasti tidak dapat dilupakan anda sekeluarga.
13. Singapore Philatelic Museum
Setem? Mungkin ramai yang dah tak kenal apa itu setem, apa fungsinya dalam dunia serba canggih ni. Tapi, inilah dia satu ciptaan pada abad ke-19 untuk manusia berkomunikasi dari jauh dengan menggunakan surat.
Biasanya pada kertas bersaiz kecil (setem) ini akan menunjukkan karya lukisan yang mencerminkan budaya, sejarah dan peristiwa penting sesebuah negara yang mengeluarkannya.
Jadi, bayangkanlah betapa penting sekali nilai antik yang dibawa oleh sehelai setem itu. Kalau anda ke Singapore Philatelic Museum, anda akan dapat melihat pameran pelbagai jenis setem yang bukan sahaja dari Singapura, malahan dari pelbagai negara lain yang wujud seawal tahun 1830-an hinggalah sekarang.
Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh mendapatkan setem yang direka sendiri di muzium ini. Percayalah, ia bukan pameran yang membosankan, anda mungkin akan menghabiskan masa 2 atau 3 jam di sini.
Alamat: 23-B Coleman Street, Singapore 179807
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)
14. Jurong Bird Park
Bagi anak-anak kecil, melihat haiwan yang terbang tinggi dengan lebih dekat ini pasti akan menjadi memori yang indah dan menyeronokkan bagi mereka. Bukan sikit burung yang ada di sini, tapi 8000 ekor burung daripada 600 spesies burung yang boleh anda lihat di Jurong Bird Park.
Burung-burung yang terdapat di sini didatangkan dari pelbagai negara di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan hinggalah ke Afrika, senang cerita, hampir seluruh pelusuk dunia.
Baca: 11 Pulau Di Johor Yang Menarik
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jurong Bird Park adalah memberi burung-burung ini makan, termasuklah burung penguin yang ada di sini.
Selain itu, kalau anak-anak anda memang betul-betul minat dengan burung, mereka boleh menyertai aktiviti camping bersama penguin dan burung-burung lain, nak tahu bila aktiviti ini diadakan, anda boleh mendapatkan maklumat tambahan dari pihak taman burung ini.
Alamat: 2 Jurong Hill, Singapore 628925
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)
15. Singapore Flyer
Ferris Wheel di Singapore Flyer yang berketinggian 165 meter ini menempatkan kapsul-kapsul berpendingin hawa untuk 28 orang penumpang.
Dari kapsul ini anda akan dapat melihat pemandangan indah 360 darjah kawasan sekitar Singapura, dan jangan terkejut kerana anda mungkin dapat melihat Malaysia juga dari kapsul ini pada hari yang jelas pemandangannya.
Apa-apa pun Ferris Wheel ini bukanlah untuk orang yang gayat, kalau anda seorang yang gayat jangan kecewa, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat di sini seperti ke Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.
Alamat: 30 Raffles Avenue, Singapore 039803
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 10.30 pm)
16. Singapore Zoo
Pencinta binatang mesti tak nak lepas dari melawati zoo kalau bercuti di mana-mana pun kan. Dengan keluasan 26 hektar, Singapore Zoo menempatkan lebih daripada 300 spesies mamalia, reptilia dan burung.
Singapore Zoo menempatkan haiwan-haiwannya di dalam 11 zon yang berbeza seperti Reptile Garden, Fragile Forest, Wild Africa dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh melihat pertunjukan haiwan yang sering diadakan di sini seperti Elephants at Work and Play Show, Animal Friends Show dan bermacam lagi.
Untuk memberikan pengalaman yang lagi menyeronokkan untuk anak-anak anda, anda boleh mendaftarkan mereka dengan Kidzranger Tour yang mana anak-anak yang berusia dari 5 ke 12 tahun dapat merasa pengalaman menjadi penjaga zoo dengan aktiviti seperti memberi makan dan menjaga haiwan-haiwan comel.
Alamat: 80 Mandai Lake Road, Singapore 729826
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)
17. Singapore Night Safari
Bersebelahan sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies.
Kalau anda ke Singapore Night Safari ini, anda boleh memilih untuk menerokai hidupan nokturnal ini sama ada dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki tram safari yang disediakan. Bukan sikit untuk dilihat ya, dengan tram safari pun masa yang diambil adalah dalam 40 minit.
Antara zon yang terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.
Alamat: 80 Mandai Lake Road, Singapore 729826
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30am – 12.00am)
18. Marina Bay Sands
Mesti pernah dengar tentang Las Vegas kan? Kalau nak tahu, Marina Bay Sands ini dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia iaitu S$8 bilion! Lengkap dengan hotel, 2 pusat membeli-belah, 2 teater dan lain-lain lagi.
Apa yang menarik untuk para pelancong di Marina Bay Sands ini adalah panorama sekitarnya yang sangat indah terutamanya pada waktu malam kerana kedudukannya di tepi air ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser.
Bayangkanlah suasananya, sangat indah dan mesti dinikmati bersama keluarga. Dapat bergambar di sini memang syoklah kan!
Alamat: 10 Bayfront Ave, Singapore 018956
19. Butterfly Park & Insect Kingdom
Di sini rupanya koleksi serangga terbanyak di dunia. Dengan lebih daripada 3000 spesies yang dikumpulkan daripada seluruh pelusuk dunia agak-agak berapa jam kalau dah sekali masuk ke Butterfly Park & Insect Kingdom ni?
Rama-rama yang terdapat di sini pula tak kurang daripada 1500 ekor darpada 50 jenis rama-rama yang wujud di dunia.
Apabila anda masuk ke taman rama-rama ini anda akan berasa seperti berada di sebuah taman yang indah kerana rama-rama dapat dilihat terbang bebas di sekeliling anda, keadaan di dalam taman ini juga sejuk dan menyegarkan. Kalau nampak seekor rama-rama pun dah excited, apatah lagi kalau dah banyak macam ni?
Alamat: 51 Imbiah Road, Singapore 099702
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 7.00pm)
20. Fort Siloso Tours
Dibina pada abad ke-19 ketika Singapura telah mula menjadi kawasan perdagangan yang terkenal, maka pihak British pada waktu itu menyedari kepentingan melindungi Singapura dari pencerobohan musuh yang datang dari laut.
Namun begitu, pada Perang Dunia Ke-2, pihak Jepun tetap berjaya menawan Singapura dengan strategi mereka yang datang dari arah berlawanan iaitu Tanah Melayu, Jepun lagi bijak nampaknya, nak buat macam mana kan? Tapi hari ini, Fort Siloso telah menjadi tapak sejarah yang mana anda sekeluarga dapat melihat replika-replika Perang Dunia Ke-2 dalam saiz mereka yang sebenar.
Anda juga akan dapat melihat video, dokumen dan lebih daripada 245 gambar berkaitan peperangan ini di sini. Bukan itu sahaja, nilai bonus untuk anda yang datang ke sini adalah pemandangan indah lautan membiru yang sangat menyejukkan mata.
Alamat: Siloso Road, Sentosa Island, Singapore 099981
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
21. Wings of Time
Wings of Time ini merupakan sebuah pertunjukan yang telah memenangi anugerah kerana kehebatan persembahan yang dihidangkan kepada penonton.
Apa yang hebatnya? Untuk pengetahuan anda, persembahan teater Wings of Time ini secara keseluruhannya menggunakan teknologi yang menggabungkan efek air pancut, muzik, video, efek api dan lampu laser, pengalaman menonton teater Wings of Time ini pasti membuatkan anda teruja, percayalah, ia sangat magikal dan unik.
Alamat: Beach View, Sentosa, Singapore 098604
Waktu Pertunjukan: Setiap Hari (7.40pm & 8.40pm)
22. Nature Walk Dragon Trail
Untuk menghabiskan waktu lapang anda bersama keluarga dengan penuh manfaat, apa kata kalau berekreasi di Nature Walk Dragon Trail.
Sambil berjoging di sini anda dapat mengambil udara yang segar, tapi, jangan terkejut pula bila anda ternampak naga di sini. Ya ada naga, tapi bukan naga yang betul, patung je sebenarnya.
Bukan patung gergasi naga sahaja yang ada di sini, banyak lagi haiwan lain menjadikan ia kawasan yang seronok untuk anda bergambar sambil beriadah.
Alamat: Imbiah Lookout, Sentosa
Waktu Operasi: 24 Jam
23. Sentosa 4D Adventureland
Sebagai manusia biasa, kehidupan seharian kita bosan saja kan? Nakkan pengalaman yang tak boleh dapat dalam dunia realiti ni boleh je sebenarnya, tapi anda kenalah ke Sentosa 4D Adventureland.
Antara keseronokan yang boleh anda rasai di sini adalah anda dapat bersama dengan watak lain yang ada di dalam filem fantasi Journey 2: The Mysterious Island menerokai hutan, gunung dan kawasan misteri yang lain, memang real pengalamannya.
Selain itu, anda juga boleh merasai simulasi pergerakan roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride yang membawa anda ke Himalamazon dan lain-lain lagi.
Yang penting semuanya terasa begitu realistik dari segi bau, sentuhan dan pemandangan. Macam mana mereka buat ya? Memang betul-betul realistik! Tak ada yang mustahil dalam dunia teknologi ni.
Alamat: 51B Imbiah Rd, Singapore 099708
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.00pm)
24. Singapore Botanic Gardens
Ya namanya memang Singapore Botanic Gardens dengan ’s’ di penghujung ‘garden’nya kerana di sini bukan hanya ada satu taman tapi banyak sekali seperti Kacob Ballas Children’s Garden, Evolution Garden, Ginger Garden, National Orchid Garden dan banyak lagi.
Bukan sahaja taman-taman yang ditumbuhi pelbagai jenis tumbuhan, di sini juga terdapat sebuah perpustakaan, Library of Botani and Horticulture, kalau anda nak tahu lebih banyak tentang tumbuhan, di sinilah tempatnya.
Tarikan lain yang terdapat di Singapore Botanic Gardens adalah sebatang pokok Tembusu yang tumbuh di sini, dikatakan bahawa pokok ini telah pun berusia lebih daripada 1 abad! Di National Orchid Garden yang terdapat di sini pula menempatkan lebih daripada 60,000 tumbuhan. Memang rugi kalau tak ke taman botani ini kalau dah sampai ke Singapura.
Alamat: 1 Cluny Road, Singapore 259569
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00am – 12.00am)
25. Sentosa Cineblast
Dibina dengan kos sebanyak S$4.5 juta, Sentosa Cineblast menawarkan permainan roller coaster menggunakan teknologi simulasi pergerakan dan 4D untuk memberikan anda pengalaman pengembaraan yang realistik.
Kalau naik roller coaster biasa anda hanya dapat merasai satu kawasan yang sama je kan tanpa sebarang halangan, tapi Cineblast bukanlah sebuah pengembaraan roller coaster biasa, anda akan menembusi lembah, jurang dan hutan Amazon, kalau anda tidak bernasib baik, turut akan diserang dengan binatang buas.
Takut? Jangan risau, semuanya efek khas sahaja, tapi memang terasa real dengan goncangan kerusi setiap kali terlanggar sesuatu dan bermacam lagi yang perlu anda rasai sendiri. Siapa yang ada masalah jantung tu, elakkanlah ya. Tapi Cineblast ni memang best bagi orang berjiwa kental!
Alamat: 51B Imbiah Road, Sentosa, Singapore
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.00pm)
26. Sentosa Skyride Luge
Satu bayaran untuk dua benda yang best! Skyride dan luge. Dengan menaiki skyride untuk mendaki bukit di Pulau Sentosa anda dapat menikmati pemandangan yang indah pulau ini.
Bila sampai ke puncak pula anda boleh menggunakan luge yang disediakan untuk turun melalui Dragon Trail yang berkepanjangan 688 meter.
Pengalaman di Sentosa Skyride Luge ini lagi menyeronokkan pada waktu malam sebenarnya kerana anda dapat melihat cahaya lampu yang berkelipan dengan begitu indah dari kawasan ini.
Alamat: 45 Siloso Beach Walk, Sentosa, Singapore 099003
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.30pm)
27. National Gallery Singapore
Tarikan National Gallery Singapore ini merupakan antara yang terbaru di Singapura. Menempatkan pelbagai karya seni yang dikumpulkan dari Asia Tenggara dan Singapura sendiri. Karya-karya yang terdapat di sini dihasilkan dari abad ke-19 hinggalah ke zaman moden.
Bukan sedikit, tapi lebih daripada 8000 karya seni yang dipamerkan membuatkan ia salah satu daripada galeri pengumpulan karya yang terbesar di dunia.
Kalau anda ke bahagian atas bumbung galeri ini pula, terdapat restoran yang menawarkan pemandangan indah kawasan sekeliling galeri. Anda seorang yang pencinta seni? Jom ke galeri ini!
Alamat: 1St Andrew’s Road, Singapore 178957
Waktu Operasi: Ahad – Khamis & Cuti Umum (10.00am – 7.00pm) | Jumaat, Sabtu, Sehari Sebelum Cuti Umum (10.00am – 10.00pm)
28. Animal & Bird Encounters
Sudahlah percuma, banyak pula tu haiwan yang terdapat di Animal & Birds Encounters ni. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga dapat melihat pelbagai pertunjukan haiwan yang diadakan di sini secara rutin yang memperlihatkan haiwan-haiwan reptilia, burung kakak tua dan monyet. Nak tahu bila pertunjukan-pertunjukan ini diadakan boleh lihat jadual di bawah:
Alamat: Palawan Amphitheatre, Palawan Beach, Sentosa, Sentosa
Waktu Operasi: Setiap Hari (2.00pm – 5.30pm)
- 2.00pm – 2.15pm : Lory Feeding at the Bird Aviary
- 3.00pm – 3.30pm : Teach Us Wild (Peluang mendekati haiwan-haiwan di sini)
- 5.00pm – 5.30pm : On the Wild Side
29. Segway Fun Ride
Teringin nak tahu bagaimana rasanya bersiar-siar menggunakan Segway di sekitar Singapura? Memang seronok sebenarnya, dapat rasa angin sepoi-sepoi sambil menikmati pemandangan sekitar, tak payah penat-penat jalan kaki.
Senang je sebenarnya nak kuasai teknik mengendalikan Segway ni, dalam 5 ke 10 minit anda dah boleh membawanya sendiri melalui kawasan pantai indah seperti Tanjong, Palawan dan Siloso. Pasti seronok punyalah!
Alamat: Go Green Segway, 50 Beach View, Singapore
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.30pm)
30. Sentosa Adventure Park
Perhatian kepada pencinta aktiviti lasak, ini khas untuk anda! Sentosa Adventure Park dapat memberikan anda pengalaman yang memacu adrenalin anda ke langit ketujuh dengan pelbagai aktiviti lasak yang menarik.
Antara yang terdapat di sini adalah MegaZip untuk aktiviti flying fox yang terpanjang di Asia, MegaClimb, MegaWall untuk pengalaman wall climbing yang tertinggi di Singapura dan MegaJump.
Anda sekeluarga pasti puas hati dengan semua aktiviti yang ditawarkan di sini, jangan fikir dua kali, kuatkan stamina dari sekarang untuk mencuba semua yang ada di sini sepuas hati!
Alamat: Mega Adventure Park, Imbiah Hill Road, Sentosa Island, Singapore
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am – 7.00pm)
31. Wave House Sentosa
Syok je kan tengok mat saleh meluncur ombak dalam filem hollywood, teringin nak buat tapi keadaan ombak terdekat tak serancak di California? Kalau macam tu, jom ke Wave House Sentosa, ombak yang ada di sini dihasilkan menggunakan teknologi canggih yang pasti tidak mengecewakan yang dalam masa yang sama jauh lebih selamat daripada ombak sebenar.
Tak kisah sama ada anda baru nak berjinak-jinak mahupun dah profesional, ada ombak yang sesuai untuk anda. Terdapat dua jenis ombak yang ditawarkan di sini iaitu The Flowbarrel dan The Double Flowrider. Sekiranya anda nakkan ombak yang tak begitu ganas, cubalah The Double Flowrider dulu. Apa-apa pun yang anda cuba, pasti tak akan mengecewakan.
Alamat: 36 Siloso Beach Walk
Waktu Operasi: Double Flowrider Isnin – Jumaat (12.00pm – 9.00pm), Hujung Minggu & Cuti Umum (11.00am – 9.00pm)| Flowbarrel Setiap Hari Kecuali Selasa dan Khamis (12.15pm – 8.45pm)
32. IFly Skydive
Bukan semua orang berani terjun dari pesawat dengan parasut, tapi semua orang mesti nak tahu bagaimana rasanya dapat terbang kan? Sebab itulah IFly Skydive Singapore ini wujud, supaya semua orang boleh terbang tanpa rasa takut.
Tak tinggi, dalam satu ruangan sahaja anda akan terapung seolah-olah terbang di tempat tinggi. Walaupun agak mahal tapi inilah satu-satunya peluang untuk anda merasa terbang ibarat burung, pejam mata dan feeling dia sama saja!
Alamat: 43 Siloso Beach Walk, #01-01 Sentosa Island, Singapore 099010
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.30pm)
33. Crane Dance
Crane Dance merupakan persembahan teater yang menggunakan alat mekanikal sahaja, tiada seorang pun manusia sebagai watak dalam teater ini. Menceritakan tentang cinta antara dua ekor bangau yang begitu mendalam sehingga mengubah mereka menjadi dua ekor burung yang terbang bebas. Jalan ceritanya cukup indah bukan?
Belum lagi lihat bagaimana penceritaan ini disampaikan dengan efek khas audio visualnya yang cukup mengagumkan melalui kombinasi sistem pencahayaan dan kesan air yang begitu indah.
Kedengaran seperti sebuah pertunjukan yang menipiskan duit poket anda? Jangan terkejut, untuk persembahan ini anda tak perlu mengeluarkan wang sesen pun, datang, duduk, dan nikmati!
Alamat: 8 Sentosa Gateway, Singapore 099958
Waktu Operasi: Setiap Malam (8.00pm)
34. Sentosa Boardwalk
Sentosa Boardwalk adalah jalan yang menggabungkan Pulau Sentosa dengan VivoCity Shopping Mall Waterfront Promenade yang memudahkan anda untuk melawati kawasan-kawasan tarikan yang lain seperti Crane Dance, Trick Eye Museum, S.E.A.
Aquarium and Adventure Cove Waterpark, dan banyak lagi termasuklah kedai-kedai makan yang menawarkan makanan masakan melayu, makanan laut dan lain-lain lagi.
Anda boleh memilih untuk menaiki basikal menggunakan basikal sewa yang tersedia dengan banyak di sekitar ataupun hanya berjalan kaki, kedua-dua laluan disediakan di Sentosa Boardwalk ini. Nak best lagi? Berjalan-jalanlah di sini bersama keluarga pada waktu malam, dengan cahaya lampu yang dipancarkan di boardwalk ini mencantikkan lagi pemandangan sekitar, lebih romantik.
Alamat: Sentosa Waterfront Station
Waktu Operasi: 24 Jam
35. Chinese Garden
Seperti namanya Chinese Garden, taman ini diinspirasikan daripada reka bentuk taman sewaktu zaman Dinasti Sung di China.
Sungguh menenangkan dan tidak terganggu dengan hiruk-pikuk kota. Sebaik anda sampai ke pintu masuk Chinese Garden ini anda akan disambut oleh sepasang tugu singa yang ‘mengawal’ kawasan taman seperti mana ia turut digunakan pada zaman dinasti dahulu.
Taman yang berkeluasan 13.5 hektar ini dilengkapi dengan jambatan batu yang cukup indah, rumah teh, pagoda dan taman Bonsai. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat Live Turtle and Tortoise Museum yang menempatkan lebih daripada 200 ekor penyu dan kura-kura yang terdiri daripada 60 spesies yang berbeza.
Percayalah, pemandangan di Chinese Garden ni memang wow!
Alamat: 1 Chinese Garden Road, Singapore 619795
Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 11.00pm)
36. Fountain of Wealth
Dikelilingi oleh 3 buah bangunan pencakar langit, dibina mengikut kepercayaan feng shui dan taoist, Fountain of Wealth ini dikatakan sebagai simbol kemakmuran dan kemewahan negara Singapura. Fountain of Wealth juga pernah disenaraikan di dalam Guinness Book of Records sebagai air pancut yang terbesar di dunia pada tahun 1998.
Sekiranya anda nak datang ke sini, disarankan untuk datang pada waktu malam kerana pada waktu ini anda dapat menikmati persembahan lampu laser serta beberapa persembahan muzik di sekitarnya.
Alamat: 3 Temasek Boulevard
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 10.00pm)
37. Singapore River & Raffles Landing Site
Walaupun Singapura merupakan sebuah negara yang cukup membangun dan moden, tapi kualiti alam sekitarnya sangat mengagumkan. Anda dapat melihat dengan lebih dekat lagi apabila anda menyelusuri Sungai Singapura dengan perahu.
Sewaktu menaiki perahu di sungai ini juga anda akan dapat melihat tugu berwarna putih Sir Thomas Stamford Raffles, askar British yang banyak menyumbang kepada kemodenan Singapura. Kawasan di mana tugu ini didirikan dikatakan sebagai tempat pertama Raffles telah menjejakkan kaki sebaik sampai di Singapura.
Alamat: Raffles Landing Site, Singapore
38. Resort World Sentosa
Untuk pengetahuan anda di sinilah terletaknya bermacam tarikan berkelas dunia termasuklah tempat penginapan, restoran, spa dan tempat-tempat hiburan yang menyeronokkan.
Tarikan terkenal yang terdapat di sini adalah seperti Universal Studios Singapore, The Adventure Cove Waterpark, Maritime Experiential Museum, dan S.E.A. Aquarium yang juga merupakan oceanarium yang terbesar di dunia. Sah tanpa ragu lagi Resort World Sentosa patut ada dalam senarai destinasi lawatan anda kalau ke Singapura.
Alamat: 8 Sentosa Gateway, Sentosa Island, Singapore 098269
39. Bugis Street
Dah puas berjalan di Singapura mesti nak bawa pulang sesuatu sebagai buah tangan kan? Tapi bajet pula makin mengecil lepas ke sana ke mari, maka Bugis Streetlah lokasinya untuk bershopping dengan murah tanpa rasa bersalah.
Di sini anda boleh temui bermacam barang dari pakaian, cenderamata, kosmetik hinggalah ke gajet, semuanya ada di sini. Mana taknya, ada lebih daripada 800 gerai di sini, memang tak habis jalan kalau sehari. Untuk datang ke Bugis Street ni senang saja sebab ia terletak hanya beberapa tapak sahaja dari stesen MRT Bugis.
Alamat: 4 Bugis Street, Singapore
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am – 10.00pm)
40. MINT Museum of Toys
Bukan anak-anak anda je yang seronok di MINT Museum of Toys ni, anda pun pasti turut sama excitednya nanti bila melihat bermacam permainan vintaj yang dipamerkan di sini.
Bukan sikit permainan yang ada di sini, tapi lebih daripada 50,000 ribu kesemuanya, mesti ada yang membawa nostalgia untuk siapa pun yang melawat.
Yang menariknya lagi, ada juga permainan yang telah berusia lebih daripada seabad dipamerkan di sini.
Permainan-permainan vintaj ini didatangkan dari lebih daripada 40 buah negara. MINT Museum of Toys juga merupakan satu-satunya muzium permainan dengan koleksi yang terbesar di Asia Tenggara.
Alamat: 26 Seah Street, Singapore 188382
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 6.30pm)
41. Asian Civilisations Museum
Asian Civilisations Museum merupakan sebuah muzium tiga tingkat yang menempatkan pameran budaya Asia yang terdiri daripada budaya masyarakat Melayu, Cina, India, Dunia Islam dan Asia Tenggara.
Seperti kebanyakan muzium yang terdapat di Singapura, semua pameran dilengkapi dengan teknologi moden untuk menjadikan galeri lebih interaktif bagi para pelawat.
Alamat: 1 Empress Place, Singapore 179555
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat (10.00am – 9.00pm)
42. Snow City
Sejuknya bukan main sebaik anda masuk ke Snow City ini, sebab itulah kena pakai pakaian yang sesuai kalau berniat nak datang ke sini. Dah dapat peluang dikelilingi salji ni berseronoklah anda sekeluarga sepuas hati, bila lagi nak dapat peluang ni kan.
Inilah masanya untuk anda berangan seperti Princess Elsa, nak bina orang salji, nak meluncur ski, snowboard semuanya boleh dibuat. Tunggu apa lagi?
Alamat: 21 Jurong Town Hall Rd, Singapore 609433
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm) | Cuti Umum & Cuti Sekolah (10.00am – 7.00pm)
43. Changi Airport
Changi Airport ini sudah beberapa kali dipilih sebagai sebuah lapangan terbang yang terbaik di dunia.
Memang sesuailah Changi Airport mendapatkan anugerah ini sebab ia bukan hanya sebuah lapangan terbang, di sini juga terdapatnya panggung wayang yang memaparkan filem-filem yang terbaru, gimnasium, kolam renang, Game Station, taman permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi.
Di terminal-terminalnya pula terletaknya Butterfly Garden, Fern Garden & Koi Pond, Cactus Garden, Orchid Garden & Koi Pond dan akhir sekali adalah Sun Flower & Light Garden. Fuhh! Airportnya pun sudah cukup banyak tarikan hebat!
Alamat: Airport Boulevard, Singapore
44. Park View Museum
Park View Museum merupakan sebuah muzium yang berkeluasan 1400 kaki persegi yang terletak di Parkview Square. Muzium ini mengumpulkan karya-karya seni kontemporari yang didatangkan daripada pelbagai negara termasuklah karya-karya agung dari Amerika, Itali, Austria, Jerman dan Perancis.
Sehingga kini sudah terdapat lebih daripada 10,000 hasil karya yang dikumpulkan. Bagi pencinta seni, anda mesti terkejut bila tahu yang kemasukan ke galeri ini adalah PERCUMA.
Alamat: 600 North Bridge Rd, Singapore 188778
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (12.00pm – 7.00pm)
45. Dover Street Market
Mendapat ilham daripada Kensington Market di London pada era 70-an dan 80-an yang menggabungkan seni dan fesyen. Seni dan fesyen apabila digabungkan menjadikan tempat membeli-belah sedap dipandang dan pengalaman membeli-belah anda akan terasa lebih istimewa dan unik.
Sekiranya anda sukakan pakaian-pakaian yang berjenama, Dover Street Market adalah lokasi yang akan menjadi kegemaran anda dengan lebih daripada 15 jenama yang bukan calang-calang antaranya Nike, Gucci, Converse dan lain-lain lagi.
Alamat: 18 Dempsey Rd, Singapore 249677
46. The Learning Forest
The Learning Forest menempatkan lebih daripada 500 spesies tumbuhan, lebih daripada 100 spesies burung, 20 spesies amfibia dan reptilia serta 7 spesies mamalia. Banyak bukan?
Flora dan fauna di The Learning Forest ini terjaga dengan baik sekali dan cukup indah untuk memberikan anda sekeluarga ketenangan fikiran, sudahlah masuknya percuma, tak ada sebab untuk tidak ke sini.
Alamat: 753 Tyersall Ave, Singapore 257700
Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00am-12.00am) | The Keppel Discovery Wetland & SPH Walk of Giants Tutup Daripada 7.00am-7.00pm
47. Surviving the Japanese Occupation: War and its Legacies
Pameran Surviving the Japanese Occupation: War and its Legacies ini terletak di dalam kilang Ford yang lama di atas Bukit Timah.
Di sinilah pihak British telah menyerah kalah secara rasmi kepada pihak Jepun dan dari situ bermulalah siri-siri penderitaan rakyat Singapura yang sukar untuk dilupakan.
Selain daripada pameran berkenaan pengalaman masyarakat pada ketika itu, anda juga dapat mengetahui tentang sejarah kilang Ford ini sendiri sebelum peperangan di Singapura meletus.
Alamat: 351 Upper Bukit Timah Road, Singapore 588192
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00am – 5.30pm) | Ahad (12.00pm – 5.30pm)
48. Chesnut Nature Park
Chesnut Nature Park merupakan taman semula jadi yang terbesar di Singapura. Lengkap dengan tempat berteduh, tandas, peta informasi, dan laluan khas untuk mendaki serta berbasikal.
Bukan hanya aktiviti mendaki dan mountain biking sahaja yang boleh dibuat di sini, bagi pencinta burung, anda mesti datang untuk melihat pelbagai jenis burung yang bebas berterbangan di sini termasuklah burung terancam Bulbul, Jungle Flycatcher dan banyak lagi.
Alamat: Chestnut Avenue, Singapore 679514
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 7.00pm)
49. Palawan Pirate Ship
Dah puas berjalan-jalan di sekitar Singapura, apa kata kalau bawa anak-anak anda ke Palawan Pirate Ship untuk berseronok sambil bermandi-mandi.
Dapatlah mereka berangan seperti kapten kapal Pirates of Caribbean di sini. Walau bagaimanapun, untuk bermandi-manda di kolam ini anak-anak anda perlulah berusia antara 3 – 10 tahun.
Alamat: Palawan Beach, Sentosa
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
50. Merlion Park
Ingat Singapura, ingatlah tugu Merlion ni. Sekiranya anda sekeluarga ke Singapura, kalau tak bergambar dengan tugu lambang kebanggaan negara ni macam tak lengkap pula rasanya percutian.
Tugu yang terletak di Merlion Park ini memiliki reka bentuk yang memang unik, tak pernah dilihat hidupan seperti ini, tapi, inilah dia simbol Singapura, sebuah negara maju yang pada mulanya hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang digelar Temasek.
Sebab itulah badan Merlion ini berbentuk seperti badan ikan, kepalanya pula singa seperti namanya ‘Singa’pura ataupun bandar singa. Baru tahu kan?
Alamat: 1 Fullerton Road One Fullerton | Merlion Park, Singapore 049213
Waktu Operasi: 24 Jam
Bagi anda yang sebelum ini melihat Singapura sebagai sebuah negara yang hanya serius dengan kerja lebih-lebih lagi sebagai sebuah negara maju maka itu ternyata tidak benar.
Walaupun ia sebuah negara yang sangat kecil, memang mengejutkan betapa banyaknya tempat menarik di Singapore yang hebat tak kisahlah untuk yang muda mahupun yang muda di hati, untuk yang berduit ataupun nak berbajet sebab banyak juga yang percuma kan?
Lihat Senarai Penginapan Terbaik Berhampiran Singapore:
Oleh itu, jangan buang masa lagi, jomlah bercuti ke negeri ini! Tapi nanti dulu, jangan redah je hotel-hotel tanpa layari booking.com terlebih dahulu, di website ini anda akan mendapat tawaran harga yang agak dahsyat diskaunnya.
Akhir kata, terima kasih kerana telah meluangkan masa membaca artikel ini sehingga ke penghujung. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang ke mana nak pergi di Singapura nanti, dah rancang tu, “Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama…” duit anda hilang dengan perkara yang tak seseronok di Singapura. Mari kita mengaum di Kota Singa!