Masih tercari-cari idea untuk masakan tengahari? Apakata sesekali anda cuba masak cendawan tiram. Cendawan tiram ini sedap dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kami kongsikan koleksi resepi cendawan tiram untuk anda cuba.
Jom kita try!
1. Resepi Cendawan Goreng Rangup
Bahan-bahan
- Cendawan tiram
- Tepung bestari
- Telur
* Tambah sedikit tepung gandum dalam tepung bestari untuk kurangkan rasa masin, jika suka.
Cara buat Cendawan Goreng Rangup
- Cuci cendawan dan toskan.
- Carik-carikkan cendawan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sebati, kemudian masukkan cendawan dan gaul rata.
- Sediakan bekas yang berpenutup, masukkan tepung dan cendawan tadi, goncangkan sehingga semua cendawan bersalut tepung.
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, kemudian kecilkan api, jangan terlalu besar.
- Goreng cendawan hingga berwarna keemasan.
- . Hidangkan bersama sos cili Thai.
Sumber: Nur Masri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Cendawan Tumis Lada Hitam
Bahan-bahan
- Cendawan tiram
- Bawang merah (hiris)
- Bawang putih (hiris)
- Cili padi (hiris)
- Lada hitam (kisar kasar)
Cara buat Cendawan Tumis Lada Hitam
- Tumis bawang dan cili.
- Masukkan cendawan. Gaul rata
- Masukkan serbuk kunyit dan sikit lada hitam.
- Masukkan garam. Kacau lagi sampai cendawan layu. Siap.
Sumber: Salasiah Man dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Cendawan Tiram Tumis Cili Api
Bahan-bahan
- 2 pack cendawan tiram (potong ikut suka)
- 10 bijik cili api (tumbuk kasar)
- 6 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
- 1 biji bawang holland (dihiris)
- Garam dan serbuk cukup rasa maggi
Cara buat Cendawan Tiram Tumis Cili Api
- Masukkan sedikit minyak masak kedalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan pula bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi. Bila dah garing sikit masukkan bawang holland.
- Bila bawang holland tadi sudah layu, masukkan pula cendawan. Kacau rata, tambah air sikit.
- Perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa secukup rasa ye. Kacau rata! Siap. Sedia dihidangkan.
Sumber: Zaza Norizazaya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sup Cendawan
Bahan-bahan
- Minyak jagung
- 5 ulas bawang putih
- Bawang merah
- Isi ayam
- 4 bj cili Padi
- Air
- Cendawan tiram
- Fish ball/ tauhu
- Sayur
- Garam
- Kiub pati ayam/perasa
Cara buat Sup Cendawan
- Panaskan minyak jagung, tumis 5 ulas bawang putih yang ditumbuk & seulas bawang merah yang dihiris sehingga keperangan.
- Masukkan isi ayam yang dipotong kecil & 4 biji cili padi.
- Masukkan 1.5 liter air & biarkan mendidih.
- Masukkan cendawan tiram & biarkan hingga lembut atau masak.
- Masukkan fishball & tauhu. Boleh juga masukkan sayur seperti sawi jepun/bayam/carrot🥕/tomato.
- Last sekali perasakan dengan garam/perasa/kiub pati ayam & taburkan daup sup/daun bawang & bawang goreng.
Sumber: Ila Nabila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi idea untuk anda.
Jom lihat juga resepi quiche idea untuk sarapan pagi.
Selamat mencuba!