Di mana Melaka western food tersedap ya? Sesekali tekak pasti menginginkan makanan lain termasuk makanan barat. Bukan sahaja banyak tempat menarik dan bersejarah, Melaka juga terkenal dengan aneka makanan sedap seperti asam pedas, mango float dan coconut shake.
Menu utama yang perlu dicuba jika ke negeri ini semestinya asam pedas. Namun bukan sepanjang hari kita mampu memakannya. Oleh itu, jika ada yang teringin untuk makan makanan lain, kami cadangkan anda untuk mencuba makanan barat di negeri Hang Tuah ini.
Nak senaraikan kesemua kedai makanan barat yang sedap di Melaka memang tiada penghujung. Jadi kami senaraikan 15 kedai makanan barat yang boleh anda cuba. Jom tengok kedai terdekat dengan lokasi anda!
Big Food Kitchen
Salah satu Melaka western food terkenal adalah Big Food Kitchen. Ramai yang suka makan di sini kerana bukan sahaja menunya sedap malah restoran luas dan bersih, portion makanan yang besar dan harganya memang berbaloi.
Aneka makanan barat anda boleh pilih seperti lamb chop, grilled chicken dan cheezy chicken chop. Sekiranya anda datang dengan kelompok yang ramai, pesan Set Western Dulang yang sangat berbaloi makan bersama yang tersayang.
Selain menu barat, menu lain yang menjadi pilihan ramai adalah set Shellout. Shellout didatangkan dengan dua pilihan iaitu Sambal Randau dan Creamy Buttermilk. Untuk minuman pula, kami mencadangkan anda untuk mencub aFrappe Lotus Biscoff Cheesecake dan Chocolate Chip. Segar tekak dapat minum air yang lemak berkrim ini!
Lokasi: Lot 1416, Jalan Bukit Duyung, Melaka
Waktu operasi: Khamis – Selasa (12.30 pm-11.30 pm)
Dak Dulang Western Melaka
Terletak di Kampung Morten, Dak Dulang Western Melaka menawarkan pelbagai menu western dari pembuka selera, menu utama hinggalah pencuci mulut. Terdapat lebih banyak menu western yang unik dan jarang didapati di kedai western yang lain.
Sup, pasta, burger, nachos dan lain-lain boleh didapati dengan harga yang berbaloi. Nak lebih sedap, apa kata setiap menu yang anda pesan ditambah dengan tiga jenis Cheese Meleleh. Confirm sedap hingga menjilat jari.
Lokasi: Lorong Tun Mamat 1, Morten Village, 75300 Melaka.
Waktu operasi: Selasa-Ahad (6.00 pm-12.00 am)
Deuk Kitchen
Tak jauh dari Dak Dulang Western, anda juga boleh ke Deuk Kitchen yang merupakan salah satu port Melaka western food bagi penduduk setempat. Turut dikenali sebagai Deuk Smokehouse, walaupun menyajikan makanan barat namun suasana dengan vibe kampung pasti memberikan satu kelainan.
Mana tidaknya, anda dapat makan di ruang terbuka iaitu di bawah pokok dan ditemani bintang-bintang pada waktu malam. Dekorasi kedai juga menarik seperti di taman.
Tak tahu nak makan apa? Kami mencadangkan anda untuk mencuba Smoked Ribs, Mac and Cheese, Ceaser Salad dan Lamb Burger. Dengar cerita, masak lemak daging salai juga merupakan menu terlaris di sini.
Lokasi: 50, Lorong Tun Mamat 3, Kampung Morten, 75300 Melaka
Waktu operasi: Khamis – Selasa (4.00 pm-12.00 am)
Riza Food Station
Jika anda ingin mencari restoran makanan barat yang menawarkan makanan tempatan juga, Riza Food Station salah satu pilihan terbaik buat anda. Bukan apa, jika datang dalam kelompok yang ramai pasti ada yang mempunyai ‘tekak’ makanan tempatan.
Buat yang menginginkan menu barat, banyak pilihan boleh dibuat sama ada pasta, burger, kambing dan lain-lain. Nasi lemak, char kuey teow dan masakan panas yang lain turut disediakan hingga anda rambang mata untuk memilihnya.
Satu keunikan di sini adalah beberapa makanan boleh dihidangkan dengan Set Giant yang besar dan sesuai untuk kelompok yang ramai. Lebih berbaloi dan mengenyangkan!
Lokasi: Riza Food Station, Pulau Gadong, Melaka
Waktu operasi: Rabu- Isnin (5.00 pm-11.00 pm)
Village Grill
Village Grill juga merupakan restoran yang menyediakan menu barat yang terkenal di Melaka. Menu yang ditawarkan bertaraf hotel lima bintang. Pasti menu-menunya lain daripada yang lain yang menjadikan identiti restoran ini sendiri.
Restoran ini juga mempunyai keunikan tersendiri iaitu pengunjung dapat melihat proses penyediaan makanan secara langsung di dapur terbuka. Nampak eksklusif tapi siapa sangka harga berpatutan.
Antara menu terlaris di Village Grill adalah Lamb Shank, Beef Lasagna, Bleu Chicken, Baked Salmon, Striploin Steak, BBQ Chicken dan Lamb Shoulder. Nak cuba kesemua menu enak ini seorang diri pasti tak mampu, apa kata anda ajak rakan atau keluarga dan memilih menu berbeza agar anda dapat mencuba rasa semua menu.
Lokasi: No. 15-15-1-15-2, Jalan KPMB2, Kompleks Perniagaan Musai Bistari, Bukit Piatu, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-11.00 pm)
Mangio Café Melaka
Satu lagi restoran yang dibuka awal adalah Mangio Café Melaka. Kafe ini mendapat rating tinggi di carian Google dan Facebook. Tengok sahaja dari rating, pasti dapat mengagak keenakan menu di sini.
Kesemua makanan dari pembuka selera, menu utama, pencuci mulut terdiri dari menu barat. Banyak juga menu kegemaran ramai pengunjung seperti Meaty Nachos, Chicken Grilled, Spicy Aglio Olio Lamb Grilled, Mac & Cheese dan lain-lain.
Aneka pilihan minuman yang menyegarkan ditawarkan buat pengunjung yang terdiri daripada sparklings, frappe dan milkshake. Tak tahu nak pilih yang mana? Kami cadangkan anda untuk rasa keenakan Mixed Berries, Caramel Machiato dan Strawberry Milkshake.
Lokasi: 85, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka
Waktu operasi: Selasa-Ahad (2.00 pm-11.30 pm)
Floyds Kitchen
Floyds Kitchen adalah restoran yang sangat terkenal bagi penduduk setempat dan pelancong yang kerap ke Melaka. Berada di sini juga memberikan satu kelainan kerana restoran ini sentiasa didengarkan dengan lagu Pink Floyd dan lagu-lagu rock klasik yang lain.
Menjadi port lepak kegemaran ramai, bukan menu barat sahaja yang membuatkan ramai terpukau malah pilihan minuman unik juga membuatkan ramai jatuh cinta. Buat food hunter, anda pasti seronok berada di sini kerana makanan enak selain dekorasi makanannya bertaraf hotel.
Antara menu pilihan adalah Floyds Nasi Ayam, Hawaian Fried Rice Chicken Chop, Pasta Lamb Grilled, Special Burger dan Cheezy Nachos. Ramai pengunjung memuji dengan keenakan makanan serta harganya yang berpatutan. Patutlah ramai yang sering makan di sini.
Lokasi: No 5, Jln Lagenda 3, Taman 1 – Lagenda, 75400 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari (4.30 pm-11.30 pm)
Bruh Kitchen
Teringin nak makan menu ala-ala Texas BBQ? Bruh Kitchen tempat terbaik buat anda! Menu yang menjadi kesukaan ramai semestinya Beef Brisket Menangis, Hantu Kampung, Carbonara Beef, Aglio Olio Chicken dan Buttermilk Chicken. Makan dengan Set Platter pasti buat ramai yang tersandar.
Dengar sahaja nama sudah terliur apatah lagi jika mencubanya, pasti nak lagi. Selain Kampung Durian Daun Dalam, Bruh Kitchen juga mempunyai cawangan di MITC. Datanglah ke cawangan terdekat anda!
Lokasi: Lot 689, 2, Jalan Puteri Hang Li Poh, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-12.00 am)
Laperdo
Di Laperdo, bukan sahaja menu western menjadi kegilaan ramai malah aneka celup tepung dan asam pedas membuatkan pengunjung pasti mahu makan di sini lagi. Ada celup tepung ikan, sotong, cendawan dan sebagainya dibuat dengan resepi khas dari Terengganu membuatkan ramai bertambah.
Restoran ini sering dipenuhi pengunjung. Untuk mengelakkan kesesakan, apa kata buat tempahan lebih awal agar anda dapat merasai keenakan menu-menu di sini.
Lokasi: Main Gate B2-A Pangsapuri Rakyat Rakyat, Jalan Sungai Putat, Jalan Batu Berendam, 75350 Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (4.00 pm – 11.00 pm)
Bica & Co Courtyard Café
Kafe Melaka western food ini agak berbeza dari tempat lain kerana berada di tingkat satu Hotel Rosa Melaka. Dekorasi kafe memang memukau dengan konsep moden kontemporari. Banyak sudut anda boleh bergambar ala-ala di kafe yang mewah.
Antara kafe menu western paling awal dibuka iaitu bermula 11.45 pagi, pelbagai menu barat terdiri daripada pemanis mulut, menu utama dan sebagainya disediakan dengan enak. Buat mereka yang teringin makanan tempatan, di sini turut menawarkan juadah lokal dengan resepi tersendiri.
Lokasi: 212, Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari (11.45 am-11.00 pm)
Mr Steak House
Kebanyakan kafe menu western dibuka pada waktu petang. Sekiranya anda teringin untuk makan Melaka western food untuk makan tengah hari, datanglah ke Mr Steak House.
Menu-menu barat yang ada pasti buat anda rambang mata. Banyak menu hot atau terlaris di sini yang perlu anda cuba termasuklah Chicken Corden Bleu, Steak Combo, Morocco Chicken Rice dan Spaghetti Aglio Olio. Portion menu memang banyak dan mengenyangkan.
Lokasi: No 32 Jalan Lagenda 8, Taman, Jalan Lagenda 1, 75300 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari(12.00pm – 12.00am)
Le Que
Di Le Que, lebih banyak pilihan makanan barat disediakan buat pengunjung. Ada menu yang susah didapati di tempat lain. Kesedapannya juga berbeza dari kedai western yang lain.
Antara menu yang mengiurkan ramai orang adalah Smoked Bricket, Lamb Shank Burger, Wagyu Ribeye Stak, Beef Ribs dan sebagainya. Menu best seller pula adalah Chicken Garlic Cream dan New Marinated Grilled Chicken.
Bagi pecinta pasta, mungkin anda boleh mencuba Smoked Beef Carbonara, Aglio Smoked Duck dan Salted Egg Tiger Prawn. Sebaiknya buat tempahan awal jika ingin ke sini kerana kafe ini sering dipenuhi pengunjung setempat mahupun luar negeri.
Lokasi: 110, Jalan Kubu, Kampung Tiga, 75300 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pm-12.00 am)
Hairina Western Food
Restoran yang berada di Kampung Alai ini turut mendapat rating terbaik di Google. Pasti ramai yang menyukai makanan barat di restoran ini. Jika lihat review di Facebook, ramai yang mengatakan menu di sini sedap dan harga yang ditawarkan cukup berbaloi.
Lokasi: Jalan Alai / Kandang, Taman Alai Murni, 75460 Melaka
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.30 pm-11.00 am)
Mix & Grilled Café
Terletak di Klebang, ramai yang ke sini untuk merasai keenakan Set Talam yang mempunyai portion yang banyak. Anda juga boleh mencuba Grilled Lamb, Chicken Chop, Spagheti dan sebagainya dengan harga yang murah.
Bukan itu sahaja, kafe ini turut menyediakan masakan panas. Antara yang mencuri tumpuan ramai pengunjung adalah nasi goreng cili api dan kuay teow goreng. Jika anda mempunyai citarasa Thai, apa kata cuba set Miang Pla Pao.
Lokasi: 55, Jln KU 2, Taman Klebang Utama, 75200 Melaka
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 pm-12.00 am)
Stay Met Café
Kafe yang terletak di Kota Laksamana ini mempunyai keunikan terhadap menunya yang diolah dengan citarasa warga Melaka. Dengar kata spageti, lamb chop, fish & chip dan menu barat yang lain disediakan setanding kafe 5 bintang namun harga sangat berbaloi.
Selain menu barat, menu yang menjadi pilihan pengunjung adalah kuey teow seafood, mee goreng, cendawan celup tepung dan makanan Melaka yang lain. Minuman juga pelbagai, ada ice blended serta jus.
Lokasi: 28, Jalan Laksamana 3, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu operasi: 5.00 pm-11.30 pm
Senarai restoran Melaka western food yang kami kongsikan buat anda ini kesemuanya halal. Jadi tak perlu ragu-ragu, datang sahaja bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Sesekali datang ke Melaka dan tukar selera pasti rasa berpuas hati. Dah jumpa kafe menu barat yang berdekatan dengan lokasi anda? Jom buat tempahan sekarang. Selamat menjamu selera!
Jika anda mencari tempat-tempat menarik di Melaka, jom datang ke tempat ini: